14 March, 2016

Tip Penjimatan Penghawa Dingin Oleh TNB

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sekarang nie cuaca panas bukan sahaja kering dan terik tetapi ia membawa kepada masalah kesihatan jika tidak berjaga-jaga. Bagi pengguna penghawa dingin, pastinya juga tempoh masa penggunaan adalah lebih dari sebelum ini.



Berikut ada beberapa tips yang boleh diikut bagi menjimatkan penggunaan elektrik. 

 Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.


Enam (6) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga: 

 1) Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

 2) Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.

 3) Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

 4)Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

 5) Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)

 6) Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.  
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

  1. LA NI SIANG MLM PANAS SENTIASA NK BERAIRCOND SAJA NI BIL LETRIK PUN TINGGI MELAMBUNG KAN...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pengkongsian tip tersebut...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)