19 April, 2016

Keburukan perisa MSG jika berlebihan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Selalu dengar orang sebut MSG dalam makanan, masakan..
Ada yang tahu,tapi ada juga yang tidak tahu apa maksud dan fungsinya.
MSG atau monosodium glutamat berfungsi menguatkan rasa. Selalunya boleh ditemui dalam sos, salad dressing, perencah makanan dan makanan tin.

Memang sedap kan makanan yang ditambah dengan bahan perisa MSG.
Yang tak sedap pun boleh jadi sedap tau..Hebatkan..siapa yang tak nak masakan dia sedap..

Tapi adakah ia boleh diambil atau dilarang sama sekali?
Sebenarnya tiada larangan untuk memasukkan MSG dalam makanan,
namun dengan kadar sedikit sahaja. Ingat!



Berikut antara kesan-kesan akibat penggunaan MSG pada kadar tinggi: 

 a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

 b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar. 

 c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi. 

 d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak, ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.

Jadi, ambillah MSG dalam kadar yang sederhana sahaja. Tidak ada salahnya untuk menjadikan makanan anda lebih sedap, tapi jangan berlebihannya.

sumber : Blog Pohonmas

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Apa pun kalau diambil berlebihan memang memudharatkan
    Apa lagi tentu-tentu sejenis chemical..

    ReplyDelete
  2. masalah nyer hampir semua makanan ade kan msg nie? huhuuu..

    ReplyDelete
  3. msg dan zaman sekarang tak dapat dipisahkan. Cuma kita kena bijak memilih dan kurangkan pengambilan kan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)