08 April, 2016

Isteri Lebih Cantik Di Mata Suami

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Semalam nieyl ada terbaca entry  Chekgu Azrine  ,walaupun dia tulis entry tu santai..menarik perhatian nieyl. Jadi, pagi ni nak share something yang berguna untuk kaum wanita seperti kita :)..

Salah satu perkara yang mampu membuat lelaki bergelar suami makin cinta dan ingin selalu dekat dengan isteri adalah penampilan diri. Sebab itu dalam petua menambat hati suami, perihal penampilan diri isteri ini sentiasa tersenarai. 

Walau pun mungkin suami tak pernah memperkata tentang penampilan anda hakikatnya dia memang memerhati. Tak percaya? Lihat jika kita mengenakan pakaian atau hijab lain dari gaya biasa. Jika janggal di mata suami, dia takkan teragak-agak memberi komen. "Kenapa tudung awak ini nampak pelik jer?" Ini bahasa kiasan mereka memberitahu dia tidak gemar penampilan itu. 

Tapi bagaimana pula istilah cantik di mata lelaki bergelar suami? Sebenarnya kita tak perlu model besar pun untuk tampak lebih menawan di depan suami kerana istilah cantik mereka cukup mudah. Isteri hanya perlu perhatikan 5 aspek ini agar tampak lebih cantik di pandangan suami tercinta. 

1. Pakai pakaian yang selesa 
Bila memakai pakaian yang kita selesa, sekali gus akan buat diri berasa lebih yakin. Jadi sebaiknya bila bersama suami kenakan pakaian santai yang ringkas kerana inilah selalunya yang buat kita selesa. Jangan pakai baju ketat, singkat hingga menyebabkan rasa kurang selesa kerana suami juga akan merasai perkara yang sama bila melihat isterinya mengenakan busana cantik tapi asyik menarik baju yang melekap kerana ketat. 

2. Rambut panjang lebih menawan 
Berbanding wanita berambut pendek, wanita berambut panjang kelihatan lebih feminin, manis dan elegan. Rambut pendek adalah stail lelaki, itu sebab lelaki lebih suka wanita pujaan mereka berambut panjang. Lagi pun inilah juga modal untuk bermanja dengan suami. Dia akan teringin membelai rambut isterinya yang panjang. Tapi pastikan rambut terjaga elok bukan mengerbang ya. 

3. Suka lihat isteri tampil berkeyakinan 
Seperti apa yang disebut tadi, apa pun pakaian yang dipakai pastikan ia berikan keyakinan pada diri. Inilah yang akan buat suami senang berdampingan dengan isterinya. Selain itu sentiasalah melemparkan senyuman kepadanya. 

4. Suka isteri mekap neutral 
Kajian pernah dilakukan tentang perkara ini dan hasilnya hampir 80 peratus lelaki lebih suka melihat wanita mengenakan mekap neutral, tidak over. Jadi tak perlu mekap tebal untuk cantik, solekan ringkas lebih menarik dan asli bukan saja di mata suami di mata orang lain juga. 

5. Berhijab Isteri yang berpakaian sopan
Menutup aurat akan kelihatan sejuk di pandangan mata suami. Selalu kita lihat wanita bertudung dengan baju kurang biasa tapi kelihatan cukup manis sekali. Inilah juga erti cantik di mata suami. 

Namun lebih dari itu, berhijab menutup aurat itu adalah tuntutan agama. Suami juga harus memastikan wanita di bawah jagaan mereka terpelihara auratnya. Kecantikan isteri seharusnya adalah untuk suami sahaja.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

10 comments:

  1. ISTERI MMG SGT CNTK DI MATA SUAMI APALAGI BERHIAS DGN SEMPURNA...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Nieyl, Salam Jumaat
    InshaAllah cantik di mata suami..

    ReplyDelete
  3. tersenyum sorang baca entry ini. Insyaallah.cantik dimata suami...hihihi

    ReplyDelete
  4. nice sharing.. tenkiu nieyl berkongsi

    ReplyDelete
  5. kalau suami kata kita cantik, memang la ok.
    alhamdulillah... x perlu stress lagi dah.

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak..tips ni berguna..walaupun saya lom kahwin..kekekeke

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)