Menyikat rambut ketika basah | Tahu atau tidak korang. tabiat menyikat rambut ketika masih basah menyebabkan hujung rambut bercabang. Elakkan ya. Dan jika mengeringkan dengan tuala kalau boleh jangan terlalu kuat kerana rambut akan putus-putus.
Siapa yang cepat lemau di bulan ramadhan? |Bulan ramadhan biasanya kita boleh nampak wajah² lemau, wajah² kepenatan..Biasanya minggu pertama,kedua dan ketiga je..Masuk minggu ke-4 wajah kembali ceria sebab dah mood raya...kan..ok²,nieyl tak nak cakap pasal raya lagi...jauh lagi..
Ini dari pemerhatian nieyl laaa..sesetengah dari kita bila dekat office badan cepat je lemau, waktu rehat mesti nak tidur..kan?nieyl so far Alhamdulillah..4 hari berpuasa nie belum sempat nak tidur lagi waktu lunch..entah..mungkin mata segar waktu siang..malam jangan cakap laa...balik tarawih terus Zzzz..hihihi..
Meh nak share tips yang mungkin kita boleh try..terutamanya bila bulan puasa nie kan...mengantok tak boleh nak makan,xleh nak minum...hihi...
Jangan Skip Sahur - Ketika sahur badan kita menerima glukos ( sumber tenaga) . Sebab kita akan bertahan lapar dan dahaga lebih 7 jam.
Makan makanan yang lambat hadam - Untuk kekal bertenaga sepanjang hari kita perlu makan makanan yang mengandungi segala sumber terutama karbohidrat yang mencukupi.
Pengambilan air buah-buahan - Pengambilan air manis terutamanya air buah buahan adalah penting kerana ia membekalkan tenaga untuk kita kekal cergas walaupun kita berpuasa.
Elakkan minum air kopi ketika sahur- Kopi selalu dianggap dapat memberikan bekalan tenaga supaya kita kurang mengantuk. Sebenarnya tanggapan tu kita silap, kopi membuatkan kita cepat dahaga.
Semalam nieyl ada terbaca entry Chekgu Azrine ,walaupun dia tulis entry tu santai..menarik perhatian nieyl. Jadi, pagi ni nak share something yang berguna untuk kaum wanita seperti kita :)..
Salah satu perkara yang mampu membuat lelaki bergelar suami makin cinta dan ingin selalu dekat dengan isteri adalah penampilan diri.
Sebab itu dalam petua menambat hati suami, perihal penampilan diri isteri ini sentiasa tersenarai.
Walau pun mungkin suami tak pernah memperkata tentang penampilan anda hakikatnya dia memang memerhati. Tak percaya? Lihat jika kita mengenakan pakaian atau hijab lain dari gaya biasa.
Jika janggal di mata suami, dia takkan teragak-agak memberi komen. "Kenapa tudung awak ini nampak pelik jer?" Ini bahasa kiasan mereka memberitahu dia tidak gemar penampilan itu.
Tapi bagaimana pula istilah cantik di mata lelaki bergelar suami? Sebenarnya kita tak perlu model besar pun untuk tampak lebih menawan di depan suami kerana istilah cantik mereka cukup mudah.
Isteri hanya perlu perhatikan 5 aspek ini agar tampak lebih cantik di pandangan suami tercinta.
1. Pakai pakaian yang selesa
Bila memakai pakaian yang kita selesa, sekali gus akan buat diri berasa lebih yakin. Jadi sebaiknya bila bersama suami kenakan pakaian santai yang ringkas kerana inilah selalunya yang buat kita selesa.
Jangan pakai baju ketat, singkat hingga menyebabkan rasa kurang selesa kerana suami juga akan merasai perkara yang sama bila melihat isterinya mengenakan busana cantik tapi asyik menarik baju yang melekap kerana ketat.
2. Rambut panjang lebih menawan
Berbanding wanita berambut pendek, wanita berambut panjang kelihatan lebih feminin, manis dan elegan.
Rambut pendek adalah stail lelaki, itu sebab lelaki lebih suka wanita pujaan mereka berambut panjang. Lagi pun inilah juga modal untuk bermanja dengan suami.
Dia akan teringin membelai rambut isterinya yang panjang. Tapi pastikan rambut terjaga elok bukan mengerbang ya.
3. Suka lihat isteri tampil berkeyakinan
Seperti apa yang disebut tadi, apa pun pakaian yang dipakai pastikan ia berikan keyakinan pada diri. Inilah yang akan buat suami senang berdampingan dengan isterinya. Selain itu sentiasalah melemparkan senyuman kepadanya.
4. Suka isteri mekap neutral
Kajian pernah dilakukan tentang perkara ini dan hasilnya hampir 80 peratus lelaki lebih suka melihat wanita mengenakan mekap neutral, tidak over.
Jadi tak perlu mekap tebal untuk cantik, solekan ringkas lebih menarik dan asli bukan saja di mata suami di mata orang lain juga.
5. Berhijab
Isteri yang berpakaian sopan,
Menutup aurat akan kelihatan sejuk di pandangan mata suami. Selalu kita lihat wanita bertudung dengan baju kurang biasa tapi kelihatan cukup manis sekali. Inilah juga erti cantik di mata suami.
Namun lebih dari itu, berhijab menutup aurat itu adalah tuntutan agama. Suami juga harus memastikan wanita di bawah jagaan mereka terpelihara auratnya. Kecantikan isteri seharusnya adalah untuk suami sahaja.
Hanya mereka yang biasa kena migrain tahu bagaimana sakitnya kepala ketika diserang penyakit itu.
Mujur ada pakar dari New York Headache Center, Doktor Alexander Mauskop yag memberikan 6 tip bagaimana untuk menghilangkan migrain. Cuba amalkan, mana tahu selepas ini kepala anda tidak akan 'berpusing' lagi.
1. Kurangkan kopi
kandungan kafein dalam kopi boleh menjadi pemacu sakit kepala. Menurut Alexander, kalau rasa teringin juga untuk minum kopi minumlah hanya segelas kecil sehari.
2. Makan syuran hijau dan kekacang
Kekurangan khasiat magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan migrain. Secara asasnya, lelaki atau perempuan dewasa memerlukan 400g magnesium sehari untuk mengelakkan terkena migrain. Khasiat magnesium ini boleh anda dapati daripada kekacang seperti almond, kacang tanah dan sayuran hijau seperti bayam.
3. Tidur yang cukup
Apabila anda kurang tidur, ia akan meningkatkan risiko terkena migrain khususnya sebaik saja anda terjaga. Menurut Alexander, tubuh yang kekurangan tidur akan membuatkan otak
menjadi lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Jadi, pastikan anda tidur secukupnya (6-7 jam, tidak lebih daripada itu)
4. Minum banyak air kosong
Masalah dehidrasi juga antara penyebab kamu diserang migrain. Apabila kamu kurang minum air, cecair dalam badan akan berkurangan dan darah menjadi pekat hingga mengakibatkan ia tidak sampai kepada otak. Menurut Alexander, tiada kuantiti air yang tepat harus diminum oleh seseorang individu untuk mengelakkan dehidrasi kerana ianya bergantung kepada berat badan, cuaca, aktiviti dan faktor lain. Tip: Jika air kencing anda bewarna kuning gelap, itu tandanya badan kekurangan air dan anda perlu minum lebih banyak lagi.
5. Lakukan Senaman tiga kali seminggu
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ketika bersenam, tubuh kita akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mencegah rasa sakit. Selain itu, dengan bersenam juga kita mampu mengurangkan stres yang juga meruapakan antara punca migrain. Tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar berjoging atau berbasikal selama setengah jam.
Pendapat Nieyl : Migrain?bila dia datang menyerang, hanya kita yang mengalami nie je yang rasa sakitnya.Kebiasaannya nieyl akan mandi,cuci rambut dan tidur dalam bilik gelap..tapi kalau tak boleh tahan sangat baru nieyl makan ubat.. Tapi kena duduk dalam tempat yang gelap tu so far,memang sangat membantu. :)
Minyak hitam adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugas enjin ke tahap yang lebih baik. Kebiasaannya nieyl bab tukar menukar ini memang selalu kedai service je..hihihi.. Ada orang lain dia beli minyak hitam lepas tu tukar sendiri..
Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred).Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan.
Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan.
Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30. Minyak hitam jenis ini adalah biasa digunakan untuk kereta cc (cubic centimetre) kecil seperti Kancil, Mira, Kelisa, Atos, Viva, Myvi dan lain-lain.
Enjin yang mempunyai cc rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.
Pastikan kereta berkuasa demikian diisi dengan minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.
Peringatan : Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran. Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.
Jika dulu kanta lekap dijadikan satu keperluan untuk si rabun tetapi kini dijadikan satu fesyen untuk tampil lebih cantik dan yakin. Tahukah anda bahawa kebanyakan kanta lekap yang tidak menepati piawaian keselamatan boleh merosakkan mata?
Penjualan kanta lekap yang berlambak di pasar-pasar malam dan yang dijual secara talian semakin berleluasa. Keinginan orang ramai untuk membeli kanta lekap yang murah dan tanpa perlu memeriksa mata ini menyebabkan mereka sanggup membeli kanta lekap tanpa banyak soal.
Jika kita pengguna kanta lekap, kita sudah tentu tahu prosedur memakai kanta lekap yang sebetulnya malah lebih berhati-hati. Saranan beberapa pendapat bahawa elak memakai kanta lekap ketika berada di tempat panas atau ketika sedang berdepan dengan haba, contohnya ketika sedang memanggang adalah dilarang kerana ia mungkin penyebab buta. Alasan kanta lekap diperbuat daripada plastik ada logiknya.
Disarankan kita tidak memakai kanta lekap sewaktu mahu masuk tidur atau seharian. Jangan lupa mencuci kanta lekap setelah pakai menggunakan air pencuci khas. kita juga perlu patuhi bila kanta lekap kita tamat tempoh supaya kita tidak terpakai kanta lekap yang sudah tercemar. Cucilah bekas kanta lekap dan biarkan ia kering sendiri tanpa perlu lap dengan kain atau tisu.
Mungkin ramai yang kurang tahu kesan memakai kanta lekap dalam jangka masa panjang boleh menghalang oksigen yang menyebabkan kornea kurang sensitif. Apabila kurang sensitif, pengguna tidak akan menyedari matanya dimasuki habuk.
Akibat kurang sedar kemasukan bendasing, ia juga menjadi punca mata kurang berkedip sekaligus kurang kelembapan mata.
Kita perlu tahu pemakaian kanta lekap akan mengubah lengkungan kornea dan rabun akan bertambah.
Jika kita tidak mahu diserang ulser kornea iaitu jangkitan bakteria pada mata, elak pakai kanta lekap selama lapan jam berterusan dan ketika tidur. Jika kanta lekap boleh ditukar ganti dengan pelbagai warna tetapi mana mungkin mata boleh diganti dengan mudah!
Artikel ni dari RAPI
Pendapat Nieyl : Sangat bahaya jika kita tidak berhati² mengendalikan kanta lekap nie, hanya untuk mereka yang alert,tidak cuai,sentiasa berhati² dan rajin je pada nieyl yang boleh mengendalikannya dengan baik.. Orang macam nieyl nie rasanya tidak kot,sebab for nieyl mata adalah satu anugerah yang sangat bernilai dalam hidup nieyl,walaupun sekarang nie rabun jauh kena pakai spek but untuk pakai kanta lekap sememangnya jauh dr diri ini. Sebab dah tahu diri ini sangat tak berdisiplin. :)
Pagi ini terasa sangat panas...berpeluh² makan kat cafe pagi ni...
Dalam keadaan cuaca panas melampau ini kita bukan saja perlu minum banyak air mengekalkan kadar cecair dalam badan tapi juga mengawasi apa yang kita makan.
Tiga jenis makanan ini sebaiknya kita kurangkan pengambilannya ketika cuaca panas kerana ia mampu menjejaskan kadar air dalam badan selain meningkatkan suhu tubuh.
1. Makanan Pedas
Orang Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas baik menggunakan cili api mahu pun rempah. Namun ketika cuaca panas makanan sebegini sebaiknya dikurangkan.
Makanan ini dikatakan boleh meningkatkan suhu badan selain menghasilkan peluh berlebihan.
Oleh itu hidangan seperti masak lemak cili padi atau sambal tumis yang pedas melampau sebaiknya dihindari apatah lagi ketika tengah hari yang panas.
Selain itu makanan yang terlalu pedas juga boleh menyebabkan cirit birit bagi yang tidak biasa hingga mampu mengakibatkan tubuh kehilangan cecair yang mana cukup berbahaya ketika cuaca panas.
2. Teh dan Kopi
Sudah menjadi kebiasaan kita sarapan mesti diiringi dengan minuman kopi atau teh.
Tapi ketika cuaca panas ini dua minuman ini perlu dihindari.
Ini kerana teh dan kopi akan menyebabkan kita kerap buang air kecil, sedangkan tubuh memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.
Kita boleh menggantikan teh dan kopi ketika sarapan dengan jus buah-buahan yang kurang gula. Selain itu pastikan minum banyak air putih untuk membekalkan air yang cukup pada tubuh.
3. Makanan berasaskan daging
Makan nasi berlauk gulai daging atau daging black paper memang enak tapi pada hari-hari yang panas membahang sebaiknya ia dikurangkan pengambilannya.
Sebabnya makanan berasaskan daging ini bersifat tinggi protein dan sukar dihadam.
Malah sewaktu proses penghadaman makanan ini tubuh akan mengeluarkan haba yang boleh menyebabkan kepanasan.
Selain itu tubuh lebih banyak tenaga untuk memecahkan protein berbanding karbohidrat. Jadi disarankan kita mengurangkan hidangan daging dan sebagai alternatif anda mungkin boleh mengambil lebih banyak lauk berasas ikan dan sayur-sayuran.
Tips kekal sihat di musim panas
Di samping mengelakkan tiga jenis makanan di atas praktikkan juga apa yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika berdepan cuaca panas untuk menjaga kesihatan tubuh.
Tahukah kita bahawa jemur pakaian di dalam bilik boleh mengundang bahaya? Hari ini nieyl share lima (5) kesan bahaya apabila jemur pakaian dalam bilik sebab nieyl pun baru tahu akibat dan bahayanya kalau jemur pakaian dalam bilik.
1. Beracun
Jemur pakaian di dalam bilik boleh menyebabkan udara di dalam bilik mengandungi racun. Kain jemuran yang di jemur itu berkemungkinan akan ditumbuhi cendawan beracun atau ketulan kecil di bilik kamu itu. Ia dikenali sebagai Stachybotryschartarum dan ia amat merbahaya. Jadi elakkan jemur di dalam bilik kamu!
2. Melemahkan Anti Badan
Wap udara yang dihidu dari pakaian jemuran di dalam bilik boleh menyebabkan tubuh badan kamu mendapat jangkitan dan membuatkan sistem kekebalan tubuh menjadi lemah. Sekiranya ini berlaku, kamu akan merasa cepat letih, batuk dan sakit pada tekak dan mata.
3. Menyebabkan Asma
Kadar kelembapan pada pakaian yang dijemur di dalam bilik boleh mengakibatkan pembiakan spora, kulat dan hama yang tidak elok untuk kesihatan kamu. Terutama kepada yang mengalami asma, ia amat bahaya kepada kamu!
4. Alergi
Jemur pakaian di dalam bilik boleh mengundang bahaya dalam diam. Terutama pada kanak-kanak yang mempunyai alahan. Apabila mereka menghirup udara yang terhasil di dalam bilik bersama kain jemuran itu, maka mereka berpotensi tinggi untuk terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan dan penafasan seperti bronkitis, sinusitis dan lain-lain.
5.Kanser!
Kebanyakkan orang biasa mencuci pakaian bersama pewangi atau pelembut yang mempunyai tahap Acetaldehydes yang tinggi. Apabila pakaian tersebut di jemur dalam bilik yang tidak mempunyai saluran udara yang bagus, maka ia akan boleh membawa bahaya kepada diri kamu dan boleh mengakibatkan kanser!
Jadi untuk mengelakkan 5 perkara ini terjadi, jemurlah pakaian kamu itu di luar bilik atau tempat yang mempunyai sinaran matahari. Sinaran UV dari sinar matahari dapat membunuh kuman atau bakteria yang terdapat di dalam pakaian. Sinar matahari juga boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang ada pada pakaian yang baru cuci itu.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat kita hindari bahaya kesihatan family kita.. :)
Pakaian Baru sila cuci/basuh sebelum guna ya.. ke ada yang lepas beli terus pakai tanpa cuci.basuh dahulu?Kalau ada yang terus pakai tanpa cuci/basuh dahulu, sebenarnya amalan itu tidak baik dan ternyata berbahaya tau. Menurut seorang profesor dermatologi dari Columbia University, Donald Belsito terdapat dua perkara berbahaya yang terkandung dalam baju baru.
Pertama, pewarna yang mengandungi azo-aniline dan kedua fomaldehyde resin yang lazimnya ada dalam fabrik. Kedua perkara ini boleh menyebabkan masalah pada kulit terutama bagi mereka mengalami alahan.
Rasa gatal-gatal malah boleh mengakibatkan keracunan ke atas kulit. Sebab itu, disarankan mencuci dahulu baju baru meskipun ia tak nampak kotor..
Jangan lupa ok..cuci atau basuh dahulu walaupun rasa excited nak pakai baju baru :)
Hampir 8 jam masa dihabiskan di pejabat dan ada juga yang bekerja lebih dari 8 jam sehari. Lama kan kadang² tu rasa macam lenguh² pinggang sebab duduk terlalu lama di depan komputer. So, hari ini nak share beberapa senaman yang boleh kita lakukan di workstation.
1.Gunakan Tangga
Seseorang yang berat 160lbs dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori sudah dibakar! Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita dan meningkatkan kadar kesihatan jantung .
2. Kerusi imaginasi
Ia adalah sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan. Caranya ialah dengan berdiri di tepi dinding. Bengkokkan lutut dan bersandar pada dinding sehingga paha selari dengan lantai ibarat duduk di atas kerusi. Tahan dalam masa 30-60 saat. Untuk membakar lebih kalori, silangkan pergelangan kaki anda untuk 15 saat dan tukar.
3. Arm strengthen
Ketika duduk, gunakan teknik arm strengthen di mana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi anda dan bawa tangan anda ke depan kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas.
4.Senaman Otot
Lengan
Genggam telapak tangan yang ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Perlahan-lahan turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yang sama pada tangan sebelah lagi.
5. Wrist movement
Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement di mana masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda, selama tiga hingga empat saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula.
6. Teknik back twist
Manakala teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga tiga hingga empat saat. Ulang langkah di sebelah kanan pula.
7. Tolak dinding
Bosan menunggu rakan sekerja? Gunakan masa itu untuk membina otot lengan. Tampung diri anda menggunakan tangan sahaja ke arah dinding. Tolak badan ke arah dinding sehingga lengan atas anda hampir bertemu dinding kemudian tolak kembali keluar seperti membuat push-up. Ulang kembali.
8. Angkat kaki
Semasa anda duduk, angkat dan luruskan satu ataupun kedua-dua kaki anda dah tahan dalam 5 saat atau lebih. Turunkan semula kaki tanpa cecah ke lantai. Letakkan beban di atas kaki anda seperti beg tangan untuk menambah berat.
9. Half squat
Mulakan dengan berdiri dengan kaki yang lurus. Bengkokkan kaki supaya paha hampir selari dengan lantai seperti duduk di atas kerusi. Angkat tangan lurus ke hadapan dan tahan sehingga kiraan 10. Jangan terus duduk bagi mengelakkan tegang otot.
Rupanya amalkan 5 perkara yang di larang buat selepas makan..
Tapi ramai tak tahu ia sebenarnya menyebabkan tubuh lambat kurus walau sudah mengurangkan kuantiti makanan.
Ini juga faktor lemak di bahagian perut makin bertimbun dan tubuh rasa lemah lemau.
1. Buka butang seluar atau tali pinggang
Bila kenyang, perut rasa besar. Ramai yang akan membuka sedikit ikatan di pinggang kononnya untuk rasa lebih selesa. Tapi awas ya, tindakan ini akan membuat otot perut anda kendur dan perut makin buncit. Sebaiknya biarkan saja ikatan pinggang kerana lama kelamaan rasa perut yang penuh itu akan reda.
2. Tidur
Perut yang kenyang memang buat mata mengantuk tapi tahan dulu. Tidur setelah makan akan memperlambat proses pencernaan malah boleh mengakibatkan perut kembung. Anda boleh tidur tapi paling kurang dua jam selepas makan agar proses pencernaan berjalan normal.
3. Mandi
Elakkan
kebiasaan mandi selepas makan.Perkara ini selalu dipesan oleh orang-orang tua kita. Mandi selepas makan akan menurunkan suhu tubuh sekali gus menurunkan proses metabolisme.
Ia turut melambatkan proses pencernaan yang berisiko untuk menggemukkan tubuh. Oleh itu ambil masa beberapa jam sebelum mandi setelah makan.
4. Senaman berat
Menyesal makan banyak, ada yang terus buat senaman berat dengan harapan lemak yang diambil tadi. Hati-hati ya melakukan senaman berat selepas makan boleh meningkatkan suhu dalam tubuh dan tekanan darah. Ia akan menyebabkan sakit perut dan kekejangan.
5. Merokok
Ini ketagihan biasa kaum lelaki. Merokok selepas makan akan meningkatkan kadar asid dalam tubuh. Bila kadar asid tinggi proses pencernaan akan terganggu lantas turut menyebabkan risiko penambahan berat badan.
Rasanya sebahagian besar daripada perkara di atas selalu kita buat kan. Selepas ini sama-sama kita elak bukan saja untuk kurus tapi agar tubuh lebih sihat.
Tak dapat dinafikan bila salah memilih pembersih wajah, masalah kulit seperti jerawat boleh jadi makin serius. Atas sebab ini jugalah ada wanita yang mengalami masalah kulit ragu-ragu menggunakan sabun pembersih wajah yang ada di pasaran.
Namun masalahnya wajah tetap perlu dibersihkan setiap hari. Jadi apa alternatifnya? Jangan susah hati, pergi dapur dan cari empat bahan ini kerana ia mampu bertindak membersihkan wajah tanpa kesan sampingan.
1. Minyak zaitun
Kalau diperhatikan, banyak produk pembersih wajah menggunakan bahan asas minyak. Tapi paling selamat sudah tentu menggunakan yang semula jadi seperti minyak zaitun atau minyak kelapa. Minyak ini berkesan untuk menanggalkan kotoran pada kulit termasuklah mekap, dari maskara yang paling gelap hinggalah gincu.
2. Susu
Mungkin bagi setengah kita minum susu boleh menyebabkan masalah jerawat namun menggunakannya dengan cara dioles pada wajah mampu meredakan radang akibat jerawat.
Susu juga boleh digunakan untuk membersihkan mekap malah harganya mungkin jauh lebih murah dari pembersih yang anda beli. Salah satu caranya adalah dengan mengambil satu sudu makan minyak almond dan masukkan dalam semangkuk susu. Gosok campuran ini ke seluruh wajah, kemudian bersihkan.
3. Timun
Ada banyak produk kecantikan yang menggunakan timun untuk membantu menghapus kotoran wajah. Ini kerana timun memiliki sifat anti-inflamasi yang menenangkan iritasi dan jerawat pada wajah.
Bagi membersihkan wajah menggunakan sayuran ini, ambil sebiji timun lalu kisar hingga halus. Gosok pada kulit wajah untuk membersihkan kotoran. Anda juga boleh menambah sedikit susu atau minyak zaitun ke dalam campuran tersebut.
4. Yogurt
Yogurt bukan saja boleh membersihkan kotoran wajah, malah boleh meredakan kulit wajah yang terbakar akibat sinar matahari. Caranya, ambil kapas bersih, celupkan ke dalam yogurt kosong lalu gosok ke seluruh wajah dalam gerakan bulat. Kemudian bilas hingga bersih.
Empat bahan yang disenaraikan ini mudah saja diperoleh malah murah. Tak perlu risau juga tentang kesan sampingan kerana 100 peratus semula jadi.
Kejutkan kanak-kanak pastinya tidak mudah, silap kejut nanti habis hilang mood. Bila hilang mood mula lah semua tertangguh kerja yang lain. Okey nieyl tak berapa mahir sangat,sebab nieyl tak ada anak lagi..tapi nieyl selalu tengok dan dengar kakak² ipar nieyl kejutkan anak² dieorang...
Macam² nada lagu keluar, geli hati nieyl dengar kalau pepagi tengah masak kat dapur...
Kakak ipar nieyl ada 4 org anak yang masih sekolah, jadi setiap sorang tu..nada atau irama lagu tu berbeza, orang lemah lembut, orang kena suara jarang, orang kena mendayu-dayu...hihihi...
Ok nieyl nak share apa yang nieyl baca tadi...
Untuk kejut anak, ada petuanya:
Untuk anak lelaki
Dengan sentutan yang lembut mulakan di kaki, tangan dan bahunya. Tangan ibu berkesan untuk kejutkan anak anda dari mimpi.
Untuk anak perempuan
Kejut mereka dengan kata-kata..
Kata-kata manis, pujian dan lembut akan memudahkan anak bangun dengan sendiri.
Jangan sesekali kejut anak dengan herdikan atau pukulan kerana diperingkat ini, minda separa sedar merakam segala perbuatan si pengecut dan akan menyimpan ingatan untuk membenci si tukang kejut. Ini dibuktikan oleh kajian psikologi yang dijalankan.
Selain itu ketika mengejutkan anak:
kalau zaman nieyl dulu, no.1, no. 3, no.4 dan no. 5 yang ada perkataan dilarang tu lah...yang selalu mak nieyl buat tau.. sebab kalau kejut nieyl dengan lemah lembut,ha..memang sampai ke sudah laaaa..takkan bangun...dulu kalau mengada² sgt kena hambat dengan sangkut baju..hihihi #throwback
lepas stpm sehinggalah sekarang ini nieyl pernah sekali je kena interview dalam bahasa English.. itupun time nak kerja GOV nie lahh.. sesi pertama dalam bahasa melayu.. keluar dari bilik interview di beri masa 10 minit.. untuk prepare jawab soalan in English.. berdebor-debor jantung nie..
Kalau interview berlangsung dalam Bahasa Inggeris, please dan berhati-hati dengan 5 perkataan ini:
1. Whatever
Biasa kan cakap 'whatever-lah' dengan kawan-kawan? Ha, hati-hati dengan perkataan ni semasa sesi temu duga! Sebabnya, survey mendapati bahawa perkataan whatever adalah perkataan paling annoying pada tahun 2015. You don't wanna annoy your future employer, do you?
2. Stuff/Things
Berikan hujah kita secara spesifik tanpa menyebut stuff atau things. Dua perkataan ini kedengaran samar, tidak matang dan membosankan. Kembangkan pembendaharaan kata kita menjelang temu duga, dan latih penggunaan perkataan-perkataan spesifik dalam huraian; contohnya "Some of the responsibilities/tasks/challenges/ that I took on was..."
3. Honestly
Pernah dengar tentang over-emphasizing? Perkataan ini memberi implikasi yang sama. Jika anda asyik cuba meyakinkan penemu duga anda dengan istilah ini, sebenarnya anda sedang memberi persepsi bahawa anda sebenarnya tidak jujur.
4. No
Jangan sekali-kali jawab "No" sekiranya bakal majikan bertanya sama ada anda mempunyai apa-apa soalan kepada mereka. Berkata tidak memberikan impresi bahawa anda tidak berminat terhadap pekerjaan tersebut. Sebaiknya, sediakan soalan seperti perjalanan perkembangan kerjaya atau aspek-aspek pekerjaan yang menarik minat kamu.
5. Hardworking
Jauhi deskripsi diri yang klise seperti hardworking atau self-starter. Kualiti ini seharusnya boleh dipancarkan melalui cara kita membawa diri dan bercakap. Lebih baik jika kita mengetengahkan aspek lain seperti penyelesaian masalah dan kreativiti.
Ok nieyl nak share artikel tentang menahan berak atau buang air besar jangan malu..kita kena tahu semua benda nie..
sebab ianya amat merbahaya untuk kesihatan kita.
Menahan berak/membuang air besar tentu sekali semua orang pernah melakukannya di sekolah, tempat belajar, pejabat atau dimana saja.
Tahan berak sudah tentu akan membuat anda merasa tidak selesa dan perut akan sakit.
Angin akan mula terkumpul didalam perut maka anda akan kerap membuang angin/kentut.
Bukan soal kentut yang ingin diceritakan tetapi kesan lebih serius akibat menahan berak dan ini mungkin lebih berbahaya dari menahan air kecil (kencing).
Terlalu sering menunda berak akan menyebabkan tahi mula mengeras. Tahi yang mengeras menjadikan pengeluarannya tidak lancar, bahkan boleh menyebabkan usus tersumbat. Ada pula yang mengatakan, racun-racun dalam tahi akan terserap kembali ke dalam tubuh sekaligus menyebabkan pening kepala.
Selain itu, gemar menahan berak turut berisiko menghadapi penyakit serius seperti masalah jantung, kekejangan bahkan boleh menyebabkan kematian.
Dipetik dari Prevention, sebaiknya jangan sesekali menahan dari membuang air besar apabila tiba waktunya.
Manusia normal membuang air besar minimum 3 kali dalam seminggu kata Kyle Staller, seorang pakar kesihatan dari Boston, Amerika Syarikat
Petang² ni hati tertarik nak share tentang CANTIK..
Kadang² bila tengok majalah, tv,facebook...
Mesti terdetik dalam hati kita..
Cantiknya dia..Kenapa lah aku tak cantik macam tu..
haeppp!Tak baik tau cakap macam tu..
please dont say like that..
Cantik itu subjektif. Ada yang lihat sesuatu itu cantik, tapi
bagi mereka yang lain ia biasa-biasa sahaja.
Allah tidak mencipta hamba-Nya semua cantik dan kacak.
Tetapi dia memberi peluang kita menikmati segalanya yang cantik.
Ingat tu ok..
Sebab, kita dah pun cantik secara dalaman.
Maha Pencipta tidak melihat cantik sebagai hamba-Nya yang sempurna.
Kita kena yakin dengan diri kita...
Dan jangan lupa amalkan 9 petua di bawah nie..Insya'Allah..
1) Minum Banyak Air
Membantu kulit kelihatan lembap dan membuang toksin berlebihan dalam badan.
2) Bersenam
Sedikit
senaman regangan dapat membantu melancarkan kembali peredaran darah.
3) Jangan Merokok
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.Perokok bukan sahaja terdedah kepada risiko strok, sakit jantung, kanser paru-paru serta banyak lagi penyakit kronik yang lain.
4) Tidur Yang Mencukupi
Kajian menunjukkan, individu yang kurang tidur berisiko mendapat penyakit.
5) Rehatkan Kulit
Tanpa Sebarang Mekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas.
6) Makan Yang Cukup
Tetapi Bukan Berlebihan
Pastikan ia menu sihat dan bukannya penuh lemak atau makanan segera semata-mata.
7) Manjakan diri
Tidak salah sekiranya kita meluangkan masa memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa.
8) Mendengar Bacaan Al-Quran, Zikir Atau Muzik
Menurut kajian muzik juga dapat merangsang otak yang memberi kesan secara langsung kepada pendengaran dan penglihatan.
9) Selalu Ketawa Dan Senyum
Senyum dan ketawa bukan sahaja jadi awet muda, malahan dapat menarik aura positif diri.
First nieyl mmg tidak pernah sekali pun jejakkan kaki kat jepun..
kalau dalam mimpi tu pernah la berkali-kali..hihihi..
lepas tu tengok rancangan jejak jepun kat astro..
So,lunch tadi terbaca satu info berkenaan negara jepun nie...
Kalau dekat Malaysia biasanya kalau naik kereta api..
kita sembang dengan kawan...Takpun kita jawab call kan..
Tapi kalau di jepun tidak sebegitu..
3 sebab di bawah adalah jawapannya yang korang patut tahu sekiranya menaiki kereta api di Jepun.
1. Gangguan umum
Orang-orang Jepun tidak mahu mendengar apa percakapan kamu kerana mereka menganggap
kelakuan kamu itu menggangu kegiatan mereka seperti membaca, berfikir atau tidur.
2. Privasi
Orang Jepun memang tidak dapat menerima jika orang lain menggangu privasi mereka. Mereka tidak mahu tahu tentang masalah korang dengan isteri, kekasih atau masalah di tempat kerja. Jika di negara lain, masa terluang dalam kereta api digunakan untuk berbual bersama rakan. Tetapi di Jepun, hal sedemikian tidak dapat diterima kerana masing-masing mahukan privasi
3. Etika Kenderaan Awam
Percaya atau tidak, terdapat banyak papan tanda di stesen kereta api di Jepun yang meminta penumpang untuk tidak berbual di telefon atau membuat kerja-kerja ofis seperti menulis nota dan bercakap ketika duduk di bangku penumpang. Malah, sesetengah stesen kereta api mempunyai poster yang menerangkan etika ketika menaiki kereta api juga.
Jadi, jika lain kali kita ke Jepun, jangan kemaruk sangat nak bercakap di telefon. Main whatapps saja sudah untuk beritahu rakan di mana kitaberada.
Cara buat:
1. Tumbuk halba sampai hancur.
2. Bila hancur masukkan halia, dan bawang putih. Tumbuk dan
kemudian masukkan lada hitam. (tumbuk sampai lumat)
3. Ambil dan bentukkan bulat-bulat kecil, selepas itu anda boleh keringkan dan sipan dalam bekas.
Sangat bagus untuk buang angin, kalau anda tak mahu tumbuk bahan-bahan tadi, boleh blend. Bagi 1 adunan ini boleh tahan 2 minggu.
Cara makan:
1. Makan 2 biji hingga 4 biji setiap hari ikut ketahanan badan.
2. Sesuai untuk bersalin bedah sebab angin banyak dalam badan.
3. Apa yang bagus bahan ini berfungsi untuk kempis perut, dan buang angin.
4. Ibu menyusu boleh amalkan kalau anak tahan.
5. Tapi bu mengandung tidak dibenarkan.
INFO:
Lelaki dan perempuan tak mengandung atau bersalin normal pun boleh amalkan. Bahan semula jadi tanpa perapat. Sesiapa yang banyak angin TERBAIK untuk amalkan selalu.
Tetapi kalau anda bersalin bedah, petua ini sangat digalakkan untuk buat resipi sebab bersalin czer selalunya tidak bertungku di bahagian perut dan angin banyak berbanding bersalin normal.
Biasanya wanita nak cerahkan kulit,ada yang buat rawatan spa,atau pakai pencerah kulit... Sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mencerahkan kulit. Caranya melalui pemakanan. Tapi apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit cerah berseri seperti yang diidamkan? Jom kita lihat..
1. Tomato
Amal ambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari. Buah tomato juga boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.
2. Strawberi
Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut. Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.
3. Salad
Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
4. Telur
Telur mengandungi lutein yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung. Telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap. Ya, untuk dapatan kulit sihat anda boleh amalkan pakai masker telur dan mungkin makan telur setiap hari!
5. Epal
Kulit buah epal banyak mengandungi antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit). Lagi bagus kesannya boleh buat kulit wajah cerah dan mampu elak dari pelbagai masalah kulit.
Antara 5 item di atas..hanya item pertama je yang nieyl x makan.. ntah laaa..memang nieyl x suka tomato...kadang² tgk orang makan tomato mcm makan epal je... Tak apa laaa...apa² pun semoga info yang nieyl share nie kita boleh guna :)
Dunia ini sememang indah kan... Semua benda dicipta berpasangan... termasuklah kita nie manusia.. Ada lelaki n ada perempuan...
Wanita memang terkenal dengan sifat yang suka merajuk.. nak mengaku ke tidak?hu..hu..hu... Bukan suka merajuk tapi personaliti wanita nie dia lemah lembut.. hati dia mudah terasa...
Tapi sebenarnya lelaki pun ada yang jenis merajuk tau... cuma berbeza sikit...
Ha..nieyl baru terjumpa carta nie... kelakar pula bila tengok..hihihi...