السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nak mata yang cantik | Kata orang, dari mata jatuh ke hati kan, so siapa yang tak nak mata yang cantik kan,semua orang nak..Walaupun mata ku ini agak sepet faktor genetik cina lebih dalam diri ini tetap bersyukur tau.Anugerah Allah pada kita, tak perlu nak buat pembedahan nak kasi mata besar ya.. Zaman sekarang ni kalau nak dapat mata yang cantik dah tak payah nak susah² dah..pakai saja kanta lekap berwarna warni..melambak kat pasaran sekarang nie, yang rabun² pun boleh guna juga sebab ada yang mempunyai power.
Untuk mengekalkan mata yang cantik harus lah dimulakan dari dalaman ya bukan luar je berwarna warni tapi tak berapa nak sihat. Jom tengok beberapa petua atau tips penjagaan mata yang lebih sihat..
- Pengambilan telur
Kuning telur kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang baik untuk mata. - Pengambilan Antioksida
Seperti buah beri, tomato,brokolo,bayam,kacang soya dan sebagainya. - Mengambil Omega 3
Pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding mereka yang tidak ambilnya. - Supplement
Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangkan risiko mata rosak. - Menjaga tekanan darah dan berat badan
Pada yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak di capai oleh retina mata. Manakala lemak dalam badan pula adalah tempat penyimpanan iutama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah yang bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.
Nieyl masih lagi dalam proses untuk memulihkan semula penglihatan mata, target nak tinggalkan cermin mata nie,so.boleh melihat dengan jelas tanpa bantuan kanta lagi..Sambil makan makanan yang di syorkan,nieyl pun amalkan supplement sebagai makanan tambahan..Doakan ya...tq
alhamdulillah..im consistent dgn supplement Vitamin A & antioxidant tuk mata..
ReplyDeleteTip berguna ni :)
ReplyDeleteBerguna tips ni..cuma alahai.. Siqah tak suka makan kuning telur. Nak kena makanlah pasni. Huhu..
ReplyDeleteBtw, makanan tambahan apa yang nieyl makan untuk mata ye? Boleh share? :)