السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jom atasi mata kering | Ini adalah masalah yang sering kali nieyl hadapi bila mengadap monitor kat opis lama². Kadang² tu gatal nieyl gosok² kan aje mata tu..nasib baiklah pergi kerja tak bercelak atau bermaskara bagai..kalau tak, tanpa sedar..buruk mata ku..lepas ku gosok² tadi..
Mungkin kita boleh try dengan 3 cara ini.
1. Gunakan pelembab udara
Pelembap udara akan memastikan ruang bilik atau berdekatan anda sentiasa lembap dan tidak kering. Kekurangan lembapan ini menyebabkan mata juga mudah menjadi kering.
2. Berkedip
Sibuk sangat buat kerja di hadapan komputer. Ambil masa sebentar untuk melelapkan mata dan juga berkedip. Ia membantu mata anda berehat dan menjadi lembap kembali.
3. Kipas
Jangan duduk secara terus di hadapan kipas atau pendingin hawa kerana boleh mengeringkan mata. Kita boleh mengelak perkara ini dengan makai cermin mata.
Terima kasih perkongsian ini...kesian mata kalau kering...kita pun tak selesa jadinya.
ReplyDeletemata mummy pun cepat kering
ReplyDeleteThanks sis utk tip nie. Huhuuu nnt boleh try :)
ReplyDelete