Menu Hari Raya 2025 | Tahun ni menu raya nieyl simple je tapi kalau dah merendang tu taklah simple kan hehehe..Kalau tahun-tahun lepas sambal jawa dengan dalca mak tak pernah tinggal. Cuma tahun ini mak nieyl dia masak 2 jenis menu dan nieyl masak 1 menu. Itupun kitaorang masak tak banyak sebab 1 syawal memang takkan ada dekat rumah kami akan pergi beraya lewat petang atau malam baru balik ke rumah.
Lemang ada 2 batang abg nieyl dengan abg ipar nieyl bagi. Selalunya lemang dekat rumah nieyl tak berapa nak jalan sangat sebab dieorang lebih cari nasi impit.
Lemang ada 2 batang abg nieyl dengan abg ipar nieyl bagi. Selalunya lemang dekat rumah nieyl tak berapa nak jalan sangat sebab dieorang lebih cari nasi impit.
Ayam masak merah kena ada setiap tahun sebab nieyl sukaaa..rendang-rendang ni pagi raya selalunya nieyl tak makan sangat, tapi bila dah nak jadi serunding tu ha barulah nieyl suka hehehe..itu dalam fridge ada lagi rendang tu, ahad nanti nieyl nak panaskan makan dengan ketupat palas..yumyum...
Tahun ni husband nieyl banyak tolong mak nieyl mengacau rendang sampai ke malam. hihihi.. sebab nieyl sibuk kemas-kemas rumah, isi kuih dalam balang..mop rumah tengah-tengah malam ha..selalunya kerja husband nieyl, tapi tahun ni kita tukar skop kerja hehehe.
Kalau arwah kakak nieyl masih hidup, takkan jumpa nasi impit segera ni selalunya dia akan buat ketupat sendiri. Tapi bila dia tak ada ni nasi impit segera je la mampu sebab semua tak reti mengayam ketupatnya termasuklah mak nieyl hehehe.
Satu-satunya menu yang nieyl masak di pagi raya adalah lodeh untuk dimakan bersama nasi impit. Alhamdulillah licin dan sedap eh..hihihihi..
Kalau dah jual ketupat palas, tapi raya tak ada ketupat palas tak sahlah kan. Alhamdulillah, tahun ini banyak dapat feedback yang sangat baik untuk ketupat palas yang nieyl jual. Lemak masin cukup sampai ada yang wasap nak order lagi..Alhamdulillah... Ketupat palas nieyl ni setahun sekali je nieyl jual iaitu waktu nak raya..
Menu raya korang tahun ni apa?
Husb Cie beli je ketupat palas kawan dia jual. Tinggal kukus je. Ada lagi sikit dalam fridge tu nanti bebila rajin buat rendang boleh makan.
ReplyDeleteAkak beli je lemang..rendang memang buat sendiri..tahun ni x rugi buat rendang sebab habis licin
ReplyDeleteUishhh..Sedap2 semuanya =D
ReplyDeleteSuka makan lodeh dengan nasi impit dan ayam masak merah. takda ayam masak merah, tak reti makan lodeh haha. SHRMZDB to Nieyl and Family <3
ReplyDeletelinda tak reti masak lodeh...kena belajar masak nie...memang sedap tu, kuah lodeh cmpur ayam masak merah...
ReplyDeleteKalau belah utara, lemang tu kira wajib la Nieyl 😁
ReplyDeleteAkk belum masak menu raya sbb beraya mil dah prepared menu dia so kita follow me. Dah balik rumah sendiri ni baru nak masak apa yg teringin hehe
Sama lah kita. Cuma lodeh je yang takde.
ReplyDeleteCuya dgn ibu buat rendang dgn kuah kacang, nasi impit. Semua awal raya dah habis sebab kitaorg bagi family lain kt rumah sebelah
ReplyDeleteSaya belum merasa lemang lagi...tengah menahan diri makan mcm2 sebenarnya sebab ada check up bulan ni...
ReplyDeletecomplete semua ada.. rendang lemang nasi impit.. lodeh.. kalau kta mau semua nak rasa 2 3 tambah hahaha :D
ReplyDelete