Jamuan Raya Di Pejabat | Dua hari nieyl tak sempat nak buat entry sebab sibuk deko untuk majlis jamuan raya peringkat jabatan. Bahagian nieyl no. 2 yang akan dilawati Ketua Pengarah. Lepas tu persiapan untuk deko dah dimulakan seawal seminggu yang lepas sebab bukan senang ya nak buat deko kali ini. Tahun ni nieyl tak join sangat untuk deko sebab nama dah masuk dalam kerja lain. Walau macam mana pun nieyl still tolong sikit-sikit buat deko..
Cantik tak backdrop untuk selfie dan photoshoot untuk para tetamu yang singgah ke bahagian nieyl.. Bahagian nieyl ni orang panggil kayangan sebab duduk tingkat atas, jadi beraya di kayangan barulah ada bulan bintang kan hehehe..
Disediakan juga drop-drop comel untuk digunakan semasa bergambar di bulan bintang. Rugi kalau tak guna kan. Semalam pun memang tetamu yang datang beraya sangat teruja untuk bergambar di awan bulan bintang ini.
Ini bahagian luar, kitaorang gantung ketupat 3D, bulan dan bintang untuk naikkan suasana hari raya.
Seksyen kuih dan biskut raya untuk tetamu yang datang beraya ke Open House kami. Macam-macam jenis biskut raya yang ada baru dan lama.
Kitaorang order air balang je 1 balang Rm150 , air limau kasturi asam boi dan air jagung. Ha..kalau orang putrajaya nak order, dm nieyl nanti nieyl boleh bagi no contact.
Selain itu kita ada juga sediakan rojak buah yang sedap, kita dah masukkan siap2 dalam cawan supaya mudah tetamu nak bawa balik kalau tak nak makan dekat situ kan. Ada buah jambu, nanas, timun, sengkuang, jambu madu.
Kita ada macam-macam jenis kuih talam( sorry tak ada gambar) , yang ini ada kek pisang dan kuih koci pun ada.
Popia basah juga ada paling laku juga ni sebab sedap sangat, nieyl pun makan sampai 2 hihihi...makan ni pun dah kenyang sebab besar.
Menu yang paling rare adalah tapai. Ha..ini bukan sebarang tapai tau, kami sediakan sekali dengan aiskrim vanilla untuk makan bersama tapai ni tau. Tapai ni terhad siapa cepat dia dapat..
Menu utama kami adalah lontong tau, yang lain-lain tu hanyalah sampingan je tapi biasalah yang sampingan itulah yang habis hehehe..Ok nanti nieyl share lagi eh gambar jamuan raya semalam..
waahhhhh mmg kena dgn 'kayangan' sbb ada bulan bintang hehehe
ReplyDeletewah..meriah. mcm2 menu ada
ReplyDeletetapi paling menariks..backdrop tu la..c.antik nya bulan siap ada awan2 lagi.... nice!
Wow..Meriah..Mata sy tertumpu dkt tapai tu...=q
ReplyDeletesiap letak dalam bekas..bagus macam nie, tinggal ambil je...
ReplyDeletebetul2 menjadi deko tu...3D semuanya
Bulan tu outstanding la...
ReplyDeleteMeriah juadahnya, deko pun cantik. Well done 👍🏻
Best nyer ada jamuan raya di office.. office kita tahun ni senyap jer huhuu
ReplyDeleteMeriah betul..meriah juga engan makanan..air balang tu sedapnyaaa...bagus macam ni x banyak guna pinggan...buat siap2 senang amik kan
ReplyDeleteMeriahnya jamuan Raya, seronok tengok semua ceria dengan macam2 juadah.
ReplyDeleteDeco nya cantik, banyak props pula utk foto 👍👍👍. Ditambah pula makanan banyak. Menarik tapai pake eskrim. Blm pernah coba makan tapai dengan eskrim
ReplyDelete