10 January, 2017

Shellout Di Rumah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Shellout Di Rumah | Ayah yang bagi idea dan request nak bershellout dengan cucu²,anak² menantu sabtu malam ahad lepas. Seperti biasalah kalau bab masak memasak benda-benda begini memang mak akan suruh nieyl yang masak. Sebelum ni memang nieyl pernah buat dekat rumah MIL nieyl shellout ni, so adalah sedikit pengalaman nak memasak tu..ceeeehhhwwaaaahhh...

Nieyl memang tak pergi beli barang, sebab abang nieyl yang ditugaskan beli semua barang. Nieyl pun tak berapa pasti barang apa yang dia beli sampai lah dia balik dari pasar borong..Nieyl tengok ada kerang,siput sedut,kupang,ketam,jagung  pastu ada beli ayam.

So,nieyl ni pula jenis kalau masak ikut resepi sendiri je asalkan sedap je..hahaha..kerang tu nieyl masak sambal merah + serai, ketam tu nieyl masak sos + telur masin, kupang nieyl masak sos, ayam tu goreng je untuk budak²,pastu abang nieyl ada beli sate..makanan jadi banyak..



seronok sangat, makan ramai² ..itupun x cukup lengkap,2 family xdpt join... insyaÁllah nanti nak plan buat lagi...Semua orang kata sedap..wah!seronoknyaaa...Alhamdulillah..semua orang enjoy makan..😋

Lepas makan kami semua lepak dekat rumah nieyl borak² ipar duai,bergurau senda,cucu² main sambil tengok tv..memang seronok sangat,mengeratkan hubungan kekeluargaan..😉

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. wahhh..beestnya shell out sendiri kat rumah
    mesti sedap kan nieyl masak :)

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan la, Nieyl.. Memang seronok kan kalu makan berjemaah camnie, kita makan pun terasa seronok jea... =)

    ReplyDelete
  3. meriah ..s eronok kan mkn rebut2 .... yang suka makan lauk mmg heaven la....ai suka mkn nasi dr lauk seafood pun kurang ... jd ai tgk dr jauh je keh keh keh

    ReplyDelete
  4. bestnya senang kan kat rumah sendiri

    ReplyDelete
  5. Tentu menjadi kebanggaan tukang masak bila semuanya memuji.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya berkumpul macam ni... makanan pun semua nampak sedap!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)