15 July, 2016

#throwback Part 3 : Sesi Bergambar di Rari Raya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Sesi Bergambar di Rari Raya | sementara mood menaip nie ada, mood raya masih ada dalam diri ini moh ler kita sambung story hari raya. Kang kalau simpan lama² kang jadi pekasam. Masa yang telah berlalu pergi tidak mungkin kita akan dapat mengejar nya kembali.. Yang hanya boleh di bawa dan di kenang adalah memori.. Sebab itulah zaman dedulu kalau mak ayah kita banyak simpan gambar² lama..gambar warna coklat tu..sekarang nie dah ada yang berwarna kan..lagi cantik kalau di frame kan..
Sebelum kahwin,masing² boleh balik beraya beramai²,bila masing² dah kahwin,ada 2 family..so,kena lah rotate kan..tahun nie belah suami,tahun depan belah isteri pula..Tapi Alhamdulillah,adik beradik perempuan setiap tahun beraya bersama :)..
Muda² kakak ipar ku ini..hihihi..Alahmdulillah,ini lah menantu perempuan dan menantu lelaki family nieyl. Semua duduk dekat² , so kalau nak buat apa² planning senang.. :)
Bila umur dah masuk 28 thn, anak² buah makin lama makin bertambah..yang kecil dah besar, yang dah kahwin beranak pun ada..Alhamdulillah..semakin berkembang family ku ini...






Raya tahun 2016 ini adalah yang paling seronok bila kesemua adik beradik balik ke kampung beraya bersama-sama. Sebelum ini ada yang kena balik belah isteri,belah suami tapi tahun nie Alhamdulillah..Tahun depan 4 abg nieyl akan beraya di belah isteri masing²..so,sunyi sikit la..Tak sabar nak tunggu raya 2018..akan berkumpul macam nie lagi.. :)

Korang jangan muak ya tengok gambar² raya dalam blog ini...saja di abadikan dalam blog supaya satu hari nanti memori ini akan di lihat dan di rasai oleh keturunan yang akan datang :)...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. Semoga hubungan kekeluargaan begini akan berterusan.
    Selamat menyambut Syawal.

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Meriahnya sambutan hari raya.

    ReplyDelete
  3. Bila semua dpt balik raya seronoknya...meriah jadinya Nieyl

    ReplyDelete
  4. wow ceria ceria semuanyaaa.. selamat hari raya.. salam aidilfitri =)

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya...memang meriah bila berkumpul sanak saudara

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)