06 April, 2016

Khasiat Biji Selasih

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Mungkin biasa makan tetapi belum tahu khasiat biji selasih. Jadi kali ini anda pasti puas hati jika dapat mencuba dan 'bedah' sendiri tentang beberapa zat yang terkandung dalam biji selasih. Rujuk info ini... 

1. Dapat mengurangkan panas badan.
2. Cukup berkhasiat untuk menguatkan organ hati. 
3. Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur). 
4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap. 5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit. 
6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut. 
7.Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk            mengurangkan cairan berlebihan pada vagina. 

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. 

Di CHina, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam. Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. 

Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. 
Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula. 

Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan mengenyangkan, boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.

Jadinya, biji selasih nie memang sesuai untuk musim panas,bagus jugak nie boleh la beli nanti buat air kat rumah..

                           Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Kakak suka masuk dalam air sirap kalau selasih ni
    Bukan makan kerana tahu khasiatnya Nieyl tapi sebab suka hihi...
    Baca ni barulah kakak tahu.

    ReplyDelete
  2. Musim panas ni elok minum biji selasih ni kan Nieyl..
    Akak baru lepas minum sirap selasih.. emm nyamannya tekak :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
  4. Banyak rupanya khasiat biji selasih. Dulu kecik kecik, takut nak makan, sebab ingtkan berudu.hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)