03 May, 2016

Shell Out di rumah versi nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Shell Out | Bila sebut je shell out terbayang restoran shell out yang ada skrg nie, lepas tu terbayang harganya yang boleh tahan mahalnya. Jadinya, kebetulan adik ipar dari penang balik selangor last week, so plan asal nak buat BBQ kat PD. Tapi sebab Adam (anak buah) baru belum baik demam sepenuhnya, sko kita buat di rumah..cuma BBQ tukar ke Shell Out..menarik kan??

Antara makanan laut yang nieyl dan lain² sempat bershopping di pasar borong selangor ialah Ketam, udang, sotong, lala , Kupang hijau dan ikan cencaru. Selain itu nieyl beli ayam siap panggang di Giant, beli jagung, brokoli , daging dan mix fishball. (terpaksa selit makanan darat sebab ada yang tak makan seafood). Menu tu kami makan 8 orang..

Just nak sharing je kos semua barang² tu.

Ketam 1kg : rm37 (5 ekor)
Udang 1 kg : rm19
Sotong 1kg : rm16 (besar²)
Ayam Panggang : rm13.77
Lala /kupang : rm28
Ikan cencaru : rm8 (5 ekor)
Brokoli/jagung : rm16
Daging : rm19
Mix Fishball : rm12

Total : rm188.77 

*Skrg nie kat pasar borong selangor ketam sangat² murah..(isi sangat padat) 1kg rm20

 Bila dah balik dari pasar, sambil bersih² kan apa yang patut..Otak ligat memikirkan nak masak apa setiap bahan nie..huhu.. Nama pun homemade kan, so masak pun ikut apa yang biasa kita makan laaa
 First sekali nieyl masak lala masak sos lebih kuah sikit baru sedap, lepas tu nieyl masak ketam masak sambal bersama telur masin..yumyum..memang sedappp..hihihi...
Lepas tu,adik ipar masak kurang sos tiram..sedap juga tengok dieorang makan,nieyl tak makan pun kupang tu sebab memang tak pernah makan pun..hihi..Udang pula nieyl masak butter bersama telur,nak buat butterprawn susu tak ada pula..Kita masak apa yang ada kat dapur je..Ikan,sotong dan daging bakar. Brokoli ngan mix fishball semua stim..

Serius banyak gila, boleh makan lebih dari 8 orang.Tapi sangat puas bila dapat masak dan makan sama² di rumah. Ok semuanya masak di rumah okey..korang pun boleh buat juga..jimat duit tau..puas makan..hihihi..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)