Assalamualaikum..
kejap nya dah rabu eh hari ini...
Pernah tak korang rasa penat, tapi bukan penat fizikal? Badan rasa okay,
tetapi fikiran macam penuh dengan macam-macam perkara. Kerja, keluarga, tanggungjawab dan hal-hal kehidupan yang kadangkala datang tanpa kita duga.
Haa... itulah antara situasi yang boleh menyebabkan kita mengalami stress.
untuk pengetahuan korang, hari ini 4 November diperingati sebagai National Stress Awareness Day atau Hari Kesedaran Stres. Hari ini mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga kesihatan mental dan belajar mengurus tekanan dalam kehidupan seharian.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk memikirkan orang lain, sibuk menyelesaikan urusan kerja dan tanggungjawab harian, sampai terlupa nak bertanya khabar pada diri sendiri.
Pesanan untuk diri sendiri
Jangan terlalu keras dengan diri sendiri. Tak mengapa kalau hari ini kita tak mampu buat semuanya. Tak mengapa kalau kita perlukan sedikit masa untuk berehat.
Ingat, berehat bukan bermaksud malas. Menangis bukan bermaksud lemah. Dan meminta pertolongan bukan bermaksud kita gagal.
Kita juga berhak untuk rasa tenang, gembira dan bahagia.
Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi apa sahaja ujian kehidupan. Jangan lupa jaga diri sendiri kerana diri kita juga sangat berharga.
Happy working semua♥

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)