السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Juara Clever Girl Malaysia | Siapa peminat rancangan Clever Girl Malaysia? nieyl pun tak selalu tengok,tapi kalau dah tertengok memang tak tukar channel lain. So, semalam adalah episode yang terakhir dan pemenangnya adalah Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin dari Kelantan.
Fatin membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi manakala tempat kedua dimenangi oleh pencabarnya, Arina Mohd Fairin Lum dari Selangor yang membawa pulang wang sebanyak RM10,000 beserta trofi.
Hadiah disampaikan pengacara CGM Alif Satar.
Program yang disiarkan sejak 13 Mac lalu selama 10 minggu diwakili 14 peserta kesemuanya yang mewakili setiap negeri di negara ini dan setiap minggu menyaksikan episod penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah.
Malah rancangan itu juga tidak menggunakan sistem undian baik khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun juri profesional, sebaliknya setiap peserta CGM dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan kepintaran dan pengetahuan semasa pada hari pertandingan setiap minggu.
Teringat masa mula² dulu, program ini banyak menerima kritikan dan pertikaian dari penonton kerana mendakwa peserta-peserta kurang bijak dalam menjawab soalan yang diberikan. Bagaimanapun, penerbit program itu menerima dengan hati terbuka dan mendakwa peserta-peserta masih gugup dan hilang fokus untuk menjawab soalan mudah. Pada nieyl enjoy la sepanjang program nie sebab secara tidak langsung kita nie boleh menambah ilmu pengetahuan secara tidak langsung.
wow tahniah
ReplyDeleteJohor awal-awal lagi dah kena kick alahai...
ReplyDeleteCantik lawyer ini kan. Kakak suka tengok muka dia sweet
rancangan baru eh..akak tak tgk.
ReplyDeletetahniah..bukan senang nak menang ni. berbaloi kot dapat RM100K ni ;)
ReplyDelete