السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Cara Mengatasi Masalah Angin Dalam Badan | Kalau topik angin dalam badan, sememangnya sesuai dengan diri ini. Orang kata kalau kita berurut akan keluar dengan macam sendawa ke kan..tapi nieyl tak,kalau sendawa pun sekali je macam tu.
Masa mula² tu memang tak tahu yang badan nie jenis yang berangin, so kita pun makan la apa sahaja tanpa fikir panjang. One day tu makan cempedak goreng, wow!sedapkan..makan tak banyak pun dalam seulas dua macam tu,tapi dia punya effect sememang sangat sengsara hidup,nak tidur malam pun susah.
Sejak dari itulah, sangat berhati² dalam permilihan makan yang berangin sememangnya di elakkan sama sekali sebabnya hanya orang yang mengalami nya sahaja yang akan tahu macam mana rasanya bila badan sakit.
Berikut merupakan cara-cara untuk mengatasi dari masalah angin dalam badan ini.
1. Jaga dan kawal makan. Elak makan banyak makanan ringan serta air berkarbonat kerana air berkarbonat mengandungi gas yang membuatkan angin terkumpul di dalam badan kamu itu.
2. Makan lebih sayur-sayuran, makanan berzat serta buah-buahan kerana buah-buah mengandungi protein dan zat yang dapat menstabilkan sistem pecernaan kamu.
3. Kunyah makanan dengan betul agar makanan tersebut mudah dicerna dan dihadam nanti. Jangan makan dengan laju juga kerana ia akan menelan udara dengan lebih banyak.
4. Kurangkan mengambil makanan bergoreng dan berlemak kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihadam. Ini akan menyebabkan gas terkumpul dalam perut.
5. Elakkan perut kosong atau lapar. Makan dengan jumlah yang sikit namun kerap bagi mengelakkan dari perut kosong dan lapar.
6. Minum air halia. Halia dapat membuang angin berlebihan di dalam perut.
7. Elak mengunyah gula-gula getah dan kurangkan merokok. Yang penting sekali kamu harus rajin bersenam.
selalu terjadi pada saya..bila dah banyak angin dalam badan..mulalah badan ni rasa lemah je
ReplyDeleteakk memang banyak angin...tiap hari sapu minyak hehehe
ReplyDeleteKENA ELAKAN MAKANAN BERANGIN JUGA...
ReplyDeleteOhh .. Makasih kak nieyl utk pesanan. Lepas iih kena berhatihati pilih makanan
ReplyDelete