Showing posts with label kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label kekeluargaan. Show all posts

26 October, 2016

Tips jika anak dalam bahaya

by on October 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Tips jika anak dalam bahaya | Tiada anak bukan bermakna kita tak boleh nak belajar, membaca atau berkongsi perkara-perkara yang berkaitan dengan anak. Setiap wanita itu ada sifat keibuan dan sikap caring dia yang semula jadi..That why, nieyl always dan belum pernah lagi putus membaca tentang anak-anak walaupun Allah belum beri itu pada nieyl but it's ok.. nieyl boleh sharing dekat blog, bersama kakak²,adik² dan ibu bapa yang sudi membaca .. thanks!



Sebenarnya tak cukup kalau kita pesan dekat anak² kita hanya sekadar melarang dieorang bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Ini termasuklah jika mereka diekori dengan kereta atau berada di dalam bahaya. Kita boleh ajar beberapa perkara kepada mereka seperti contoh :-
  1. Pesan pada anak kita untuk memukul, meronta, menjerit dan membuat kecoh jika seseorang tidak dikenali cuba untuk mendekati mereka.
  2. Minta anak kita mencari seorang wanita dengan kanak-kanak (atau sebuah keluarga) jika mereka sesat dan berasa tidak selamat
  3. Pesan pada anak kita beritahu kita,jika seseorang menyentuh mereka dan menyuruh mereka merahsiakannya daripada orang lain.
  4. Jangan biarkan orang yang tidak dikenali tahu nama anak kita dengan meninggalkan tanda nama pada seluruh badan anak kita. Ini kerana anak kita akan rasa selesa dan selamat bila orang lain mengetahui nama mereka.
Kes penculikkan dekat Malaysia nie belum lagi hilang, jadi sediakan payung sebelum hujan. Berhati-hati dan jangan lupa awasi anak-anak kita.


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

25 April, 2016

Sifat Mengikut Kedudukan Dalam Adik Beradik

by on April 25, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dalam keluarga pastinya perangai antara adik-beradik adalah berbeza-beza.
Kalau perasan, yang sulung biasanya keras kepala berbanding yang lain tapi ada banyak juga sifat baik yang ada padanya dan tiada pada adik beradik yang lain.

 Jom kita periksa adakah tepat apa yang dikongsikan dibawah ini mengenai sifat mengikut kedudukan dalam adik-beradik.

TANAH : Anak ke 1,5,9
Sifat tanah dikaitkan dengan jenis deria. Ia tergolong dalam sifat kewanitaan. Orang yang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya kepada benda yang boleh dicapai oleh deria, sedar mengenai hakikat diri, menilai material, tabah hati, efisyen, diberatkan oleh keperluan, kepala angin, pendiam, tidak peramah, badan kurus, kurang tidur, selalu sihat, banyak kerja.

AIR : Anak ke 6,2,10
Sifat air dikatakan jenis Perasa. Ia tergolong dalam sifat kewanitaan. Lemah lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik, mudah terluka hatinya, mudah memahami perasaan orang lain, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram, Tubuhnya tembam, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas dan agak kurang faham.


API : Anak ke 3,7,11
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intiusi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan dalam sifat kelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa bersedia menempuh sesuatu yang baru atau berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, menaruh harapan, cenderung atau tidak sensitif, agresif, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN : Anak ke 4,8,12
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. Ia digolongkan dalam sifat kelakian (masculine). Berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura, sukar dipengaruhi, mudah bergaul, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin, kreatif, sederhana.  


Nieyl ada 10 adik beradik..dan nieyl anak ke-8..
Jadi nieyl kategori ANGIN..

Boleh dikatakan hampir 80% betul seperti dinyatakan di atas tu.. :)

Sumber - girlzowey.blogspot.my/mycoretanstories.blogspot.my
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

29 February, 2016

Random: Beza Ibu Sendiri Dengan Mak Mertua

by on February 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

walaupun pagi ni mood sememangnya ke laut..
disebabkan perkara² disekeliling ngan tidak di undang...
nieyl nak share something..

Kita orang perempuan ni,selepas berkahwin..
kita akan ada ibu mertua right?so..ada yang berpendapat ibu mertua tegas,
garang, suka memerintah... so,pada nieyl ia depends pada rezeki kot..hihi..
nieyl rasa tidak semua dapat ibu mertua yang garang..
tegas,cerewet... ada juga yang dapat ibu mertua yg sgt penyanyang,
boleh dibawa berkawan..sporting...
kan..apa² pun terima mereka seadanya...:)
Oklah kat bawah nie ada 4 situasi di mana sesetengah orang berpendapat seperti ini..
kalau kita setuju..setuju la...
kalau kita rasa tidak setuju...tak apa..
sebab ini pendapat masing² :)

sejujurnya,mak nieyl begitu..
tapi dia tak kan tanya kita nak makan apa...
dia akan masak apa saja untuk anak perempuan dia,
kdg² anak perempuan dia mengada request macam²..
dengan alasan..dah lama x makan masakan mak..hihi..

Kalau ibu mertua nie,kita akan ada sikap segan..malu...
nak request tu...xde lah kot....tapi kita kena pandai ambil hati dia...
Masak untuk dia, masak apa yang dia suka..
kalau rumah dekat mcm nieyl nie...
kebiasaanya nieyl akan hantar lauk makan tengah hari
setiap minggu kalau nieyl tak buzy :)

Situasi ini sangat betul..
sebab sejak mak duduk dengan nieyl..
boleh dikatakan mak lebih pantas dr nieyl..
kdg² diri ini menjadi serba salah...
alasan mak "mak boring"

Alhamdulillah...rumah MIL nieyl sgt bersih...
nak jumpa habuk pun susah...tapi org kata ambil bahasa la..
kdg² tu kalau kita dah masak kat dapur org...
pandai² la kemas balik,sapu bersih kan apa yang patut...ia idak?

situasi ini kalau dlm hidup nieyl ni...
terbalik,hahaha.. kalau nieyl tidur rumah MIL..
kebiasaannya lepas solat subuh,nieyl kan tidur semula..
limit tidur sampai jam 8 pgi..ha..ha..ha...

Kalau rumah sendiri,pukul9 tak bangun lagi...
siaplah..mak akan ketul pintu bilik tu suruh bangun..hihi..:P

alamak..situasi ni nieyl belum alami lagi laaaa...
tapi dr penglihatan nieyl MIL dgn mak nieyl sama je...
sgt penyanyang...syg akan cucu² dia... :) kdg² diaorng lebih prihatian tau..

oklah itu je nieyl nak share pendapat nieyl...
so,jangan kecam ke apa okey..sebab semua nie hanya lah pendapat...
so,klu ade pendapat share la kat komen bawah nie :)

p/s: jangan suka ambil kesempatan atas kebaikan org lain
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

26 February, 2016

Petua Kejutkan Anak Bangun Tidur

by on February 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Kejutkan kanak-kanak pastinya tidak mudah, silap kejut nanti habis hilang mood. Bila hilang mood mula lah semua tertangguh kerja yang lain. Okey nieyl tak berapa mahir sangat,sebab nieyl tak ada anak lagi..tapi nieyl selalu tengok dan dengar kakak² ipar nieyl kejutkan anak² dieorang...

Macam² nada lagu keluar, geli hati nieyl dengar kalau pepagi tengah masak kat dapur...
Kakak ipar nieyl ada 4 org anak yang masih sekolah, jadi setiap sorang tu..nada atau irama lagu tu berbeza, orang lemah lembut, orang kena suara jarang, orang kena mendayu-dayu...hihihi...

Ok nieyl nak share apa yang nieyl baca tadi...

Untuk kejut anak, ada petuanya: 

Untuk anak lelaki
Dengan sentutan yang lembut mulakan di kaki, tangan dan bahunya. Tangan ibu berkesan untuk kejutkan anak anda dari mimpi. 

Untuk anak perempuan 
Kejut mereka dengan kata-kata.. Kata-kata manis, pujian dan lembut akan memudahkan anak bangun dengan sendiri.


Jangan sesekali kejut anak  dengan herdikan atau pukulan kerana diperingkat ini, minda separa sedar merakam segala perbuatan si pengecut dan akan menyimpan ingatan untuk membenci si tukang kejut. Ini dibuktikan oleh kajian psikologi yang dijalankan. Selain itu ketika mengejutkan anak:

  1. DILARANG meninggikan suara. 
  2. DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian. 
  3. DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat. 
  4. DILARANG menyimbah air. 
  5. DILARANG membebel berterusan tanpa henti


*********************************************************************************

kalau zaman nieyl dulu,  no.1, no. 3, no.4 dan no. 5 yang ada perkataan dilarang tu lah...yang selalu mak nieyl buat tau.. sebab kalau kejut nieyl dengan lemah lembut,ha..memang sampai ke sudah laaaa..takkan bangun...dulu kalau mengada² sgt kena hambat dengan sangkut baju..hihihi #throwback
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Rahsia Penting Agar Ibu Mertua Jatuh Cinta Dengan kita

by on February 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pagi ni nieyl saja nak share sedikit pengalaman yg tak berapa nak ado ni..
hihihi..dulu masa baru² kahwin, tersangat la bimbang tak dapat jadi 'sebulu' dengan MIL.
Sebab masa berkawan dengan en.husband pun nieyl tak berapa rapat ngan MIL..
yela..dulu malu²..segan²..sebab tak ada apa² ikatan.. ( bagusnya anak siapa lah nie) :P

 Berikut merupakan 'rahsia' dan petua yang boleh diikuti untuk membuatkan bakal mertua jatuh cinta dengan kita..

1. Jangan rasa cemburu bila pasangan anda rapat dan mengikut apa sahaja suruhan ibunya. Sebaliknya, hadirkan rasa bahagia bila pasangan anda akrab dengan ibunya. Dengan ini bakal mertua melihat kita sebagai seorang calon menantu yang baik dan juga anak yang baik. Ia mampu membuatkan mereka menyukai anda secara semula jadi.

 2. Sentiasa hargai apa sahaja yang diberikan oleh bakal mertua. Seperti pendapat, hadiah dan sebagainya. kita boleh cuba mendekati bakal mertua dengan bertanya mereka tentang diri pasangan anda. Ya, itu merupakan modal perbualan yang sangat baik, sekaligus mengenal hati budi kedua belah pihak.

 3. Jangan lupa kunjungi bakal mertua, sekali sekala. Beri kejutan pun sangat digalakkan. Ini membuatkan mereka berasa senang dan lebih sayang dengan kita  sebagai menantu.

 4. Sentiasa memiliki komunikasi yang baik dengan bakal mertua. Pelajari apa yang dia suka, makanan kegemarannya, dan sebagainya. Dengan ini, anda lebih memahami isi hatinya sambil mendekatkan diri lebih rapat dengannya.

Mungkin tips² di atas ini boleh membantu ♥
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

19 February, 2016

Apa kata Orang

by on February 19, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tiada niat nak sindir sesiapa pun..
tapi inilah kenyataan yang selalu manusia pertikaikan...

Tiada salahnya nak bertanya...
Tapi bukan bertanya dgn nada menyindir..

Tidak salah kalau nak bagi nasihat atau pendapat..
tapi kena pada caranya dan masanya...

'kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa'

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

17 February, 2016

Siapa yang tidak rajin lipat baju?meh sat

by on February 17, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


kalau tanya tentang lipat melipat nie biasanya kerja orang wanita la...
nieyl bernasib baiklah jenis yang dah angkat kain di ampaian terus lipat terus simpan..
xdan nak longgok²..sbb kalau di biarkan...
akan timbul sikap malas tahap gaban...

Ok kat sini nieyl nak share tips bagi mereka yg tak sempat nak lipat baju atau malas..hihihi

1) Sangkut baju 
Mungkin cara ini lebih sesuai untuk rumah yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil dan tidak mempunyai anak usia bayi. Tak perlu pening kepala dan malas hendak melipat pakaian. Sebaliknya sangkut sahaja semua pakaian menggunakan penyangkut baju. Beli penyangkut baju dalam jumlah yang banyak dan sangkut semua pakaian kecuali pakaian dalam dan yang bersaiz kecil. Kita hanya perlu sediakan ruang almari yang besar untuk memuatkan baju-baju yang sudah disangkut tersebut. Selesai masalah!

 2. Lipat ikut kategori pakaian 
Masa hendak melipat pakaian, apa kata kita asing-asingkan mengikut kategori seperti seluar, t-shirt, pakaian dalam, dan sebagainya. Lepas itu anda lipat mengikut kumpulan tersebut. Secara psikologinya anda akan merasakan tugas melipat pakaian tidak membosankan dan cepat siap kerana melipat mengikut kategori.

 3. Lepas angkat terus lipat. 
Jangan bertangguh Selepas mengangkat pakaian di jemuran, lebih baik anda terus melipat pakaian. Jangan bertangguh sebab bila dibiarkan memang boleh menjadi malas. Lagi bagus kalau di rumah anda ada ruang khas untuk mencuci dan menyidai pakaian. Jadi lepas angkat kita boleh terus lipat di ruangan tersebut tanpa perlu membuat timbunan lain di dalam rumah. 

4. Ajak suami & anak-anak bantu 
Tugas melipat pakaian bukan hanya perlu terletak di bahu ibu/isteri sahaja. Sebaliknya ia boleh diagihkan apatah lagi jika sudah ada anak yang besar. Suami juga boleh membantu meringankan beban isteri menguruskan kerja rumah. Tugas melipat pakaian antara tugas mudah yang boleh diserahkan kepada suami.


 5. Tonton TV 
sambil melipat baju Sesetengah orang tak suka melipat pakaian sebab katanya ia tugas paling membosankan. Jadi, untuk mengurangkan rasa bosan, lipatlah pakaian sambil menonton TV. Confirm, kita tak perasan pakaian yang menimbun hampir habis anda lipat apabila tamat filem yang kita tonton.  
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

04 February, 2016

Beza merajuk lelaki dan perempuan

by on February 04, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dunia ini sememang indah kan...
Semua benda dicipta berpasangan...
termasuklah kita nie manusia..
Ada lelaki n ada perempuan...

Wanita memang terkenal dengan sifat yang suka merajuk..
nak mengaku ke tidak?hu..hu..hu...
Bukan suka merajuk tapi personaliti wanita nie dia lemah lembut..
hati dia mudah terasa...

Tapi sebenarnya lelaki pun ada yang jenis merajuk tau...
cuma berbeza sikit...

Ha..nieyl baru terjumpa carta nie...
kelakar pula bila tengok..hihihi...

Ceria petang ♥








-LOVE NIEYL♥-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png