السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Siapa tak suka teh hijau? | Nieyl suka green tea lagi berbanding tea yang biasa kita minum tu. Kalau green tea nie biasanya orang minum untuk kesihatan terutamanya diet. Sedikit perkongsian kenapa yang tidak tahu, actually green tea nie juga mampu mencegah penyakit kardiovaskular, membakar lemak, melawan kanser dan lain².
Tapi biasalah siapa yang pernah minum dia tahu la rasa dia macam kelat pastu hambar warna pun tak menarik macam teh biasa tu.
Dont worry, kalau korang jenis yang tak suka minum green tea nie. Ada jenis teh lagi yang boleh kita minum untuk kesihatan juga.
1. Teh oolong
Ia memiliki manfaat kesihatan seperti teh hijau dan juga teh hitam. Teh oolong mempunyai antioksidan yang tinggi seperti teh hijau dan juga mengandungi kafein seperti teh hitam.
Ia meningkatkan metabolisme badan dan membantu menurunkan berat badan.
2. Teh putih
Teh mengandungi kafein paling rendah berbanding teh lain. Ia tinggi antioksidan yang membantu melawan kanser, penyakit kardiovaskular dan mencegah diabetes.
3. Teh bunga raya
Ia sangat baik buat kita yang mempunyai darah tinggi. Digalakkan minum tiga cawan teh ini setiap hari untuk menurunkan darah. Sekaligus dapat mengurangkan risiko strok dan juga serangan jantung.
Ha.nieyl pun baru je tahu pasal teh nie,sebab biasa memang minum green tea sahaja.
Ada teh lain selain teh hijau ye Neiyl..
ReplyDeleteTakdak la taksuka Sgt. Boleh la kadang2 teringin minum jugak he he. Nice sharing btw
ReplyDeleteAkak tak suka teh hijau..huhuu...
ReplyDelete