السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sepakat Membawa Berkat | Sudah menjadi rutin dekat kawasan rumah MIL nieyl, akan buat bacaan yassin dan tahlil bergilir-gilir di rumah jiran² MIL. Masak memasak semua di rumah MIL nieyl, kita rewang bersama. Untuk buat kenduri tahlil dan bacaan yassin nie lorong rumah MIL nieyl akan share beberapa rumah yang rapat adalah dalam 6 buah rumah macam tu.
Kagum nieyl tengok kesungguhan jiran² MIL nieyl, sebab tidak semua kawasan perumahan (taman ) yang ada 1 kelompok yang akrab dan always together what ever we do.. Macam kampung sudah tentulah kita akan sepakat sekampung kalau buat apa² pun kan. So,bersyukur sangat MIL nieyl dapat jiran² yang baik,bertahun dah duduk berjiran ngan dieorang..susah senang bersama.
Bukan sahaja mak-mak je yang rapat, anak menantu masing² pun rapat seperti one family. Dan kitaorang pun ada group whatsapp tau..haha..apa² semua share kat situ..
Ok da..nak story pasal majlis bacaan yassin dan tahlil sempena menyambut bulan ramadhan akan tiba lagi beberapa hari sahaja lagi..excited sgt tahun nie nak berpuasa,semoga Allah permudahkan semua ibadah kita disepanjang tahun..Amin..
Untuk majlis kali nie, disediakan 3 khemah...biasanya 2 khemah je..bila dah 3 khemah nie nampak lebih selesa lah orang nak duduk makan kan..tak perlu nak tunggu orang lain abis makan kita nak duduk kan..
Alhamdulillah..selalu jamuan raya je kteorang buat bunting,start tahun nie buat bunting untuk majlis bacaan yassin dan tahlil..Sebab sepanjang tahun InsyaÁllah akan ada buat lagi bacaan yassin dan tahlil arwah seprti tahun² lepas.Jadi,bunting tu boleh di gunakan sampai bila²...
Kalau sekali tengok macam kenduri orang kahwin, sebab semuanya guna tray bertutup macam tu. Itu untungnya ada family yang buat katering,so..tak perlu nak sewa menyewa kat orang.Semuanya guna sendiri punya.Actually En,husband nieyl punya katering.. ♥
Perkara yang wajib adalah wefieeee..sebab hanya gambar sahaja yang boleh dijadikan kenangan kerana masa yang lalu tidak mungkin boleh di undur kembali. Kiri sekali tu MIL nieyl, adik ipar nieyl dan biras nieyl bersama adam.Gambar nie memang tak boleh blaaa...nieyl tengah ambil makanan,dieorang nak berwefieee,sanggup tu menyelit jugak tu...yang berbaju hijau tu jiran MIL,kteorang dah anggap macam mak kiteorang dah..sangat sporting..
Wefie again di mana diri ku yang tak berapa nak slim kena menyorok kat belakang tu supaya sentiasa nampak slim walaupun tak slim mana pun..haha..so,itu teknik nya ok kalau nak nampak kurus di dalam gambar..haha...tiru tau.. :P
Finally...kanan tu adik ipar nieyl yang paling bongsu,tinggal sorang je yang tak kawen lagi..insyaÁllah coming soon..bila tu,tak tahu lagi...susah kteorang nak berkumpul wefie berempat. So,malam tu dapat lah sekeping...
Doakan kesihatan nieyl dan adik ipar nieyl,moga² akan tiba masa kami merasa menjadi seorang ibu ya.. muaaahhh!♥
best nyerrr meriah!
ReplyDeletewaa. alhamdulillah ada komuniti yang baik gitu... :)
ReplyDeleteBlogwalking Sini, Jemput Join Segmen Saya Ni :)
Pencarian #9 Bloglist By Ahmadhasif segmen....
alhamdullilah
ReplyDelete