08 April, 2025

Bukan Untuk Dijual Yaa

Bukan Untuk Dijual Yaa | Alkisahnya 4 hari sebelum raya, nieyl memang dah start buat biskut raya 1 malam 1 jenis biskut. Masuk hari ke-2 tu nieyl baru siapkan cookies choc chip untuk rumah. tiba-tiba husband nieyl bagitahu boleh tak kalau nak minta tolong. Nieyl pun tanya nak minta tolong apa?dia cakap buatkan cookies choc chip dalam 16 bekas. Nieyl macam ha?sebab masa tu nieyl ada 2 jenis kuih lagi nak buat untuk rumah. Husband cakap dia nak sedekah dekat pekerja-pekerja dia da 12 orang. Nieyl pun buatkanlah sebabnya dia nak sedekahkan benda baikkan.
Dengan itu, 3 hari berturut-turut malam lepas berbuka nieyl terus buat cookies choc chip ni sehari 2 adunan je yang mampu itupun dekat pukul12 tengah malam baru siap.  Sebab oven nieyl yang biasa je kalau jenis yang besar (bisnes punya) memang sekejap je siap hihi..

Beginilah rupanya cookies choc chip yang menjadi pilihan husband nieyl untuk tahun ni bersedekah, dan dia dah cakap tahun depan pun dia nak sedekah juga, awal nieyl cakap boleh tapi mungkin nieyl buat kuih yang lebih senang kot hahaha..tak ambil masa yang lama untuk disiapkan.. Kalau korang nak tahu, chop chip nieyl untuk rumah telah selamat habis ya. Tetamu yang datang rumah nieyl semua cari biskut raya yang nieyl buat. hahaha. Kerepek-kerepek laku juga tapi semua biskut raya yang nieyl buat sendiri menjadi pilihan tetamu tahun ni.  Alhamdulillah..

Nampaknya tahun depan kena buat extra biskut raya ni, baru raya ke-5 dah sold out dah...weekend ni ingat nak buat biskut raya 2 jenis, sebab nak jamu kawan-kawan dekat pejabat pula next week..tengok pada kerajinan dulu nanti macam mana.

6 comments:

  1. Terbaik sungguh, banyak tu 16 bekas 👏

    Biskut raya buat sendiri rasa sedap sebab segar baru buat.

    ReplyDelete
  2. Cantik kejadian biskut Nieyl...kalo ada resepi lagi cantik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nieyl buat entry khas untuk share resepi ya..

      Delete
  3. linda pernah cuba buat choc chip nie..tapi, rase mcm tak menjadi sangat...

    ReplyDelete
  4. cantik siap packaging cantik2.. mesti puas hati meilhat hasil kesudahan nya :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)