Showing posts with label kesihatan mata. Show all posts
Showing posts with label kesihatan mata. Show all posts

08 November, 2017

Guna Contact Lens, Ada Berani?

by on November 08, 2017

Guna Contact Lens, Ada Berani? | Ramai kawan-kawan nieyl yang pakai kanta lekap pergi kerja, nieyl ni je yang tak nak berubah nak pakai spek mata lagi. Bukan tak nak tapi hakikatnya tidak berani untuk memakai kanta lekap sebab nieyl bukan seorang yang rajin dan seorang yang pelupa benda-benda yang kecil. Kebiasaanya kalau bab kanta lekap ini, kita selalu terdedah dengan golongan dewasa yang kebanyakkannya suka pakai kanta lekap kan. 

TAHUKAH ANDA?
Bahawa kanak-kanak dan remaja juga boleh menggunakannya dengan selamat.Dengan menggunakan kaedah dan cara yang betul yang diberikan kepada optometrist, kanak-kanak dan remake boleh menggunakan kanta lekap dalam kegiatan harian termasuk dalam pembelajaran di dalam kelas.


PEMERIKSAAN SECARA KOMPREHENSI OLEH OPTOMETRIST

Betujuan memastikan keadaan mata sihat dan sesuai untuk menggunakan kanta lekap. Selain itu juga preskripsi kanta lengkap yang betul akan di berikan oleh optometririst dan kanta lekap yang diberi mengikut saiz yang sesuai dengan mata.

CIRI KANTA LEKAP YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DAN REMAJA
  • Kanta lekap pakai buang secara harian
  • material kanta lekap yang breathable
  • Permukaan yang lembut dan licin
TIP MENGGUNAKAN KANTA LEKAP



20 January, 2017

Khas Untuk Si Rabun..i lah tu..

by on January 20, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Khas Untuk Si Rabun | Kalau bercakap tentang rabun nie tidak perlu pergi jauh, yang dekat ni pun rabun..siapa lagi nieyl la..actually, nieyl start rabun since tingkatan 3 sampai ke hari ini, yang beza mungkin kadar power yang saban tahun berubah. Ramai rasanya yang tidak gemar memakai cermin mata sebab bagi sesetengah orang bila memakai cermin mata ia akan memberi impak negatif dari segi rupa dan penampilan yang tidak menarik.. Ha..yang ini nieyl selalu dengar orang kata begitu.

Sekarang ini banyak solustion yang boleh di ambil jika seseorang itu tidak suka berkaca mata/cermin mata. Ramai sahaja yang kini menggunakan contact lens yang kini berada di pasaran dalam pelbagai warna dan corak. Kadang-kadang yang tidak rabun pun menggunakannya untuk kelihatan cantik dan menawan.

Bukan itu sahaja, seiring dengan teknologi perubatan sekarang ini yang menyediakan perkhidmatan untuk memulihkan kembali penglihatan mereka yang rabun. Termasuklah rawatan pembedahan laser yang ternyata berkesan dan mengambil masa yang singkat dan ianya tidak menyakitkan.

Tapi tidak semua mampu untuk membuat rawatan pembedahan laser ini sebab kos nya sangat tinggi memakan lebih dari RM3000 ke atas..aduhai..mahalnya...


Dalam rancangan popular The Dr. Oz Show, berkongsi 3 cara untuk memulihkan disamping meningkatkan penglihatan dengan cara semula jadi. wahhh!kira ini free tanpa keluarkan duit..wajib cuba ni kawan-kawan.

1. Makan untuk Penglihatan yang jelas- Pemakanan adalah penting dalam memelihara mata, ini kerana mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik.

🍎Vitamin A,C,E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.
🍎Makan banyak sayur berdun hijau,kuning telur,lada benggala kuning,labu,ubi keledek dan lobak mreah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari.
🍎Bawang putih,bawang besar dan bawang merah mengandungi silfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata.
🍎Beri biru,anggur secata tidak langsung mampu pulihkan penglihatan
🍎DHA iaitu sejenis asid lemak yang di temui dalam ikan air sejuk seperti salmon,sardin,makerel dan kol pula boleh memyokong sel untuk menyumbang kesihatan mata.

2. Lakukan senaman mata - Senaman mata ringkas ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimun. Lakukan senaman mata sejurus bangun tidur,sebelum tidur atau bila-bila masa ketika mata letih.Tetapi make sure jari kita bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman.

🍎Gosokkan tapak tangan untuk menghasilkan haba. tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata di tutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
🍎Pusingkan bebola mata. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan pelahan putarkan sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
🍎Pegang pen pada aras bahu di hadapan. Fokuskan padangan mata pada pen tersebut dan pelahan-pelahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung dan jarakkanya kembali ke posisi asal. Cekan dan jauhkan pen sebanyak 10 kali.
🍎Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari,tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali arah lawan jam. Ulang urutan di kawasan atas kening dibawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung.
🍎Sandar, pejam mata,relaks dan rehat selama 3 minit.

3. Peruntuan waktu rehat mata

🍎Dapatkan tidur yang cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya,membaiki dan memulih secara semula jadi. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap hari.
🍎Bagi individu yang yang kerja menghadap komputer setiap hari. Sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata ke tempat lain. rehatkan penglihatan. 

wah!mudah je caranya, tidak perlu mengeluarkan 1sen pun..cuma rajin dan malas sahaja...hihi..nampaknya nieyl kena belajar untuk mendisiplinkan diri juga ni.. ok la selamat beramal semua... 

sumber : wanista
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

20 July, 2016

Nak mata yang cantik

by on July 20, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Nak mata yang cantik | Kata orang, dari mata jatuh ke hati kan, so siapa yang tak nak mata yang cantik kan,semua orang nak..Walaupun mata ku ini agak sepet faktor genetik cina lebih dalam diri ini tetap bersyukur tau.Anugerah Allah pada kita, tak perlu nak buat pembedahan nak kasi mata besar ya.. Zaman sekarang ni kalau nak dapat mata yang cantik dah tak payah nak susah² dah..pakai saja kanta lekap berwarna warni..melambak kat pasaran sekarang nie, yang rabun² pun boleh guna juga sebab ada yang mempunyai power. 

Untuk mengekalkan mata yang cantik harus lah dimulakan dari dalaman ya bukan luar je berwarna warni tapi tak berapa nak sihat. Jom tengok beberapa petua atau tips penjagaan mata yang lebih sihat..

  1. Pengambilan telur
    Kuning telur kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang baik untuk mata.

  2. Pengambilan Antioksida
    Seperti buah beri, tomato,brokolo,bayam,kacang soya dan sebagainya.
  3. Mengambil Omega 3
    Pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding mereka yang tidak ambilnya.

  4. Supplement
    Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangkan risiko mata rosak.
  5. Menjaga tekanan darah dan berat badan
    Pada yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak di capai oleh retina mata. Manakala lemak dalam badan pula adalah tempat penyimpanan iutama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah yang bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.


Nieyl masih lagi dalam proses untuk memulihkan semula penglihatan mata, target nak tinggalkan cermin mata nie,so.boleh melihat dengan jelas tanpa bantuan kanta lagi..Sambil makan makanan yang di syorkan,nieyl pun amalkan supplement sebagai makanan tambahan..Doakan ya...tq 






  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

11 May, 2016

Jom atasi mata kering

by on May 11, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jom atasi mata kering | Ini adalah masalah yang sering kali nieyl hadapi bila mengadap monitor kat opis lama². Kadang² tu gatal nieyl gosok² kan aje mata tu..nasib baiklah pergi kerja tak bercelak atau bermaskara bagai..kalau tak, tanpa sedar..buruk mata ku..lepas ku gosok² tadi..

Mungkin kita boleh try dengan 3 cara ini.

1. Gunakan pelembab udara 
Pelembap udara akan memastikan ruang bilik atau berdekatan anda sentiasa lembap dan tidak kering. Kekurangan lembapan ini menyebabkan mata juga mudah menjadi kering. 

2. Berkedip 
Sibuk sangat buat kerja di hadapan komputer. Ambil masa sebentar untuk melelapkan mata dan juga berkedip. Ia membantu mata anda berehat dan menjadi lembap kembali. 

3. Kipas 
Jangan duduk secara terus di hadapan kipas atau pendingin hawa kerana boleh mengeringkan mata. Kita boleh mengelak perkara ini  dengan makai cermin mata.



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

24 March, 2016

Berkanta Lekap!Hati² ya..

by on March 24, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Jika dulu kanta lekap dijadikan satu keperluan untuk si rabun tetapi kini dijadikan satu fesyen untuk tampil lebih cantik dan yakin.  Tahukah anda bahawa kebanyakan kanta lekap yang tidak menepati piawaian keselamatan boleh merosakkan mata?

Penjualan kanta lekap yang berlambak di pasar-pasar malam dan yang dijual secara talian semakin berleluasa. Keinginan orang ramai untuk membeli kanta lekap yang murah dan tanpa perlu memeriksa mata ini menyebabkan mereka sanggup membeli kanta lekap tanpa banyak soal. 

Jika kita pengguna kanta lekap, kita sudah tentu tahu prosedur memakai kanta lekap yang sebetulnya malah lebih berhati-hati. Saranan beberapa pendapat bahawa elak memakai kanta lekap ketika berada di tempat panas atau ketika sedang berdepan dengan haba, contohnya ketika sedang memanggang adalah dilarang kerana ia mungkin penyebab buta. Alasan kanta lekap diperbuat daripada plastik ada logiknya. 

Disarankan kita tidak memakai kanta lekap sewaktu mahu masuk tidur atau seharian. Jangan lupa mencuci kanta lekap setelah pakai menggunakan air pencuci khas. kita  juga perlu patuhi bila kanta lekap kita tamat tempoh supaya kita tidak terpakai kanta lekap yang sudah tercemar. Cucilah bekas kanta lekap dan biarkan ia kering sendiri tanpa perlu lap dengan kain atau tisu. 

Mungkin ramai yang kurang tahu kesan memakai kanta lekap dalam jangka masa panjang boleh menghalang oksigen yang menyebabkan kornea kurang sensitif. Apabila kurang sensitif, pengguna tidak akan menyedari matanya dimasuki habuk. Akibat kurang sedar kemasukan bendasing, ia juga menjadi punca mata kurang berkedip sekaligus kurang kelembapan mata. 

Kita perlu tahu pemakaian kanta lekap akan mengubah lengkungan kornea dan rabun akan bertambah. Jika kita tidak mahu diserang ulser kornea iaitu jangkitan bakteria pada mata, elak pakai kanta lekap selama lapan jam berterusan dan ketika tidur. Jika kanta lekap boleh ditukar ganti dengan pelbagai warna tetapi mana mungkin mata boleh diganti dengan mudah!

Artikel ni dari RAPI

Pendapat Nieyl : Sangat bahaya jika kita tidak berhati² mengendalikan kanta lekap nie, hanya untuk mereka yang alert,tidak cuai,sentiasa berhati² dan rajin je pada nieyl yang boleh mengendalikannya dengan baik.. Orang macam nieyl nie rasanya tidak kot,sebab for nieyl mata adalah satu anugerah yang sangat bernilai dalam hidup nieyl,walaupun sekarang nie rabun jauh kena pakai spek but untuk pakai kanta lekap sememangnya jauh dr diri ini. Sebab dah tahu diri ini sangat tak berdisiplin. :) 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png