19 January, 2017

Hentikan Tular Kaedah Penyeluk Saku Digital Di Media Sosial- BNM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Semalam petang  nieyl terima whatsapp tentang kaedah penyeluk saku digital ni, jujur katalah memang risau lah sebab boleh dikatakan semua kad perbankan yang nieyl ada sudah bertukar ke kad yang terbaru. Kalau tanya sesiapa pun, semua akan rasa risau betul tak. Sampai terfikir ha..lebih baik bawa duit syiling..hihihi..


Bank Negara, telah menafikan laporan media berhubung kaedah penyeluk saku digital yang telah tersebar luas di media sosial sejak semalam.

Memetik laporan Utusan Malaysia, dalam satu kenyataannya hari ini, ia berkata, kad sentuh dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu suatu cip yang menjada kod dinamik bagi setiap trandaksi.

Manakala bagi urus niaga kad dalam talian, pemegang kad dikehendaki memasukkan TAC yang dihantar ke telefon mudah alih mereka.

"maklumat penting pada kad juga tidak boleh diperolehi secara seluk saki digital"

"Dengan ciri-ciri keselamatan ini,kad tidak boleh diklon atau digunakan yntuk transaksi yang dibenarkan oleh si penipu"

Semalam, media melaporkan kaedah penyeluk saku digital dengan hanya memuat turun aplikasi melalui sumber terbuka seperti Playstore/Appstore

Pencuri di dakwa boleh mencuri data kad bank dengan mendekatkan telefon pintar dengan kad bank pada jarak semeter.

Ia juga boleh menggunakan alat pembaca gelombang radio yang boleh didapati di talian.

Dengan cara ini pula, pencuri boleh mencuri data kad bank dengan mendekatkan telefon pintar dengan kad bank pada jarak 5 meter.

Laporan itu mendakwa,alat pembaca gelombang radio ini dikatakan boleh menyimpan transaksi sekitar RM300 hingga RM1500 tanpa memerlukan jaringan internet.

Dalam pada itu, BNM turt menasihatkan pemegang kad untuk melindungi kadi pembayaran dan PIN mereka pada setiap masa.

Sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau PIN mereka telah terjejas atau mereka melihat apa-apa transakri yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka, pemegang kad berkenaan perlu memaklumkan bank dengan segera. -CARI
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Hilang rasa kerisauan kita.
    Walau bagaimana pun kita perlu berhati2.

    ReplyDelete
  2. Pagi ini juga siapa yg mengikuti siaran radio IKIM fm membuat liputan berkaitan ini
    Macam-macam isu tapi realitinya kita sebagai pengguna kena berhati-hati walau cip direka sudah menjamin.
    Sangat dilarang menggunakan ic no. sebagi pin no.

    ReplyDelete
  3. tue lah , takut jugak ..
    semua sekarang semua transaksi pakai kad jer

    ReplyDelete
  4. Ju tgk ni smlm, mnakutkn.. jadi masalah bila bnda ni d sebarkn oleh pihak xbtggjwb mm..

    ReplyDelete
  5. yg penting, pe keadaan skalipun, kena hati2.
    jaga diri & harta.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)