14 April, 2025

Pertama Kali Shopping Guna SARA

 

Pertama Kali Shopping Guna SARA | Bermula bulan 4 tahun 2025 , pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ia merupakan bantuan bersasar kerajaan untuk rakyat B40 yang terpilih dan penerima bantuan STR. Alhamdulillah syukur, tahun ni nieyl diberikan rezeki untuk menerima SARA sehingga Disember 2025.

Weekend baru ni nieyl sempat singgah Speedmart di kawasan tempat tinggal nieyl, di situ sangat mudah untuk membeli barang yang boleh dibeli menggunakan SARA sebab dieorang dah label siap-siap Sumbangan Asas Rahmah di rak barang-barang. Jadi tak perlu lagi kita nak bertanya dekat cashier, dieorang pun sibuk nak scan-scan barang orang yang nak membayar. 

Antara barang yang nieyl dapat beli hari tu santan kara, ubat gigi, biskut, tepung bestari, sos tiram, meggi cup ( paket punya licin) , bihun, secukup rasa, garam. Untuk first time tu nieyl beli yang mana tak ada dirumah, so..baki dalam ic masih ada lagi rm38. Nanti boleh guna lagi sebelum hujung bulan. Cashier tu ada bagitahu, banyak lagi barang-barang yang dieorang belum setting lagi insyaÁllah nanti boleh datang beli lagi. 

Selain barang-barang yang nieyl beli tu, korang boleh juga beli Milo, Teh, Sardin tin dan beberapa barang lagi. Nieyl harap kedai-kedai yang terpilih ni boleh tampal label SARA tu di rak barang yang terpilih bagi memudahkan orang ramai untuk membeli belah dengan mudah.

Sabun pencuci kain tu kena bayar sendiri, tak boleh guna SARA hihihi.. Korang ada yang dapat juga ke SARA?dah beli barang ke..

9 comments:

  1. Kak SA of course la x dapat tapi adik beradik ada yang dapat..PZ pun dapat RM50 sebulan sampai bulan 12 kalau x salah....

    ReplyDelete
  2. Banyak juga tu Nieyl. Alhamdulilah....Terima kasih juga kepada kerajaan kerana membantu kerana kos sara hidup sekarang ni memang tinggi.

    ReplyDelete
  3. Wahhh..bestnya dapat SARA..I is jeles..Hahaha..Gurau je..=D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki Nieyl...
    Bolehlah beli barang² keperluan kan, jimat banyak tu 👍🏻

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...tahniah , rezeki Nieyl...linda nak cuba juga lah nanti, sebab suami dah jadi pesara kan...hihihi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah syukurrr dpt juga beli brg keperluan kan Nieyl

    ReplyDelete
  7. Di sini juga ada program yg mirip begini. Tp saya tak terlalu tahu nominalnya . Kalo tak salah Rp300rb . Membantu memang utk membayar keperluan anak atau keluarga .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)