السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
|Sungai Petani,Kedah| Jam 7.30 pagi dah pun sampai di pejabat tapi menunggu di Lobi sahaja sementara tunggu bas sampai. Bergerak dari Putrajaya dalam pukul 9.00 pagi (Isnin). Dalam satu bas tak ramai sangat sebab ada yang pergi menggunakan kenderaan sendiri. Kira ini merupakan tahun pertama nieyl pergi team building yang jauh. Kali pertama dulu kalau tak silap tahun 2010, time tu buat di Engle Ranch,Port Dickson. Perjalanan ke Utara mengambil masa lebih kurang 6 Jam sebab ada berhenti beberapa kali untuk lunch, bas isi minyak dan lain² lagi.
Sepanjang perjalanan ke Utara,Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. So,inilah dia wajah kakak² yang duduk sebelah seat nieyl sepanjang perjalanan pergi. Peace!
Yang ini pula partner nieyl yang seat sebelah nieyl (kak zura) sepanjang perjalanan pergi ke Intura nie..kerja kami sepanjang perjalanan Makan + Sembang + tidur +bangun +sembang + tidur + makan berulang² kali sehingga lah sampai..hihihi.. Ha..satu lagi yang bestnya,sepanjang perjalanan abg bas nie buka movie untuk kiteorang layan..Hindustan pula tu..tajuk dia kalau tak silap Bajrangi Bhaijaan memang kami layannnn...
Jam 3.00 petang, Alhamdulillah kami sampai dengan selamat di Intura,Sungai Petani..setelah mereput di dalam bas selama 6 jam. Rasa sangat best, teruja sebab ini kali pertama jejakkan kaki di sini, akan datang tak tahu bila lagi dapat ke sini.
Proses check in semua selesai di lobi, kunci bilik pun dah dapat.. Time untuk berehat dari perjalanan yang panjang, dan akan berkumpul untuk dinner jam 7.30 mlm. jadi,ada lebih kurang 3 jam lebih untuk berehat...kumpulkan tenaga untuk first aktiviti jam 8.30 malam iaitu ice breaking bersama fasi² khas dr Intura ini.
Jam 8.30 malam, semua dah kenyang dinner terus masuk ke dewan untuk sesi yang pertama. Biasanya beginilah kalau ratu² selfie dihala kan lens camera, automatik smile n pose..huhuhu..
Untuk teambuilding kali ni tak berapa ramai yang join sebab jadual clash dengan kerja hakiki masing², yang ada dalam dewan nie lebih kurang 30 org. Alhamdulillah,kali ni yang join majoriti nya kita dah kenal, so..cepat dan mudah kita nak bekerjasama dan sesuaikan diri selama 4hari dekat sini..
Okey yang baju² merah kat belakang tu semuanya fasi sepanjang 4 hari kteorg kat sini. First aktiviti, kteorang di minta buat satu bulatan berkerusi.so, duduk dalam bulatan.
Masa ini masing² nak duduk dekat² dengan partner masing², termasuklah nieyl pun..cehh..kononnya tak nak berpisah laaa...
Jangan tanya siapa nama fasi nie yea..sebab tak ingat dah..Ok dia suruh kteorang letak tangan kanan di bahu kiri dan tangan kiri di atas hidung..ha..macam dia buat demo tu..
Kemudian,dia kita kena selang seli tukar kedudukan. contohnya first tadi tangan kanan kat bahu kiri kan..skrg tukar tangan kiri pula kat bahu kanan..ha..ha..ha..bila buat slow² tu cantik la..fokus kan.. bila dah masuk speed..ha..ha..ha..dah macam apa entah...tapi best...fun sangat..
Game kedua untuk lebih mengenali rakan² yang lain.Fasi akan sebut "melaka" org yg asal dr melaka kena bangun..dan bila Fasi kata "isteri seorang", kaum lelaki yang ada isteri seorang bangun.. begitu lah seterusnya..jdi,kita tahu laa..Ooo...org tu dari kelantan...terengganu..perak..selangor..sebab selama ni kenal atas dasar kerja dan nama penuh je...yang lain² tak berapa nak tahu walaupun 1 bahagian.
ha..time nie fasi sebut selangor, so..kami yang asal dr selangor kena bangun dan bagitahu asal dari kampung mana..daerah mana.. Dan last sekali kitaorang kena share nama panggilan masing² masa sekolah atau masa kecik atau panggilan di rumah. Sebab sepanjang teambuilding ni kita akan guna masa panggilan sahaja,tidak lagi nama offical..menarikkan.. Ada nama abg botak, tecno,jerry,kong, tomok,rol, J dan nieyl guna nama MANJA. sebab memang itu nama panggilan dr kecil sampai skrg bila di rumah.
Sebelum balik bilik untuk berehat, pembahagian kumpulan seperti biasalah..mengikut bilangan 1,2,3,1,2,3... Ini adalah team nieyl sepanjang 4 hari berteambuilding.. Apa yang menariknya, nieyl dengan roommate nieyl 1 team...jodoh..hihihi..dan bukan tu je..kakak yg duduk seat sebelah nieyl pun dieorang dpt 1 team..hihihi..so,far..team nieyl memang best..sporting..:) nama dieorang?ok sebelah nieyl, kak zeihan,kak naz,kak maz, aha,J,kak zura,tomok,eddy dan sorang lagi jerry. Bila dah ada kumpulan seperti biasalah kena create nama kumpulan. Secara spontan terus dapat idea dieorang nie..Battalion 3 sebab kumpulan kami no.3..singkatannya BAT 3 . Ingatkan dah settel, rupanya kena ada tagline jugak..ha..ha..ha... "BAT 3 Kuasa 3" sebut macam boboiboy ye..
Dan lupa nak bagitahu, sepanjang berada di Intura ni, setiap kumpulan yang menang dalam aktiviti yang dijalankan,di berikan duit tau..(duit tipu tapi hanya boleh digunakan di Intura sahaja). Untuk Malam pertama nie,setiap group dapat kumpul dalam rm200. Nieyl dilantik sebagai bendahari kumpulan,so..kena simpan baik² duit tu..sbb di akhir program ada kegunaan nya..:)
Oklah sesi tamat jam 10.00 malam..semua beristirehat...keesokannya nak kena bangun pagi :)
nanti sambung untuk hari kedua pula okey...stay tuned!
rindunya kat Intura. Dulu masa kerja Intan selalu kesini. Kursus asa pun 2 minggu kat sini.
ReplyDeleteMasa kerja dulu opis ada buat tp rugi x pergi..tgh sarat time tu..rugi rugi
ReplyDeleteSeronoknya nieyl...
lama dah akak tak berteam building..huhuuu..sejak ber anak kocik!
ReplyDeleteselamat berteam building! ☺️☺️💪💪💪
ReplyDeletebestnya kami dah lama x de teambuilding
ReplyDeletebest teambuilding..dpt naikkan semangat setiakawan
ReplyDeleteaida suka teambuilding gini, nieyl.
ReplyDeletejust da lama tak gi.
tak berpeluang.
kursus, asyik kursus belajo aje. or buat keje.
tak syok!
Ohh berteambuilding ke Kuala Kedah rupanya. Best jugak tu....tak payah nak kerja hihi....
ReplyDeleteRindu aktiviti cengginilah Neiyl