02 October, 2024

Hadiah Yang Dapat Masa Family Day 2024


Hadiah Yang Dapat Masa Family Day 2024 | Baru sempat nak update dalam blog hadiah-hadiah yang nieyl dapat masa family day hari tu. Kan nieyl cakap yang semua orang akan bawa balik hadiah yang banyak dan takkan ada yang bawa balik dengan tangan kosong kali ni. First sekali hadiah seperti gambar di atas ni. Ok yang ini adalah hadiah dari pada Abang Ipar nieyl dan anak dia untuk semua pasangan suami dan isteri. Selain daripada roti pelbagai perisa tu, ada kalin pelekat, yassin, sejadah mini, pin tudung dan juga tuala. 

Yang ini hadiah untuk kumpulan, nieyl kumpulan oren dapat no. 4 so, nieyl dapat pinggan  sama dengan husband juga. Ok lah tu kan bolehlah buat hidangkan makanan ke buah dalam pinggan cantik ni.

Bekas air yang comel ini hadiah goodies dimana semua orang yang hadir akan dapat seorang satu. Bertambah banyak botol-botol ni dekat rumah hahaha tak pakai pun sebenarnya banyak simpan daripada pakai macam mana tu tapi nieyl biasanya akan bagi dekat kakak ipar nieyl boleh juga anak-anak buah nieyl bawa air.. pergi sekolah. Sebab dieorang kalau bawa botol, tak sampai sebulan pecah la bocor la..hahaha

Yang ini sagat bawang, timun dan macam-macam lagi boleh digunakan. Yang ni hadiah tukar hadiah husband nieyl dapat. Biasalah bila suami punya barang, alih-alih akan ke isteri juga hahaha..

Hadiah ni nieyl dapat untuk sesi tukar hadiah, dia memang melekat 2 ni. Satu botol air hahaha dan satu lagi mangkuk kecil yang cute. Yang itu memang kesukaan nieyl mangkuk-mangkuk ni sesuai dengan nieyl. Alhamdulillah..

Untuk yang terakhir sekali adalah set pisau dan alat kupas kentang serius warna pink korangggg..dia macam tahu-tahu ni pemilik dia ni suka warna pink tauu..love sangat..ini untuk hadiah game dadu pasangan suami isteri nieyl dapat no.3.. 

Best-best kan hadiah tahun ni.. baguslah team hadiah kali ini, semoga team hadiah tahun akan datang ni dapat sediakan hadiah yang lebih gempak lagii.. love sangat-sangat...



 

5 comments:

  1. Alhamdulillah...... rezeki..... banyak dapat hadiah..........

    ReplyDelete
  2. wah..meriah..congrats. mcm2 hadiah dpt and semuanya useful..nice

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Seronoknya bila dapat hadiah dan goodies... Semua pun boleh guna

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)