27 January, 2017

Kerepek Pisang Sedap

by on January 27, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kerepek Pisang Sedap | Susah sekarang ni kita nak dapat beli kerepek pisang yang nipis, kurang masih dan berlemak. Sekali makan memang akan repeat order lagi tau, sebab kalau dah start makan tak sedar diri tahu-tahu je dah habis satu bungkus. Betul, itulah kata-kata customer yang beli kerepek pisang ni..

Bukan customer je,nieyl sendiri pun dah berapa kali repeat order, sampaikan kawan-kawan beli lah dekat pejabat ni.. Benda sedap memang kena kongsi lagipun memang sedap pun. Nieyl memang simpan 3 tupperware dekat pejabat ini,so kalau ada sesiapa yang datang  nieyl bagi dieorang rasa.. 

Tapi kalau korang yang baca nie, maaf lah ya nak pelawa jauh..tengok jela gambar ya... hihi..



Ini sekelip mata je habis orang beli dekat pejabat tu, nieyl bawa dekat pejabat tak banyak sebab ikut stok pisang yang ada. Kadang -kadang stok pisang dah habis. Kalau ada extra nieyl bawa extra untuk kawan-kawan..


Hari ini nieyl bawa 4 bungkus je sebab ada orang whatsapp nak beli,kebetulan memang tinggal itu sahaja stok yang ada sebelum cuti panjang tahun baru cina..😉 benda yang sedap memang sangat limited..huhuhu...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Asyik terkentut je kenapa?

by on January 27, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Asyik terkentut je kenapa? | Korang pernah rsa kembung perut tak?mesti pernah kadang-kadang gas keluar melalui sendawa, kentut ha itu tandanya badan kita terdapat banyak gas atau angin . Sebenarnya gas atau angin tidak elok untuk kesihatan tubuh badan kita. 

Kalau korang rajin on internet cuba ke website livestrong.com  dalam website tu banyak dia sharing tentang kesihatan tubuh badan kita. Gas atau angin yang ada dalam badan kita terjadi apabila kita menelan udara menerusi makanan atau proses mencerna makanan yang kemudiannya menghasilkan gas.

Sebab itu bila orang yang berpantang ni ada beberapa makanan atau sayuran yang tidak boleh dimakan kata orang tua-tua nanti berangin atau perut kembung. Ini kerana makanan boleh menghasilan gas berlebihan sehingga membuatkan kita asyik terkentut sahaja.

1. Kacang Buncis


2. Jagung

 3.Bawang

4. Kubis

Selain dari itu,buah-buahan juga seperti epal,lai dan plum ia juga mengandungi banyak gas. Jika buah-buahan in idi ambil secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit. jadi, berhati-hati ya..😉


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

26 January, 2017

Terima kasih Mak!

by on January 26, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Terima kasih Mak! | Last week punya cerita, nieyl duduk rumah nieyl sekarang ini adalah lebih kurang 6 tahun. Duduk ketika single setahun dan 5 tahun dah berumahtangga. Alhamdulillah.. jadinya masa nieyl terima rumah ni, ayah serahkan sebulatnya kipas,lampu,lantai semua lah untuk nieyl beli dan pilih sendiri.

Ntah kenapa bulan 6 tahun lepas lagi, kipas nieyl dekat ruang tamu tiba-tiba slow walaupun dah high kan pun masih lagi slow dan lama kelamaannya langsung tak berfungsi. Jadi, untuk tukar kipas 2 biji dekat ruang tamu tu memang tertangguh atas sebab tertentu. Sebab ada benda lain yang lebih penting perlu nieyl buat. 

Sebab pada nieyl if nak tukar, biar kita tukar baru yang lebih baik dan lebih tahan lama sebab kipas mahal kan, tak nak beli kipas 2 tahun nanti kena tukar lagi. 


Last week En.husband bawa balik kipas dari rumah mak mertua nieyl, kipas tu tak guna dah so En.Husband ambik pasang dekat rumah..yeay..best dapat kipas baru dan mahal.. sekarang ni masih survey harga dekat lazada. Sebab plan nak beli satu lagi... 😉😊 So,kipas berdiri merah tu dah tak guna dah..simpan dalam bilik je..


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

CONTEST | MENANGI PERCUTIAN KE SURIA RESORT

by on January 26, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




KENAPA ANDA NAK BERCUTI DI SURIA RESORT?

Ingin menghadiahkan percutian kepada en.suami sempena anniversary kami yang ke-5 April ini. Memilihi untuk bercuti di suria resort adalah tepat kerana suria resort berada di negeri-negeri yang sesuai untuk kami suami isteri menghabiskan masa bersama di samping melihat keindahan alam ciptaan Allah dan pemandangan resort yang sangat menenangkan emosi dan mood kami untuk berhoneymoon. Moga-moga dengan percutian ini kami suami isteri dikurniakan zuriat yang kami nanti-nantikan selama ini InsyaÁllah dengan Izin Allah. 

Semoga suria resort sentiasa memberi kepuasan kepada setiap pelanggan dan sentiasa terus maju.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Special Request Dari Ayah

by on January 26, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Special Request Dari Ayah | Sepanjang nieyl menjadi seorang anak, ini adalah first time ayah nieyl request nieyl masak untuk dia. Sebab berpuluh tahun ayah makan masakan mak, jarang ayah makan masakan anak-anak dia so mak lebih arif apa yang ayah suka, apa ayah tak suka.

Kisahnya last week nieyl ada masak ketam masak lemak cili api, and then ayah makan dia kata sedap sangat lemak tu, macam mak masak. Ayah tanya belajar dari siapa?nieyl cakap la tak ada belajar dari siapa pun sebab memang masak cara sendiri. Kata orang kalau mak kita pandai masak, InsyaÁllah anak pun pandai masak..yeke ke?mungkin kebetulan je kot nieyl pandai masak. So, ayah request semalam nieyl masakkan ikan merah masak lemak cili api..


Balik kerja semalam mak bagitahu,ikan merah ni mahal sangat, sekor RM22. terkejut nieyl sebab mahalnya. Kalau nieyl memang nieyl tak beli, tapi mak beli khas untuk ayah. Jadi, tugas nieyl semalam memasak. Mak nieyl rehat.


Ok dah siap nieyl punya masak lemak cili api, ayah kata kalau pedas sikit lagi mesti lagi sedap tapi masih lagi sedap. Actually,memang nieyl tak nak masak pedas- pedas sangat sebabnya ayah nieyl tu kan sakit jantung, baru beberapa bulan operate,so..takut nanti dia terserdak bahaya kan..

Alhamdulillah, betul kata mak, kalau masakan kita tu orang suka makan,itu adalah kepuasan. 😉


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

25 January, 2017

Mendobi kita di kedai

by on January 25, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mendobi kita di kedai | Dalam pada berjimat cermat dalam kehidupan seharian, akhirnya semalam tewas di tangan dobi. Korang pun tahu kan, dah 2 hari hujan tanpa henti , jadi pakaian dalam bakul makin hari makin bertambah. So, semalam balik kerja nieyl cuci dan spin semua pakaian dalam bakul. Malam lepas maghrib ajak En.Husband pergi Dryer dekat kedai.
 
Masa on the way ke dobi area cyberjaya tu, nieyl dah rasa mesti ramai orang sebab musim hujan kan.. ternyata tidak benar sama sekali, tak ramai pun dobi yang nieyl pergi ni..sebab area situ ada 3 dobi. Boleh buat pilihan, nieyl ambil yang tak ramai orang sebab nak cepat dan dryer ada yang paling besar untuk 20kg. jadi, 2 bakul sekali pusing.jimat masa dan duit juga.
 
 
Dalam masa 30 minit, semua dah settle balik rumah, sambil tengok drama sayang papa saya tak?? sambil lipat kain 2 bakul. So,tak perlu lagi fikir nak jemur macam mana,tak ada cahaya matahari.. Ha..mendobi di kedai time terdesak je..kalau hari²,hakak tak mampu laa... 😁
 


Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Google Chrome Problem

by on January 25, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


 Google Chrome Problem | Bila dah tertahun menggunakan browser google chrome, hari ini not sure kenapa hari ini pc nieyl dan beberapa orang dekat pejabat ini ada masalah dengan google chrome asyik not responding, slow dan blank screen. Dah buat aduan pagi tadi tapi network semua ok xde masalah. So,terpaksa nak tunggu dia, google tu elok sendiri..
 
Sementara tu kena pakai browser IE, sangat mencabar sebab tak semuanya boleh buka sepantas google chrome tapi boleh la guna sebab kalau tak,kerja tak siap, blog tak update, niaga pun tak bergerak. Sori ya korang kalau nieyl tak sempat terjah blog korang hari ini. Sebab IE ni dia kurang mesra alam sikit, ada blog yang boleh buka, ada yang tak...InsyaÁllah..harap² masalah ini esok pulih la.


Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

24 January, 2017

Pilih Ketam

by on January 24, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pilih Ketam | Entry lepas nieyl ada share yang nieyl masak lemak cili api ketam kan, masa dekat pasar lagi time nak pilih ketam tu, nieyl akan ambil ketam yang berwarna merah sahaja. kenapa? adik ipar nieyl la yang ajar..kata dia kalau ketam tu warna merah itu tandanya itu ketam betina. Kalau yang warna biru tu ketam jantan. Kalau korang pergi beli ketam nanti, ce korang tengok warna dia. Kata adik ipar lagi, ketam yang berwarna merah ni isi dia lagi mampat,lagi penuh so, memang kalau pergi beli ketam nieyl akan ambil yang berwarna merah sahaja. Biru pun ambil kalau tak ada pilihan.




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jom Shopping CNY dekat LAZADA

by on January 24, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jom Shopping CNY dekat LAZADA | Hai korang, siapa yang ratu shopping online mesti tahu kan yang lazada ada buat promosi sempena tahun baru cina. Rambang mata nieyl dengan En.Husband nak pilih barang-barang dekat Lazada ni.. Kalau korang pun nak rambang mata macam nieyl, boleh pergi website Lazada sekarang atau klik sini .


Bila dah ke website Lazada, nieyl memang akan buat terus wishlist barang yang nieyl nak sangat beli untuk diri nieyl dan rumah nieyl. Sebabnya memang kebetulan sangat barang-barang yang nieyl pilih ini memang nieyl perlukan dalam masa yang terdekat ini. Korang nak tahu nieyl apa wishlist barang nieyl?jom tengok..

Samsung Galaxy J7 Prime(2016) 3GB+32GB Dual Sim LTE (Pink Gold)-Samsung Malaysia Warranty-Free Gift Worth 200
(normal : RM1599.00, now RM1199.00)

Kalau Lazada tak buat promosi pun nieyl memang nak beli handphone baru yang lebih besar dan lebih banyak GBnya. Almaklumlah nieyl biz part time yang memerlukan edit gambar yang banyak, lepas tu melancarkan lagi nieyl punya rutin harian.

SJ7000 Action Camera 2-inch LCD Wifi Waterproof Sports Cam Yellow (normal : RM399.00, now RM139.00)

Kenapa tidak ambil GOPRO?ala..nieyl nak beli yang biasa² sahaja sebab nieyl dah ada camera DSLR so, camera ini just nak bawa pergi travel kebetulan InsyaÁllah kalau tak ada apa² halangan nieyl plan nak pergi honeymoon bulan 3 nanti..so,sesuai sangatlah kan..hihihi..



Panasonic 1.0L Twin Jug Blender with Dry Mill MX-SM1031S
(normal : RM167.00, now RM137.00)

Nieyl dengan mak nieyl memang every weekend akan blender bawang putih,bawang merah, cili kering untuk buat stok seminggu memasak. jadi, penggunaan blender ini sangat penting dalam rumah nieyl. Sampaikan blender lama dah rosak, so dah alang-alang Lazada ni buat sale..masukkan terus dalam wishlist nieyl tu..hopefully,dapat lah beli nanti...
Panasonic Bayu 5 5-Blade 1400mm (56 inch) F-M14D5 WT (White) Ceiling Fan
(normal : RM387.00, now RM286.00)

Kipas ini nieyl dengan en.husband nak beli sebabnya, kipas rumah nieyl dekat ruang tamu dah rosak 2 sekali tau. So, last week dah ganti 1 sama jenama dan warna dengan kipas yang nieyl nak beli dekat Lazada ini. Nasib baik lazada buat promosi tau,sebab harga dia lebih murah. 

100% Original Tupperware Rice Smart Rice Dispenser 1x10L Red
(normal : RM308.00, now RM256.00)

Sekarang ni nieyl punya tempat beras ,nieyl letak dalam bekas dan almari. Jadi, nieyl nak beli bekas ni sebab nieyl nak letak atas table top..ha...cantik je letak dekat atas kan, mak nak ambil pun senang tak perlu lagi nak tunduk-tunduk.masuk terus dalam wishlist..

Ha..cukuplah 5 item tu,lagi banyak nanti..lagi susah nak dapatkan..nieyl berharap sangat dengan penuh harapan, dalam tahun ini nieyl dapat ke semua item tu ya....😉

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

23 January, 2017

Menu Masakan Weekend

by on January 23, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Menu Masakan Weekend | Kalau dah pukul12 ni sedang eloklah kalau nieyl share dengan korang gambar-gambar makanan yang sedap² kan...eh...sedap ke? Oklah weekend lepas nieyl tak ada pergi ke mana-mana pun. Just habiskan masa di rumah dengan mendobi, mengemas dan memasak untuk suami tersayang, mak dan MIL nieyl.  Itulah dia bila mood rajin nya sampai rajin tersangat masuk dapur masak. 


Ini menu yang sangat simple, telur + tomato sambal tu en.husband sangat suka, itu salah satu fav makanan yang dia paling suka nieyl masak. Selain dari kari penang dan masakan lain. 


Sabtu pagi nieyl tergerak hati nak pergi pasar pagi, so sebelum pergi pasar nieyl singgah rumah MIL dulu,bawakan nasi goreng untuk breakfast.Lepas tu baru pergi pasar pagi, sebab nieyl memang nak makan kerang,sebab masak shell out hari tu tak puas makan. So,beli dan masaklah sambal bersama petai...hihihi...licin...


hari ahad pula nieyl masak ayam masak merah tapi special sikit sebab biasanya ayam masak merah ni nieyl masak time raya je, kalau hari-hari biasa masak ayam sambal lain ckit rupa dan caranya...😉


Last nieyl masak semalam ketam masak lemak cili api, walaupun en.husband tak boleh makan ketam isteri dia gagah juga masak. Ala..nieyl tak kejam tau,nieyl masakan ayam masak merah special lagi untuk dia..fair la ya..hihihi..Nieyl tapau untuk MIL juga..😉

Oklah cukup la share makanan,karang ada yang banjir depan pc nanti..hihihi...oh ya,nanti nieyl nak share sikit tentang ketam...tunggu yaaa...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

it's monday

by on January 23, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hai semua...
selamat bekerja di hari isnin..
Tak mo lemau-lemau okay...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

21 January, 2017

Rotiboy Bakeshoppe

by on January 21, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Rotiboy Bakeshoppe | tersanagt jarang nieyl sempat nak update entry di hari cuti ni, sebab kualiti time cuti 2 hari untuk family sahaja.. Petang nie sementara menunggu maghrib tangan ni mengada-ngada buka blogger, rupanya ada 1 entry yang dalam draf tak sempat nak abiskan hari jumaat petang sebab tengah update ada tetamu datang bilik..

Selalunya hari jumaat rehat lama, dan tersangatlah jarang nieyl keluar pergi shopping mall atau makan di luar. Memang akan habiskan masa di dalam bilik je, rehatkan minda kadang - kadang layan movie je..

Semalam pula PA jiran sebelah nieyl ajak pergi Alamanda, Oooo...nieyl memang takkan pergi lah sebab yang pertama nieyl dah bawa bekal dari rumah untuk lunch, yang ke-2 sebab minggu orang gaji ni Alamanda,IOI mall memang akan penuh lah dengan manusia, jadinya nieyl kirim rotiboy je 2 bungkus. Lama nieyl tak beli rotiboy nie sebab jarang nak pergi Alamanda, sekali makan 2 biji. hahahaha..


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

20 January, 2017

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

by on January 20, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Assalamualaikum..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

by on January 20, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin  

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Khas Untuk Si Rabun..i lah tu..

by on January 20, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Khas Untuk Si Rabun | Kalau bercakap tentang rabun nie tidak perlu pergi jauh, yang dekat ni pun rabun..siapa lagi nieyl la..actually, nieyl start rabun since tingkatan 3 sampai ke hari ini, yang beza mungkin kadar power yang saban tahun berubah. Ramai rasanya yang tidak gemar memakai cermin mata sebab bagi sesetengah orang bila memakai cermin mata ia akan memberi impak negatif dari segi rupa dan penampilan yang tidak menarik.. Ha..yang ini nieyl selalu dengar orang kata begitu.

Sekarang ini banyak solustion yang boleh di ambil jika seseorang itu tidak suka berkaca mata/cermin mata. Ramai sahaja yang kini menggunakan contact lens yang kini berada di pasaran dalam pelbagai warna dan corak. Kadang-kadang yang tidak rabun pun menggunakannya untuk kelihatan cantik dan menawan.

Bukan itu sahaja, seiring dengan teknologi perubatan sekarang ini yang menyediakan perkhidmatan untuk memulihkan kembali penglihatan mereka yang rabun. Termasuklah rawatan pembedahan laser yang ternyata berkesan dan mengambil masa yang singkat dan ianya tidak menyakitkan.

Tapi tidak semua mampu untuk membuat rawatan pembedahan laser ini sebab kos nya sangat tinggi memakan lebih dari RM3000 ke atas..aduhai..mahalnya...


Dalam rancangan popular The Dr. Oz Show, berkongsi 3 cara untuk memulihkan disamping meningkatkan penglihatan dengan cara semula jadi. wahhh!kira ini free tanpa keluarkan duit..wajib cuba ni kawan-kawan.

1. Makan untuk Penglihatan yang jelas- Pemakanan adalah penting dalam memelihara mata, ini kerana mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik.

🍎Vitamin A,C,E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.
🍎Makan banyak sayur berdun hijau,kuning telur,lada benggala kuning,labu,ubi keledek dan lobak mreah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari.
🍎Bawang putih,bawang besar dan bawang merah mengandungi silfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata.
🍎Beri biru,anggur secata tidak langsung mampu pulihkan penglihatan
🍎DHA iaitu sejenis asid lemak yang di temui dalam ikan air sejuk seperti salmon,sardin,makerel dan kol pula boleh memyokong sel untuk menyumbang kesihatan mata.

2. Lakukan senaman mata - Senaman mata ringkas ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimun. Lakukan senaman mata sejurus bangun tidur,sebelum tidur atau bila-bila masa ketika mata letih.Tetapi make sure jari kita bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman.

🍎Gosokkan tapak tangan untuk menghasilkan haba. tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata di tutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
🍎Pusingkan bebola mata. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan pelahan putarkan sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
🍎Pegang pen pada aras bahu di hadapan. Fokuskan padangan mata pada pen tersebut dan pelahan-pelahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung dan jarakkanya kembali ke posisi asal. Cekan dan jauhkan pen sebanyak 10 kali.
🍎Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari,tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali arah lawan jam. Ulang urutan di kawasan atas kening dibawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung.
🍎Sandar, pejam mata,relaks dan rehat selama 3 minit.

3. Peruntuan waktu rehat mata

🍎Dapatkan tidur yang cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya,membaiki dan memulih secara semula jadi. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap hari.
🍎Bagi individu yang yang kerja menghadap komputer setiap hari. Sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata ke tempat lain. rehatkan penglihatan. 

wah!mudah je caranya, tidak perlu mengeluarkan 1sen pun..cuma rajin dan malas sahaja...hihi..nampaknya nieyl kena belajar untuk mendisiplinkan diri juga ni.. ok la selamat beramal semua... 

sumber : wanista
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png