29 March, 2016

Migrain?Amalkan 5 Langkah Ini Untuk Menghilangkannya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Hanya mereka yang biasa kena migrain tahu bagaimana sakitnya kepala ketika diserang penyakit itu. Mujur ada pakar dari New York Headache Center, Doktor Alexander Mauskop yag memberikan 6 tip bagaimana untuk menghilangkan migrain. Cuba amalkan, mana tahu selepas ini kepala anda tidak akan 'berpusing' lagi.


1. Kurangkan kopi
kandungan kafein dalam kopi boleh menjadi pemacu sakit kepala. Menurut Alexander, kalau rasa teringin juga untuk minum kopi minumlah hanya segelas kecil sehari.

2. Makan syuran hijau dan kekacang
Kekurangan khasiat magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan migrain. Secara asasnya, lelaki atau perempuan dewasa memerlukan 400g magnesium sehari untuk mengelakkan terkena migrain. Khasiat magnesium ini boleh anda dapati daripada kekacang seperti almond, kacang tanah dan sayuran hijau seperti bayam.

3. Tidur yang cukup
Apabila anda kurang tidur, ia akan meningkatkan risiko terkena migrain khususnya sebaik saja anda terjaga. Menurut Alexander, tubuh yang kekurangan tidur akan membuatkan otak menjadi lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Jadi, pastikan anda tidur secukupnya (6-7 jam, tidak lebih daripada itu)


4. Minum banyak air kosong
Masalah dehidrasi juga antara penyebab kamu diserang migrain. Apabila kamu kurang minum air, cecair dalam badan akan berkurangan dan darah menjadi pekat hingga mengakibatkan ia tidak sampai kepada otak. Menurut Alexander, tiada kuantiti air yang tepat harus diminum oleh seseorang individu untuk mengelakkan dehidrasi kerana ianya bergantung kepada berat badan, cuaca, aktiviti dan faktor lain. Tip: Jika air kencing anda bewarna kuning gelap, itu tandanya badan kekurangan air dan anda perlu minum lebih banyak lagi.

5. Lakukan Senaman tiga kali seminggu
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ketika bersenam, tubuh kita akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mencegah rasa sakit. Selain itu, dengan bersenam juga kita mampu mengurangkan stres yang juga meruapakan antara punca migrain. Tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar berjoging atau berbasikal selama setengah jam.

Pendapat Nieyl : Migrain?bila dia datang menyerang, hanya kita yang mengalami nie je yang rasa sakitnya.Kebiasaannya nieyl akan mandi,cuci rambut dan tidur dalam bilik gelap..tapi kalau tak boleh tahan sangat baru nieyl makan ubat.. Tapi kena duduk dalam tempat yang gelap tu so far,memang sangat membantu. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

15 comments:

  1. kata sorang ustaz utk hilangkan migrain cuba memijak kacang hijau yg ditabur atas kain yg dibentang...insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Kak D pon sama.. Bila migrain menyerang, rasa tak tahan sangat akak akan mandi basahkan kepala lama2 sikit then tdo dalam bilik gelap.. Tapi kalau dah teruk sangat, Kak D akan lapik bahagian tengkuk dengan cooler pack bagi reda tegang urat tengkuk.. Tapi klu tak berkesan jugak baru cari ubat.. Huhu..

    ReplyDelete
  3. owh, saya ada migraine. entry ni sangat berguna untuk saya

    ReplyDelete
  4. saya ada migraine. tips ni sgt berguna. thanks

    ReplyDelete
  5. good sharing nie dik! sebab ramai yang migrain kan.

    ReplyDelete
  6. Kakak ada petua lain yg boleh dicuba juga Nieyl
    Dulu Mak Zah kakak selalu migrain.
    Balik kampung MIL kakak advised blend daun inai tepekkan
    Dua jam baru cuci. OKlah nampaknya...

    ReplyDelete
  7. akak ni nieyl migrain takde laa tapi kalo nak period atau tgh period first day tu mesti sakit kepala....rase nye sebab hormon kot...dulu takde, skrang jek baru ade...dah tua la tu huhuhu....mmg akak telan uphamol jek...sebab kalo tak..takleh buat keje akak layan sakit kepala tuh.....tips nieyl ni nnati leh akak cube plak....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah jarang sgt kena migrain...tapi kalau migrain ni datang, mmg alamatnya kena tidur cukup2...bangun terus lega...

    ReplyDelete
  9. tak pernah kene migrain..sakit kepaala tu dulu ada

    ReplyDelete
  10. Migrain..memang sape yang alami je tahu sakitnya camne..n nice sharing untuk tips yang mudah diamalkan =)

    salam kenal,
    Rafie #787

    ReplyDelete
  11. Nombor satu tu dari dlu lg Sally lemah...tapi akak tau tak certain amount of kafein is actually the cure for migraine? :P

    ReplyDelete
  12. Baru kena mggu lps.. huhu thanks share sis =)

    ReplyDelete
  13. Mummy dah berjanji nak announce pemenang pada 1 April 2016. Bukan APRIL FOOL ye, ni realiti punya. Jom tengok siapa pemenang bagi Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya yang Ke-3 tahun: http://www.azlindaalin.com/2016/04/pemenang-mini-giveaway-hari-jadi-dhia-batrisya-tiga-tahun.html

    ReplyDelete
  14. GUd Info.. mummy kalo migrain mandi ayaq sejuk lamo2 ja.. pastu confirm ok.. Selalunya sebab panas je..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)