
Selalu kita fikir Kerja dan dapat gaji cukup lah kan..
nak apa lagi, sebab itulah tujuan kita bekerja..
Kerja memang untuk cari rezeki.
Tapi kalau difikirkan semula,
kerja sebenarnya memberi lebih daripada sekadar gaji setiap hujung bulan.
Sebenarnya daripada kerja, kita belajar banyak perkara cotohnya,
cara berkomunikasi, mengurus masa, menyelesaikan masalah
dan berdepan dengan pelbagai jenis manusia.
Kadang-kadang kita penat,
tertekan dan rasa macam nak mengalah.
Tapi dalam diam, semua pengalaman itu sedang membentuk kita menjadi
lebih kuat dan matang.
Kerja juga adalah tentang ilmu, pengalaman,
hubungan, kepuasan dan peluang untuk berkembang.
Gaji memang penting.
Tetapi rasa dihargai, dapat belajar sesuatu yang baru dan tahu bahawa apa yang kita lakukan memberi manfaat kepada orang lain juga mempunyai nilai tersendiri.
Sebab kerja bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita dapat, tetapi tentang siapa kita menjadi sepanjang perjalanan itu.
kerja tu pun salah satu ibadah kan...
ReplyDeletemorning Nieyl!
Setuju sangat Nieyl! Gaji memang penting untuk kelangsungan hidup, tapi pengalaman, ilmu, dan ukhuwah dengan rakan sekerja yang membuatkan kita rasa lebih matang dan berbaloi bekerja.
ReplyDelete