Showing posts with label nieyl teambuilding. Show all posts
Showing posts with label nieyl teambuilding. Show all posts

12 April, 2016

Nieyl Berteambuilding Part IV

by on April 12, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hanya berbekalkan Pencungkil gigi Dan Straw..
kteorang di arahkan membina jambatan untuk lalukan bola golf sampai masuk dalam tong..
Do you imagine?OMG..how..how..semua orang terfikir² bagaimana...

Pada asalnya bekerja dalam team masing²...
duit yang dikumpul selama ini, kena guna untuk membeli Straw dan pencungkil gigi tu..
dan setiap KLU yang diperlukan, kita kena bayar rm1000 kepada urusetia.

First pelaburan yang terpaksa team nieyl buat beli straw + pencungkil gigi + KLU = RM19000
Nasib baiklah KLU yang pertama tu sangat² membantu..
Sebenarnya tidak mungkin berjaya sesebuah jambatan itu kalau hanya menggunakan
straw dalam 50 batang..Tidak mungkin akan terjadinya jambatan tu.

KLU yang pertama adalah 3 in 1 maksudnya...
3 kumpulan bergabung untuk tenaga, melaburkan segala duit yg ada untuk beli straw..
kita buat satu jambatan yang kukuh...




Bila tinggal beberapa minit yang terakhir, kita perlu buat pengujian terlebih dahulu untuk memastikan
jambatan itu kukuh untuk bola golf tu lalu dan masuk terus dalam bekas yang telah di sediakan.



 Boleh imagine tak macam mana bola golf berat tu lalu di atas straw tu?
meh nieyl share videonya..
 
 Kenangan bersama fasi yang sangat sporting,best. So,kalau ada yang nak buat team building tu.. Mohon lah buat di sana..InsyaÁllah membawa balik kenangan yang best.
 Bila free style ha..macam² gaya ada..

Siapa kata gred rendah tidak boleh berkawan dgn org atasan..
dan sebaliknya..sebab bila dalam 1 team atau pasukan, kita perlukan perancang dan pelaksana..
setiap orang dalam team ada tugas masing² dalam menjayakan sesuatu perkara,projek dan sebagainya..

Yang penting sikap hormat dan menghormati orang yang lebih tua,orang yg lebih tinggi kedudukannya dalam organisasi itu perlu ada. :)

Tamat sudah kisah teambuilding 4 hari nieyl...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

11 April, 2016

Nieyl berteambuilding Part III : Gua Gendang Dan Gua Itik

by on April 11, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Aktiviti seterusnya adalah jungle tracking ke Gua Gendang dan Gua Itik yang terletak di Pangkalan Hulu,sebelum cerita pasal jungle tracking nie nak share sedikit info berkenanan dengan Gua² nie..

Gua Gendang dan Gua Itik merupakan tarikan utama di Daerah Pengkalan Hulu dan sesuai bagi mereka yang suka aktiviti adventure atau bagi yang mengemari aktiviti berkaitan dengan alam semulajadi. Gua Gendang merupakan Gua Utama di sini kerana keluasannya yang lebih besar daripada Gua Itik. Kedua-dua gua ni terletak dikawasan semulajadi yang sangat menarik dan dikelilingi oleh kehijauan dan keaslian hutan hujan tropika. 

Gua Gendang juga merupakan sebuah gua yang penuh dengan nilai sejarah kerana ianya pernah digunakan sebagai tempat persembunyian anggota komunis semasa era zaman darurat 50 tahun yang lalu. Gua Gendang ini menawarkan suasana penerokaan gua secara semulajadi kerana trail dan suasana di dalam gua masih tidak dicemari berbandingkan dengan gua-gua yang telah dipasangkan dengan lampu dan trail yang telah dibina untuk pengunjung. 

Sebelum naik bas untuk berangkat ke Gua Gendang dan Gua Itik, Di Pangkalan Hulu Perak.
Berhenti di rumah berehat untuk sesi pembuangan besar atau kecil sebab kata fasi dalam hutan dan Gua nak buang kat mana..huhu..
Sampai pun agak lewat sikit dari jadual,sebab nak elakkan kan berada di luar terlalu lama sebab time nie cuaca di Utara memang panas.
Apa² pun sebelum memulakan penggembaraan kena buat regangan sikit supaya otot² tidak terkejut.
Untuk sampai ke Gua Itik dan Gua Gendang nie ada cabaran nya..bukan setakat berjalan sahaja, kena naik bukit dan turun bukit..Ianya sangat mencabar,sebab kalau tak fit memang boleh semput tau macam nieyl. Untuk sampai ke check point pertama tu,bukit dia tu boleh tahan tinggi jugak..Alhamdulillah,nieyl berjaya jugak walaupun termengah²..huhu
Sangat berhati² untuk turun sebab takut tergelincir..sebab bawah nie air,jadi..nieyl kena rendahkan badan supaya lebih mudah untuk turun ke dalam air..
My roommate a.k.a my team juga,after die turun tu..Jalan tak sampai 5minit, kaki dia terseliuh sebab tersangkut di celah² batu,sebab bawah air tu banyak batu..so,kita tak boleh nak berjalan mcm atas jalan raya..kita kena rasa dulu kat depan air tu ada apa..

Time ni memang sedih sebab dia tak dapat join,sebab tak mampu nak berjalan dengan stabil.. Berkumpul di check point pertama untuk minum air dan makan kuih..Dapatkan kembali tenaga yang dah hilang separuh jalan tadi naik bukit..
Masih lagi bergerak dalam kumpulan,sebelum masuk ke Gua..Pelbagai pesanan yang disampaikan antaranya, jangan bercakap besar, jangan seronok sangat, jangan buat bising sehingga menggangu hidupan dalam gua nie.
Masa mula² team nieyl barisan depan, bila nak masuk gua kena tukar..duduk barisan last sekali..Adil..
Nampak tak laluan yang kecil tu?
tadaaaa....itulah laluan yang kami kena lalu..berbongkok yea masing².Apa yang boleh dikongsikan perasaan memula masuk dalam gua tu adalah perasaan takut..sebab dalam gua tu sangat gelap..tanpa sebarang cahaya pun..Fasi tutup lampu seketika untuk bagi kami rasa gelap di alam kubur..Allah..
berzikir tidak henti didalam hati..




Alhamdulillah..semuanya selamat keluar dan yang penting ahli cukup tidak lebih dan tidak kurang. :)
















Lepas kena basah 1 badan, kena daki bukit tau...tinggi sangat..lepas tu team nieyl yang pertama di lepaskan untuk mendaki..Allah...memang cukup mencabar,lagi tinggi dari bukit yang first tu.. 4 kali nieyl terpaksa stop, sebab bit jantung terlalu laju..Time stop tu rasa macam bersalah sangat kat ahli lain..kena stop jugak..tapi Alhamdulillah..team nieyl memahami dan support each other..i LOVE MY TEAM!!

Oklah..ini merupakan pengalaman pertama mendaki bukit dan masuk dalam gua.Overall sangat best dan tak mungkin akan dilupakan sampai bila²..cuma kalau nak naik bukit lagi kena fit kan betul² supaya lebih baik.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

07 April, 2016

Nieyl berteambuilding Part II

by on April 07, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Meh sambung story hari berteambuilding..Seawal jam 6 pagi dah bangun tapi masih lagi ambil masa untuk sedar sepenuhnya, mandi,solat ,kemas katil semua selesai.
Ini roommate sepanjang 4 hari berada dekat sana,sebenarnya nak tunjuk katil tu..cantikkan macam hotel..huhu..rasanya lepas nie kena tggu jadi vip dlu baru mampu duduk bilik ni lagi kot..hihi..
Sementara menunggu time nak pergi breakfast tu, bergambar kenang kenangan matahari terbit katanya. Kebetulan bilik nieyl tu mengadap pokok² n padang..jadi,dapat jugak la hirup udara pagi yang sangat segar...
Dari bilik nak pergi tempat makan memang agar jauh sikit la,so..ada kesempatan memang akan selfie saja. Lelagi kami² semua nie tak boleh kalau nampak orang selfie...mesti nak penuhkan screen handphone orang..haha..
Gambar nie sebenarnya ada ceritanya, asalnya nieyl ngan roommate dah ke depan jauh jalannya, so..kteorang nak selfie..yg lain² tu kat belakang lagi tu..siap suruh tunggu nak selfie sama jugak..jadi,ini lah hasilnya...

Jam 8.30 pagi aktiviti i lead park  sebelum itu kteorang kena buat 1 bulatan dan main satu permainan tapi nieyl tak ingat apa nama permainan tu. Memang sangat seronok,yang kalah kena denda,yang menang akan dapat duit. 
Yang terkeluar atau kalah akan di benda,nampak tak muka kami ni berconteng² dengan marker pen.. ha..ini lah dendanya..adoi...dah rupa apa dah muka nie rasanya.bermisai bagai..
ha..ha..ha..untuk pertama kali nya kena conteng muka,walau mcm mana pun kena still senyum sebab fun sangat n enjoy.
Ini antara yang kena denda, ada yang macam atok kfc, ada yang berlove² di pipi, ada yang mcm kucing..macam²..tapi nampak tak semuanya happy kena denda. Next time buat lah lagi salah,kena denda lagi...


Kemudian,in group yang kita dah bentuk time ice breaking tu,kita ada mission yang perlu dilaksanakan supaya menjadi juara. Hadiah yang ditawarkan adalah JUARA RM20K..NAIB JUARA RM18K dan TEMPAT KETIGA RM15K.. 
Ini adalah gambar rajah, di mana Fasi terangkan apa yang perlu kita laksanakan untuk menjayakan mission ini,nampak tak tu..nampak macam senang dalam gambar rajah tu..actually kan ianya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dr semua ahli dalam team.
 First sekali, kena lantik kapten yang akan menggerakkan jentera² dlm team. Dan Fasi akan terang kan apa yang perlu dan tidak perlu di lakukan oleh kapten. So,time nie kapten memang kena faham sepenuhnya sebab dia akan sampaikan pada anak² buah dia dalam team.
 My team : Peringkat 1 : Intelligent School ( Recruit)  Permainan nie memang hanya sesuai untuk orang yang penyabar saje,jujur nieyl kata nieyl memang tidak sesuai utk game nie. Ok,ia bergantung pada Fasi, contohnya, Fasi nak oren 3..so,kena asingkan oren 3..kalau berjaya...hanya seorang sahaja ahli yang dilepaskan untuk next mission..wow!mencabar kan..
 Sementara menunggu dilepaskan tu,kena bertabah dan sabar jelaa..tengok team yang dah berjaya..bagi sokongan kat member kita yang tgh stress buat intelligent school tu..
 Bila dah lepas Intelligent school tu,kena main tayar nie pula untuk dapatkan topi dari kapten.So,kapten yang akan tentukan kita kena buat mission yang mana satu.
 Ini salah satu mission yang kena buat untuk dapatkan seberapa banyak guli yang ada...kena buat berulang² kali sehingga mission berjaya.
ini pun salah satu mission, kena isi air dalam botol dengan menggunakan tutup botol,untuk dapatkan guli,yang ni memang mencabar sebabnya tutup botol tu berlubang... :)

Ini team nieyl,kami menang tempat ke-2 RM18K walaupun kena melabur rm200 untuk dapatkan guli² terakhir dr kumpulan yang menang tempat pertama sebab guli kat tempat mission² semua dah abis,nak tak nak..kita kena berkorban demi mencapai kemenangan..hahahaha..

Selesai awal aktiviti kat i lead park nie dalam jam 12 juga sebab cuaca kat utara sangat panas,so..memang aktiviti luar adalah di hadkan,so...lepas tu macam biasalah pergi isi perut..rehat..sebab jam 2.30 class petang pula :)

*********************************************************************************
Jam 2.30 petang tu aktiviti dalam dewan pula, aktiviti yang ini agak susah sikit. Sebab Fasi hanya bagitahu 1 syarat sahaja iaitu KAKI KIRI TANGAN KANAN dan SUSUN IKUT NOMBOR MENAIK. Cuma kita kena bijak setiap kesalahan yang kita lakukan Fasi akan bunyikan visil. So,pepandai kita la nak fikir apa yang kita tidak boleh buat dan apa yang kita boleh buat..Mencabarrrrr..hihi..
 Masih lagi game dalam group, kena bergilir²,tapi duduk di luar dewan..Bila 1 group lakukan kesilapan,next group akan dipanggil.So,kte x tahu macam mana group lain buat. Kalau group nieyl adalah dalam 15kali juga rasanya keluar masuk..keluar masuk..
 Begini lah aksi kami :)
 Bukan mudah sebenarnya,nieyl pun sampai give up..marah tu jgn ckp laaa..merah² gak muka...haha..
 Time nie dah dapat dah cara² dia...so,tunjuk je laaa...sambil ketat kan muka xnak sembang apa pu ngan Fasi sebab mereka dok kacau supaya kami bersuara. no..no..kami dah tahu daahhh...taktik tu..
 Banyak sebenarnya yang kita boleh dapat dr aktiviti ni,pada nieyl kan..kesabaran,team work tu memang sangat penting tidak kira la pangkat apa pun kita ni sebenarnya sebab one day kita akan minta pertolongan orang lain jugak,kita tak boleh bekerja seorang diri. Okey,selesai sudah aktiviti petang tu,minum petang dan berehat..Jam.8.30 malam ada aktiviti malam pula.. :)

*********************************************************************************
Biasa kita panggil game nie burung hantu kan,aktiviti ni untuk persediaan untuk aktiviti seterusnya nanti..Nak tahu?stay tuned ok.. 1 group ada 7 atau 8 orang.. 6 tutup mata dengan kain hitam dan bisu, manakala seorang sahaja yang celik tapi bisu juga dekat belakang sekali,yang kena bagi arahan pada org depan² dengan menggunakan isyarat. Ikut suka la..janji semua ahli faham dan berjaya cari nombor² yang telah disembunyikan.







Macam² aksi kita nampak,Alhamdulillah laaa..nieyl berjaya juga laa..itupun rasa dunia nie gelap sangat. Ada jugak yang jenis mengenakan team lain,ada juga yang memudahkan.. Apa² pun team nieyl yang last skali buat mission tapi berjaya dengan jayanya.

Ok..dah panjang sangat pula entry nie..haha...nanti sambung lagi yea...:)


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png