30 April, 2025

Tak sangka Ini Yang Terjadi

by on April 30, 2025

Tak sangka Ini Yang Terjadi | Turun dari flight tu masing-masing memang excited nak pergi tuntut bag, bila sampai dekat tempat tuntut bag tu 5 bag dah jumpa, beg nieyl yang last sekali jumpa. Ambil-ambil sekali tengok korangggg..pecahhhh bag nieyl. 

Perasaan marah, geram semua ada masa tu terus pergi kaunter untuk buat report dan claim. Sekarang ni bukan boleh dapat terus claim tu, kena isi borang online dan detail semua dalam online. Nanti tunggu dieorang offer kita berapa yang dieorang nak bayar.

Masa nak balik KUL - PEN nieyl terpaksa balut bag nieyl, sebab takut pecah lagi berterabur pula barang dalam tu kan. Sedih betul, sekarang baru tahu macam mana orang yang beg dieorang pecah masa naik flight...Ni nak pergi terengganu bulan 9 ni kenalah nieyl beli bag baru, modal lagi weh hahaha...Sabar jela..

Morning

by on April 30, 2025

Assalamaulaikum...
Selamat pagi rabu...
Dah nak akhir syawal dah...
Masih ada jamuan raya lagi ke dekat tempat korang..

Nieyl tak ada dah..
dah back to rutin bawa bekal setiap hari hehehe...

Happy working semua...

29 April, 2025

Moment yang wajib kalau naik flight

by on April 29, 2025

 

Moment yang wajib kalau naik flight | Kalau naik flight korang suka duduk seat yang mana?Kalau nieyl, suka duduk seat tepi tingkap sebab nieyl suka menikmati pemandangan di awan biru. Untuk kali ini pergi penang, memang anak buah nieyl dah beli seat untuk nieyl tepi tingkap oleh itu banyaklah gambar sayap kapal terbang yang nieyl snap untuk simpanan sendiri.. nieyl share sini untuk tatapan korang juga..

baru naik masih nampak lagi darat..

Dah tinggi sikit
Dah tinggggiiii...









Sebelum pukul8 dah sampai

by on April 29, 2025


Sebelum pukul8 dah sampai | Meh sambung cerita pasal short vacay nieyl, hari jumaat nieyl ambil cuti sebab flight pagi dalam pukul11 pagi. Seawal 7.30 pagi kitaorang dah bergeak ke KLIA 1, walaupun tak jauh mana pun dari rumah tapi buat masa skrg ni jalan pantas nak ke KLIA 1 tu tutup jadi kita kena ikut jalan jauh sikit dan ada tol. Itu salah satu kenapa kiteorang pergi awal. 

Antara port airport yang nieyl akan ambil gambar adalah di screen. kalau KLIA 2 dia yang besar tergantung tu hahaha..yang ni pun ok je tapi nieyl lebih suka KLIA 2 tu luas boleh cuci mata banyak tempat cumanya jauhhhhh..kesian pula dekat mak nak kena jalan jauh pula nanti kan.

kiteorang pergi 7 orang , beg masuk perut ada 6 je.. kan kalau MAS free 20 kg kan,jadi macam beg kiteorang ni paling berat 18kg hahahaha ( ini beg anak buah nieyl bella tu), tak tahu la dia bawa besi ke apa, orang lain antara 7kg -9kg je.. 
Lepas dah drop bag, kitaorang breakfast di Ya Kun Kaya Toast. First tu memang berpusing juga nak cari kedai makan yang jual makanan yang simple-simple je. Itu yang nampak Ya Kun Kaya tu, tapi kalau makan dekat airport ni faham-faham jela harga dia..nasi lemak yang boleh dapat rm10 pun boleh jadi rm24 hihihi

Nieyl ambil simple breakfast je kopi dan roti butter kaya. Tapi rasa dia tak boleh kalahkan Old Town punya roti kaya butter la..hehehe

Perut dah kenyang, masa untuk bergerak ke spotcheck point. Kami 6 orang check tak ada masalah pun, bila dah selesai tu tunggu lah tepi sebab abg ipar nieyl kena buka kasut hahaha..sebab masa lalu dekat scanner body tu berbunyi.. nak tahu kenapa?dalam kasut dia ada besi , tak pasal-pasal member kena buka kasut. Ha..nak bergayo susah yang dapat hahaha..sabar jela..

Kiri dan kanan tu anak buah nieyl yang kiranya paling close dengan nieyl sebab dieorang berdua ni membesar depan mata nieyl. Yang belakang tu tunang anak buah nieyl yang akan kahwin Julai nanti.. Biasalah nieyl kalau nampak cermin kan hehehe.. Perjalanan dari tempat spotcheck tu ke dalam boleh tahan jauh juga tau tapi tak sejauh KLIA 2 lah..slow-slow jalan..sebab baru makan kan,jalan lebih sikit hehehehe..Buggy ada je, tapi kiteorang tak naik pun sebab memang nak berjalan.

Seingat nieyl ini kali ke-2 nieyl naik MAS. Kalau dulu naik MAS akan dapat secawan jus oren dan kacang masin, kali ni air mineral dan kacang masin. Perjalanan KUL -PEN ambil masa 35-45min sahaja. Sekejap je kan, sebab itulah orang boleh pergi balik hari janji ada duit kan..

Nanti sambung story lagi.....

Short vacay Di Penang

by on April 29, 2025

Short vacay Di Penang | Percutian ke Penang ni sebenarnya tak ada dalam list nieyl tahun ni. Kisahnya sebulan yang lepas anak buah nieyl yang nak kahwin bulan 7 ni, dia whatsapp nieyl malam masa tu nieyl memang dah mengantuk nak tidur. Dia kata jom Penang, nieyl cakap taknak lah..banyaklah tahun ni dah banyak kali pergi jalan baru je sebelum puasa pergi Johor, ni nak pergi penang. Lepas reply macam tu nieyl pun terus tidur sampailah bangun pagi nak subuh tu, tengok handphone ada whatsapp anak buah nieyl dia cakap "Tiket Dah Beli" . First tu nieyl memang tak percayalah, yela memang tak percaya la sebab ingat dia main-main, lepas tu dia tunjuk bukti tiket flight dah beli.

Detail nieyl semua memang dia ada simpan untuk urusan Fun Run , tak sangka pula dia beli betul-betul jadinya bila dah beli, tak ada pilihan lah kena buat pergi juga. So, minggu lepas nieyl cuti JUMAAT , sebab flight nieyl pukul11 pagi untuk ke Penang. Kali ini nieyl naik MAS, tapi next nieyl share apa yang terjadi masa dekat airport okay...

28 April, 2025

KKV Alamanda

by on April 28, 2025


KKV Alamanda | Last week habis waktu bekerja, kebetulan anak buah nieyl pick up nieyl balik kerja sebab kereta nieyl beteri kong. Nieyl nak cari baju T-shirt putih dekat Uniqlo sekali tengok harga tak jadi nak beli dekat situ, jadi nieyl berjalan-jalan dekat Alamanda tu untuk mencari yang murah sikit. Actually dah lama nieyl tak pergi alamanda ni, sejak-sejak banyak kedai dia renovate sekarang ni..

Jalan-jalan ada satu kedai tu warna dia sangat menyerlah dan menarik untuk kita. Nama dia KKV korang pernah dengar tak?Jujur cakap nieyl baru first time dengar dan masuk. Dia ni ala-ala kedai Daiso, Miniso , Muji.. So, jom layan gambar yang nieyl sempat snap masa masuk dalam kedai dia.

tengoklah pokok kecil palsu ni.Siap ada kecing tepi tu. Nieyl memang suka tengok-tengok barang comel. Nak beli, kena fikir nak letak mana dulu..Skrg ni kalau beli benda-bemda comel ni selalu jadi mangsa office sampai padat dah hihihi

Ok siapa tahu ini apa?Sekali pandang macam makanan kan tapi ini bath bomb biasanya kitaorang bawa hotel, isi air penuh-penuh dalam bathtub lepas tu letaklah benda ala ini.

Sumpah cute, comel rasa macam cupcake betul-betul.

Ini bahagian pencel warna warni

Bahagian lego pun nieyl suka juga sebab nieyl suka buat lego bila dah berumur ni..hehehe

Yang ini bahagian mug yang cute-cute kalau ikutkan hati ini memang nak beli je tau sebab cuti cuma harga dia bukan harga macam kedai Eco tau hehehehe,kesimpulan dia kalau bawa anak-anak, poket ayah ibu kena tebal sikit hehehehe...

Baru nak breakfast

by on April 28, 2025

Assalamualaikum...
Selamat pagi isnin..
Hari ini lambat betul nieyl nak breakfast..
11.30 baru dapat suap nasi dalam mulut...

Biasalah hari isnin kan..
mana-mana pun sibuk...
Malam tadi flight nieyl delay sampai rumah pukul12 tgh malam..

Lepas tu pukul5 pagi blackout pulakk..
Panas gila tidur..alih-alih terjaga lewat weh..
macam lipas kudung bersiap hahaha..

huru hara pagi isnin nieyl..
tapi ni dah cool dah, kerja-kerja nieyl settelkan dah...
tinggal yang tak urgent je..


 

24 April, 2025

Dugaan Pagi Khamis

by on April 24, 2025

Assalamualaikum...
Selamat pagi korang...
Dugaan nieyl pagi ni..
Nak pergi kerja before 7.30 kononnya...
sekali start kereta, tak mo hidup pulak..
beteri kongggggg...
Sudah!pepagi nak cari bengkel memang tak ada la..
nasib baik ada syida..
nieyl call dia, dia dekat kedai area rumah nieyl..
tengah breakfast...
Nieyl minta nak tumpang dia pergi kerja pagi ni..
so, pergilah ngan syida pagi ni...
Balik kerja nanti anak buah nieyl pick up..

sabar jela dugaan betul..




 

23 April, 2025

Jamuan Raya Di Pejabat

by on April 23, 2025
Jamuan Raya Di Pejabat | Dua hari nieyl tak sempat nak buat entry sebab sibuk deko untuk majlis jamuan raya peringkat jabatan. Bahagian nieyl no. 2 yang akan dilawati Ketua Pengarah. Lepas tu persiapan untuk deko dah dimulakan seawal seminggu yang lepas sebab bukan senang ya nak buat deko kali ini. Tahun ni nieyl tak join sangat untuk deko sebab nama dah masuk dalam kerja lain. Walau macam mana pun nieyl still tolong sikit-sikit buat deko..

Cantik tak backdrop untuk selfie dan photoshoot untuk para tetamu yang singgah ke bahagian nieyl.. Bahagian nieyl ni orang panggil kayangan sebab duduk tingkat atas, jadi beraya di kayangan barulah ada bulan bintang kan hehehe..

Disediakan juga drop-drop comel untuk digunakan semasa bergambar di bulan bintang. Rugi kalau tak guna kan. Semalam pun memang tetamu yang datang beraya sangat teruja untuk bergambar di awan bulan bintang ini. 

Ini bahagian luar, kitaorang gantung ketupat 3D, bulan dan bintang untuk naikkan suasana hari raya.

Seksyen kuih dan biskut raya untuk tetamu yang datang beraya ke Open House kami. Macam-macam jenis biskut raya yang ada baru dan lama. 

Kitaorang order air balang je 1 balang Rm150 , air limau kasturi asam boi dan air jagung. Ha..kalau orang putrajaya nak order, dm nieyl nanti nieyl boleh bagi no contact.

Selain itu kita ada juga sediakan rojak buah yang sedap, kita dah masukkan siap2 dalam cawan supaya mudah tetamu nak bawa balik kalau tak nak makan dekat situ kan. Ada buah jambu, nanas, timun, sengkuang, jambu madu.

Kita ada macam-macam jenis kuih talam( sorry tak ada gambar) , yang ini ada kek pisang dan kuih koci pun ada. 

Popia basah juga ada paling laku juga ni sebab sedap sangat, nieyl pun makan sampai 2 hihihi...makan ni pun dah kenyang sebab besar.

Menu yang paling rare adalah tapai. Ha..ini bukan sebarang tapai tau, kami sediakan sekali dengan aiskrim vanilla untuk makan bersama tapai ni tau. Tapai ni terhad siapa cepat dia dapat.. 

Menu utama kami adalah lontong tau, yang lain-lain tu hanyalah sampingan je tapi biasalah yang sampingan itulah yang habis hehehe..Ok nanti nieyl share lagi eh gambar jamuan raya semalam..

Breakfast Di Kedai Kopi Sudin

by on April 23, 2025

Breakfast Di Kedai Kopi Sudin | Pernah tak bangun tidur tiba-tiba rasa teringin nak makan sesuatu? ha..nieyl jumaat lepas rasa macam tu, terus je subuh tu whatsapp kak milah kebetulan kak milah reply, kasi on..

Nieyl order roti bakar dengan teh tarik. Asalnya memang nak dine in tapi tempat duduk dah full, so nieyl pun order untuk tapau je mee kolok tu. Alih-alih tengah mengunggu tu, ada meja kosong dekat luar, so..decide untuk makan situ jela kan, itu yg order dlu roti tu..

Inilah mee kolok goreng daging yang selalu dirindui hihihi...Sangat sedap makan dengan cili potong memang power lah..skali pandang macam meggi gorengkan. Tapi rasa dia sedap, nieyl kalau pergi sini tak ada dah order lain hehehe..Harga dia RM10 je.. 

18 April, 2025

PA Yang Multitasking

by on April 18, 2025

 

PA Yang Multitasking | Kalau dah namanya PA automatik kau kena jadi seorang yang multitasking. Kau boleh jadi Tea Lady , Kau boleh jadi Driver. Kau boleh jadi tukang angkat barang, kau boleh jadi cleaner juga macam nieyl. Hahaha.. Since beberapa minggu ni pejabat tak ada cleaner tapi tempat kau dah berhabuk dan ada sampah dekat karpet, rimas rasanya.

Nieyl pergi pinjam penyapu ngan penyodok tadi dekat cleaner toilet, nieyl sapu karpet bilik ni aduhai walaupun nampak macam tak ada apa-apa sampah, bila sapu macam-macam keluar dari karpet tu. Selalunya seminggu or 2 minggu sekali cleaner akan datang vacuum..tapi takkan nak bawa dari rumah pula vacuum kan, jenuhlah...so, kita sapu je lah mampu setakat ini. Tadi dengar next week dah ada cleaner hopefully bukan harapa palsu la..

17 April, 2025

Doakan Rayhana ya

by on April 17, 2025


Assalamualaikum..
Selamat Pagii..
Meh belanje gambar budak kecik ni..
Dia memang suka betul datang rumah nieyl..
Tengoklah tu bila dapat berdiri sendiri..
belum 1 tahun lagi tu..

Korang yang baca entry ni..
Doakan Rayhana ya..
Start semalam dia kena kurantin kena Hfmd..
Malam jenuk dia di balik pagar rumah je..
kaki dia penuh dah naik merah-merah...
air liur meleleh je sebab dalam mulut ada macam ulser ..
semoga Rayhana cepat sembuh..

Happy working..

 

16 April, 2025

Good Morning

by on April 16, 2025


Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
laluan ke opis nieyl kalau dah pukul7.40 tu mesti jem..
bukan jem apa..trafik light je bulatan..
Kang kalau petang pun sama juga kalau lebih 4.45 petang..
dia dah start jem dah..

Happy working untuk semua...


 

15 April, 2025

Tema Hijau Menjadi Pilihan

by on April 15, 2025

 

Tema Hijau Menjadi Pilihan | Hari tu nieyl terlupa nak share gambar-gambar family sempena majlis pertunangan adik ipar nieyl. Tahun ni raya memang nieyl dah bagitahu adik-adik ipar nieyl yang kita nak pakai baju color hijau. Masing-masing pun ok, sebab nanti majlis tunang boleh pakai tema hijau, ambil gambar sekali untuk raya hihihi.. So, cantiklah dalam gambar macam-macam hijau ada.

Bila majlis dah selesai, kitaorang ambil kesempatan untuk bergambar. Ini gambar nieyl bersama husband dan anak -anak buah belah husband. Adam, Eric, Ellsa dan Putri.

Kenangan bergambar dengan bakal pengantin insyaÁllah hujung tahun ni perancangannya. Semoga dipermudahkan.

Kesayangan adik ipar dan biras nieyl yang sebaya dengan nieyl. Doakan kitaorang jadi keluarga sampai akhir hayat...Amin...

Gambar girl's sahaja wajibnya sekarang ni sebab anak-anak dah besar sekarang ni. 

Kami bertiga ini terpaling penat bila majlis dah selesai. Rasa macam nak terbaring dah dekat karpet bila semua tetamu dah balik. Seawal 6.30 pagi nieyl start masak , tutup rumah pukul4 petang. Memang terpaling sibuk dan penat.. 

Kahwin nanti katering je tak larat nak masak dah...penat ya masak banyak-banyak mcnie..hehe..tak mo dah hehehe

Blood Brothers Best

by on April 15, 2025


Blood Brothers Best | Weekend curi masa untuk pergi menonton filem melayu , actually kan nieyl rasa macam dah lama tak tengok filem melayu dekat Panggung Wayang. Sebab nieyl memilih sikit kalau nak tengok filem melayu dekat panggung ni, selalunya yang fight-fight ni nieyl memang suka. 

Filem ni tak kosong guys, kalau betul-betul hayati banyak sangat mesej yang nak disampaikan pada kita di mana kita kena sentiasa aleart apa sahaja yang di sekeliling kita, Apa yang paling nieyl suka filem ni, kita tak boleh nak syak ataupun teka siapa yang terpaling jahat dalam filem ni hahaha... Apa-apa pun nieyl nak bagi 5/5 filem ni.  

Kalau korang belum tengok lagi filem ni, bolehlah pergi tengok ajaklah husband ke isteri ke pergi tengok okay. Best dan penuh action ..

Perginya mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5

by on April 15, 2025

 

Perginya mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 | Seluruh negara dikejutkan berita pemergian Perginya mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi malam sebelum maghrib. 

Untuk makluman, jenazah akan dibawa ke Masjid negara pada pagi ini. Rakyat diberikan kesempatan untuk memberikan penghormatan terahir ke atas jenazah di Dewan Solat utama, masjid negara dari jam 11 pagi hingga 1.00 petang.

Jenazah akan di disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas zohor.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, Al- Fatihah