السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hampir 8 jam masa dihabiskan di pejabat dan ada juga yang bekerja lebih dari 8 jam sehari. Lama kan kadang² tu rasa macam lenguh² pinggang sebab duduk terlalu lama di depan komputer. So, hari ini nak share beberapa senaman yang boleh kita lakukan di workstation.
Seseorang yang berat 160lbs dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori sudah dibakar! Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita dan meningkatkan kadar kesihatan jantung .
2. Kerusi imaginasi
Ia adalah sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan. Caranya ialah dengan berdiri di tepi dinding. Bengkokkan lutut dan bersandar pada dinding sehingga paha selari dengan lantai ibarat duduk di atas kerusi. Tahan dalam masa 30-60 saat. Untuk membakar lebih kalori, silangkan pergelangan kaki anda untuk 15 saat dan tukar.
3. Arm strengthen
Ketika duduk, gunakan teknik arm strengthen di mana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi anda dan bawa tangan anda ke depan kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas.
4.Senaman Otot
Lengan Genggam telapak tangan yang ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Perlahan-lahan turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yang sama pada tangan sebelah lagi.
5. Wrist movement
Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement di mana masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda, selama tiga hingga empat saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula.
6. Teknik back twist
Manakala teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga tiga hingga empat saat. Ulang langkah di sebelah kanan pula.
7. Tolak dinding
Bosan menunggu rakan sekerja? Gunakan masa itu untuk membina otot lengan. Tampung diri anda menggunakan tangan sahaja ke arah dinding. Tolak badan ke arah dinding sehingga lengan atas anda hampir bertemu dinding kemudian tolak kembali keluar seperti membuat push-up. Ulang kembali.
8. Angkat kaki
Semasa anda duduk, angkat dan luruskan satu ataupun kedua-dua kaki anda dah tahan dalam 5 saat atau lebih. Turunkan semula kaki tanpa cecah ke lantai. Letakkan beban di atas kaki anda seperti beg tangan untuk menambah berat.
9. Half squat
Mulakan dengan berdiri dengan kaki yang lurus. Bengkokkan kaki supaya paha hampir selari dengan lantai seperti duduk di atas kerusi. Angkat tangan lurus ke hadapan dan tahan sehingga kiraan 10. Jangan terus duduk bagi mengelakkan tegang otot.
masa zaman kerja dulu..kat ofis shaz sllu buat ketuk ketampi.. hahaha... kira senaman jugak kot.. hehe
ReplyDeleteNAK CUBA..SEBAB MEMANG PENAT DUDUK 8 JAM DI OPIS KAN
ReplyDeleteKakak kan Nieyl konon ada jugalah tampal kat dinding bilik tempat kerja ni gambar senaman tapi memula tampal aje bukan main buat lama-lama tampalan aje ada kakak tak buat sangat dah sekarang ni. Hangat-hangat tahi ayam kan kakak ni:)
ReplyDeletepenat juga hanya duduk saja dikerusi kan n perlu senaman juga utk regangkan tubuh..
ReplyDeleteFida selalu naik tangga turun tangga ja.
ReplyDelete