Kalau sekolah kita di ajar macam-macam kan.
Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Sejarah dan macam-macam lagi.
Tapi bila dah masuk alam pekerjaan,
baru kita sedar…
ada banyak benda penting yang tak pernah diajar dalam buku teks. 😅
betul tak?
Contohnya, cara kita nak berdepan dengan orang yang macam-macam perangai.
Ada yang baik, ada yang cerewet, ada yang suka last minute,
dan ada juga yang tiba-tiba bagi kerja dengan ayat, “Boleh siap sekarang?”
yang ni selalu kan?betul tak?
nak tak nak , kita akur dan buat..
Kita juga belajar bahawa kerja bukan sekadar buat tugas dan dapat gaji.
Kita kena pandai berkomunikasi, jaga emosi,
tahu bila nak bersuara dan bila lebih baik diam.
Kadang-kadang kita kena belajar menerima teguran walaupun hati terasa.
Yang ini paling banyaklah nieyl rasa yang kita semua lalui..
Satu lagi realiti, tak semua usaha kita akan dipuji.
Ada masa kita buat kerja bersungguh-sungguh,
tapi orang tak nampak pun. Dan itu normal.
Yang penting, kita tahu kita dah buat yang terbaik.
Sedar tak sedar, banyak rupanya pelajaran sebenar hanya kita dapat selepas masuk dunia kerja.
Dan sampai sekarang pun, kita masih belajar.
Bezanya, kali ini “exam” datang dalam bentuk email, meeting, deadline dan kerja last minute.
Ok nieyl nak tanya siapa yang baca entry ni..
Apa perkara pertama yang korang belajar masa first-first masuk kerja?
Share la dekat komen..teringin nak tahu...

Bila kita masuk alam pekerjaan, realitinya sangat berbeza dgn apa yg kita belajar/bayangkan. Tapi, dgn ilmu yg kita belajar tu sikit sebanyak kita boleh adapt dgn suasana kerja. Btw, akk kena belajar jadi emcee. Sbb company akk kerja buat training/workshop/event. Mula tu nervous juga tapi alhamdulillah lama2 okay je.
ReplyDeleteSetuju sangat dengan Nieyl! Perkara pertama yang SA belajar masa mula kerja dulu ialah kemahiran berkomunikasi dan menjaga emosi. Kalau kat sekolah kita cuma fokus jawab soalan exam, bila dah kerja baru tahu betapa pentingnya cara nak berdepan dengan pelbagai ragam manusia..
ReplyDeleteSetuju. Baik urus kerja daripada mengurus manusia... ahaks!
ReplyDeleteteori dan practical sangat tak sama. Kena laju otak untuk adapt dengan persekitaran dan kena belajar sendiri bukan disuap sepenuhnya.
ReplyDelete