08 April, 2025

Jambu Air Terkenang Zaman Kanak-Kanak

Jambu Air Terkenang Zaman Kanak-Kanak | Minggu lepas ayah nieyl bawa balik 1 plastik jambu air yang kecik-kecik. Terus nieyl teringat zaman kecil nieyl dulu suka makan buah jambu ni tapi masa tu hanya ada 1 rumah jiran nieyl je yang ada tanam pokok jambu ni. Boleh dikatakan bila tiba musim dia, nieyl dengan kawan-kawan mesti akan pergi rembat buah jambu ni dekat rumah jiran tu. hahahaha..

Masa tu biasalah budak-budak kan, nampak je ambil tak ada tanya-tanya dah hahaha..tapi jiran tu pun tak marah pun, dia nampak je kiteorang ni pergi ambil jambu tu . Dia biarkan je kitaorang ambil makan. Selain dari buah jambu air ni, buah manggis pun kitaorang ambil makan sebab keliling rumah jiran tu memang banyak pokok buah. 

Itu yang bila nampak buah ni, teringat zaman nakal nieyl tu.. terus nieyl tag kawan-kawan nakal sekampung nieyl dekat IG..dieorang pun mesti tergelak terkenang nakalnya kitaorang dulu. Zaman kanak-kanak dulu dengan sekarang ni memang beza kan..Nantilah ada masa kita share zaman kanak-kanak dalam entry okay...

 

7 comments:

  1. sama ala.. kat rumah mak saya dulu ada 1 pokok, sapa nk mai ambil, ambil je..

    ReplyDelete
  2. Teringat pokok jambu ni dekat rumah mak sedara Akk aka jiran juga. Buah lebat dan mmg rezeki satu kampung boleh makan. Cicah dgn colek kicap + gula sedapnya Nieyl!

    ReplyDelete
  3. Dulu kat kampung byk.. skrg balik kg nk jumpa pokok pun dah susah... :D

    ReplyDelete
  4. dulu lain..sekarang lain...naseb baik anak2 linda ada 2 kampung yang lain2...which is, linda memang rumah kampung, balik memang berlengas lah bebudak tu...yang rmah suami, rumah taman,bukan kata anak2, linda pun tak tau nak buat apa kat rumah MIL.. kikki

    ReplyDelete
  5. Betul..Ni mkn cicah cili + kicap + gula + belacan bakar sikit..ngam terus =D

    ReplyDelete
  6. ya allah...nampak pun dah terliur. ammi masa kecik on the way nak ke tadika ambillah buah belimbing besi kat rumah cina (tak minta izin kira curilah tu kan). Masa tu ingatkan boleh je ambik gitu. pastu kena kejar dengan anjing dia, padan mukaaa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)