Showing posts with label raya 2016. Show all posts
Showing posts with label raya 2016. Show all posts

09 August, 2016

Raya Lagi Dan Lagi Part 3

by on August 09, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Raya Lagi Dan Lagi Part 3 | Alhamdulillah,last part untuk story raya 2016, yeayyy!dah habis hutang..lepas ni dah tak ada dah story raya..jumpa story raya 2017 pula ya InsyaÁllah... 

Raya tanpa selfie atau wefie ibarat makan lemang tanpa rendang...cehhhwaaa!jangan nak iya sangat lah..ade je orang makan lemang kosong tanpa rendang..elok je kan..hihihi.. Untuk part yang last nie.. nieyl share gelagat memasing bila depan camera..bos² pun sporting..


Gambar yang atas nie special sebab walaupun sektor dah lama di bubarkan,tapi masih lagi sentiasa bersama..keakraban yang tiada penghujungnya..kami still together dalam apa juga..Alhamdulillah.. Semoga ikatan silaturrahim ini akan kekal sampai bila²..InsyaÁllah..Amin...






Satu kepuasan untuk diri sendiri bila usaha dan idea kita menjadi kenyataan dan membuatkan orang lain pun gembira,ianya tidak terkata betapa puas nya rasa hati ini. Walaupun penat.. :) Saya Suka Temawork saya!♥♥

InsyaÁllah...jika dipanjangkan jodoh dan umur...tahun depan kita buat lagi yea...jumpa lagi raya 2017
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

08 August, 2016

Raya Lagi Dan Lagi Part 2

by on August 08, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Raya Lagi Dan Lagi Part 2 | Terkejar² nak habiskan story raya nie..ada tinggal lagi 1 part je lagi lepas tu habis dah story raya 2016 nieyl nie..weekend lepas dengarnya masih ada lagi yang buat open house ya..Alhamdulillah..skrg nie jemputan orang kawen pula,sambung makan nasi minyak..


2 Ogos 2016,pada hari kejadian..final touch up pelamin..jam11 pagi masih² bizi setup meja², makanan² yang nak dihidangkan untuk tetamu..


Kita ada 3 buah meja utama, meja untuk makanan utama..Meja untuk dessert dan buah dan yang terakhir untuk meja air sejuk,air panas,jelly dan aiskrim..


Masih sibuk setup meja dessert dan buah-buahan..meriah tau dessert² yang dieorang bawa sedap² belaka sampai nieyl makan banyak dessert hahaha...jgn mrh kalau abis cepat yea... :P


Ha..nampak..meriahkan,penuh satu meja panjang tu dengan dessert yang super delicious..yumyum..sorii la ya korang mampu tengok aje yaaa...hihihihi..


hahaha..meh close up sikitt...tart fruits memang cepat habis jadi,siapa cepat dia dapat..hahaha..


Kita ada congo bar..


Ada farmbrozen kenari...yg ini memeng menjadi kegilaan ku..haha...jem dia boleh letak  jem strawberry..blueberry...


Semuanya dessert yang mengemukkan diri ku ini..hahaha..nutella pie..sedaaappppp..


Sebelum kita makan, bos kena bagi ucapan sikit kemudian,bacaan doa selamat untuk lebih memberkati majlis kita pada hari tu dan doa makan :)


Makanan utama adalah Nasi arab dari Sysaban Cyberjaya..sedap...


Selain dari nasi arab,kita ada soto,bihun sup, rendang ayam,lemang macam² lagi la makanan yang sedap..nieyl pun x dapat merasa semua makanan sebabnya kekenyangan..haha..


Gadis air untuk VIP haha..sebelum pergi makan..kena sediakan dulu air di meja vip..


Ha..ada lempeng + sambal tumisss weh...sedap!


Kebanyakkan dessert yang sedap² tu semua tu di buat oleh kak siti tu..yg tudung purple tu..



Meja khas untuk VIP dan tetamu² besar..tiada katering yea..semuanya di buat sendiri oleh kami semua,nasib baiklah dekat meja nieyl ada bunga dn pasu comel tu..boleh letak dekat situ..nampak cantik sikit.. :)

Alhamdulillah,ramai tetamu yang hadir...semua dapat makan...lepas dah hajat cawangan nak buat jamuan raya untuk tahun 2016. Oklah,nanti untuk last part okey... :) penutup story raya nieyl :)

Stay tuned♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

05 August, 2016

Raya lagi dan lagi Part 1

by on August 05, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Raya lagi dan lagi | korang mesti dah muakkan tengok gambar raya nieyl..berapa banyak kali jamuan raya daaa..Ok² ini janji jamuan yg raya yang terakhir bagi tahun 2016. Ini kira #throwback dah nie sebab majlis 2hb Ogos hari tu, hari ini baru nak up story.. Peringkat bahagian dah selesai jamuan raya nya..skrg nie peringkat cawangan pula, cawangan² lain dah selesai buat dah jamuan raya dieorang,kteorang nie kira yang terakhir juga la..sbb kekakangan masa.

Dalam apa juga perkara kalau kita buat dengan semangat teamwork insyaÁllah benda yang berat pun akan menjadi ringan. Alhamdulillah,kakak² kat office nie bagus sangat sanggup teman bersama siapkan persiapan untuk jamuan sampai lewat malam..susah nak dapat orang macam dieorang nie tau, walaupun tiada sebarang arahan dari sesiapa pun..kami buat atas kerelaan diri..cehwaaahhh!

Idea untuk membina pelamin mini untuk jadikan backdrop ambil gambar dtg dari kak reen, gigih mewhatsapp nieyl nak bagitahu idea diaa..nieyl ni pantang kalau bab-bab deko nie..memang menjadi kegilaan..hahaha..tapi tak ada la sampai jadi gila..Cuma suka la buat deco² nie..so,lepas bagitahu idea tu gigih pula tu diri ini mencari idea utk hiasan deco nak letak atas backdrop tu..sbb kalau boleh tak nak gunakan kos yang banyak..sebab kita nak yang simple,sweet dan murah...


1hb ogos gigih diri ini membuat kipas kertas ini,yang paling mencabar adalah kipas yang besar² tu sebab makan masa yang lama sebab kena sambung kertas,lepas tu kena lipat lebih dari 5 kipas..so,makan masa berjam² juga..sbb sambil buat kerja hakiki...sambil buat benda nie...


Bila dah bentang atas karpet tu,dah susun ikut apa yang kita nak..nampak dah cantik sangat..ingatkan nak gantung esoknya la..sbb dah pukul 8 mlm,tapi masing² teruja sangat nak tengok hasilnya..Jadi kami pun gigih memasang la...Rupanya bila dah pasang sipa..Ya Allah diri ini pun ikut teruja weh...cantiknyaaa...hahahaha..(angkat bakul sendiri)


Backdrop yang cantik,kita kena try snap picture ..lepas tu baru kita tahu cantik atau tidak..warna dah cantik sgt dalam gambar cuma nieyl rasa,kena tambah beberapa kipas lagi...untuk nampak lebih menarik..tapi malam tu mata pun dah letih..badan pun dah penat..memang minta balik dah badan nie..


Sebelum balik malam tu,kami orang pertama yang merasmikan pelamin mini yang sangat sweet ini sebagai kenangan walaupun sebenarnya baru 80% siap...masih ada lagi 20% untuk disambungkan esok hari nya..


Sementara nieyl touch up deco pelamin tu,kakak² nie hias keliling tempat majlis esok dengan ketupat,kad raya..sampul raya,lampu kelip² pun ada untuk naikkan lagi suasana hari raya.. Siapa kata orang F tak kreatif..dieorang sangat kreatif tau...kecuali i bukan F ya..hihi...



Oklah korang,nanti kita sambung lagi story raya nieyl ni ya..mesti korang nak tengok final touch up mini pelamin nieyl kan..hahaha...stay tuned ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

04 August, 2016

Riang Ria Bersama Part 3

by on August 04, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Riang Ria Bersama Part 3 | Selamat pagi..moh ler kita sambung story ya..habiskan cerita² hari raya sebelum basi. sekarang nie kalau buat jamuan hari raya dekat mana² opis kebanyakkan nya mesti akan buat photobooth kan?kitaorang pun tak ketinggalan tapi yang uruskan semua kelab la..kami menepel berposing sahaja..


Selepas selesai mendeko gerai,sementara menanti kedatangan pengarah dan jemputan tu, ambil kesempatan bergambar sementara tak ramai orang lagi,sat lagi kang ramai orang..segan lak nak bergambar orang dok nengok kita posing..hahaha..


officemate yang sentiasa ada bersama walaupun cawangan kami lain,aras lain tapi gosip mosip artis..haha..kawan suka duka dekat opis nie... :)


amboi..suka duduk bergambar sebelah bakal mak mertua ka tuh..hihihi..lemang mak mertua super sedap nie..sebab tu siap bunting lagi..


Pemenang tempat kedua gerai kebabom 2016..gerai lemang mak mertua laa..kami dapat hamper sampai hari ni hamper x buka lagi..haha..


Rugi kalau dah singgah gerai kami tak ambik gamar kenangan..wah!gitu..cantik sgt ke dik non oooii..


Jamuan raya semestinya kami takkan lupa jemput mereka² pernah berkhidmat satu bahagian, walaupun masing² dah berhijrah ke jabatan lain..kenangan bersama 2016..


Dan akhir sekali, kenangan bersama bos di gerai ala kampung, ok ini adalah sebahagian saja ya..sebenarnya kami ramai lagi..lebih 80 org..seperti biasalah lepas bergambar ni..sesi mengemas bermula...sebabnya jam 2 kena clear...dan bekerja seperti biasa..:)

Oklah untuk part jamuan bahagian..Nanti kita share jamuan cawangan pulak..ha..korang jangan terkejut nya..dekat opis nieyl nie...memang akan buat banyak kali jamuan raya...seronok tau...kerja nya asyik makan je..hihi

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

03 August, 2016

Riang Ria Bersama Part 2

by on August 03, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Riang Ria Bersama Part 2 | Sunyi sepi blog bila tak berkesempatan menulis 2 hari kebelakangan nie sebab apa?ha..nanti kita citer..Alhamdulillah,tahniah kepada mereka yang berkesempatan menunaikan puasa 6 di bulan syawal..Ada juga yang dah minggu² akhir mengejar lagi..Hari ini last day kita berada di bulan syawal ya..Semoga tahun depan kita bertemu lagi dengan syawal yang mulia ini..InsyaÁllah..Amin..

Entry yang lepas² ada story pasal jamuan bahagian part 1  ,so..hari ini nak story part 2 la pulak sebab terlalu banyak sangat part² yang nak di share kan..Korang jangan bosan ya..rajin² la tengok² gambar ni mana lah tahu dapat idea untuk raya tahun depan..kan..siapa tahu...hihihi.. Pada hari kejadian 28 Ogos 2016,lepas breakfast pakat² turun aras 4..untuk meneruskan perjuangan mendekokan gerai masing² untuk last touch up sebelum jam 10.00 majlis bermula dan penilaian di lakukan oleh juri² yang dilantik..

Pagi kejadian proses mengantung ketupat,kad raya,sampul raya,banner dan beberapa hiasan lain yang ideanya datang last minit..nasib baiklah pagi tu ramai yang datang menghulurkan bantuan..


Tahun nie tema ala kampung, so gerai nie makanan utamanya adalah lemang..Ntah macam mana boleh dapat nama Lemang Mak Mertua, so rasa macam sempoi..cool je kan..so,teruskan..


Gerai yang menyediakan lemang seharusnya kena ada tempat untuk membakar lemang nya kawan² baru la nampak real kampungnyaaa..api??eh..ada...nampak tak yang berterbangan warna merah tu...itulah dia apinya..konon² je...kreatif betul orang IT nie tau..


Ini nieyl snap belum 100% siap yaa..masih lagi ada beberapa barangan dan hiasan yang masih belum diletakkan. kalau dekat kampung biasa kita ada kain batik,kain songket,kad raya pun wajib di gantungkan kalau dekat kampung² tu..cuma pelita je kita tak ada...gantikan dengan lampu kelip²..


Bahagian nie agak moden sikit sebab nak nampakkan kelainan walaupun masih lagi mengekalkan konsep kampung,ada tikar buluh,corak alas meja pun ala-ala bantik kampung kan..Belon tu asalnya nak buat buah kelapa,nak buat pokok kelapa tapi di sebabkan tapak gerai yang kteorang dapat nie jauh dari tiang..so,batalkan sahaja niat nak bina pokok kelapa tu..


Antara menu yang kita pamerkan atas meja, lemang mak mertua, rendang ayam menantu dan sambal cili hijau,sememangnya terbaik.. nieyl kagum dengan semangat team work yang dalam diam² bawak lesung batu,tudung saji rotan macam² lagi la yang dieorang bawa.. 


Cantik tak?idea dtg dari nieyl actually nak gantung buat macam frame..tapi kawasan tempat tu tak sesuai nak mengantung pula si,nasib baik ada easel nie boleh la juga guna..Nampak x hiasan kat bawa belon tu...actually kan..nieyl pun xde dlm plan..tapi kakak² kat opis nieyl nie..pagi² bawa benda nie..rasa sangat klasik tau...suka laaa...jatuh cinta dengan sudut gambar nie...


meh close up sikit rendang ayam menantu..mejoriti dalam cawangan nieyl nie kakak² nie dah kahwin,so..sesuai sgt la letak nama rendang ayam menantu...ha..mana² yg tak kahwin lagi tu..boleh la try masak bagi kat bakal² mak mertua ya..hihihi..


Tahun nie betul² turun padang daripada 0% sampai lah 100% siap gerai cawangan tahun 2016. Semangat untuk bertanding tu memang tinggi masing² sebab 2 tahun berturut² juara tapi kita kena redha ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawa..so,chill okey...kami tak menang pun..tapi kami happy sebab teamwork yang sangat kuat..dan tahun nie kita dapat tempat kedua.. Persaingan senget dengan perbezaan markah 0.5 sahaja dr juara. Mungkin rezeki kita pada tahun akan datang kata bos..apa² pun happy sangat bila semuanya berjalan dengan lancar...

Oklah nanti sambung part 3 pula ya...stay tuned ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

01 August, 2016

Selesai majlis Baraan Di Rumah

by on August 01, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selesai majlis Baraan Di Rumah | Syukur Alhamdulillah, dah lama sebenarnya en.husband berniat nak buat majlis baraan di rumah kami yang sederhana ini. Dari tahun ke tahun mungkin belum tiba rezekinya kan..Tapi Allah dah tertulis tahun 2016 adalah rezeki dia dapat buat majlis baraan di rumah.. Nampak keseronokan di wajah dia bila rumah kami tersenarai antara yang akan di kunjungi rombongan baraan kampung.

Majlis berlangsung pada 29 Julai 2016 (Jumaat ) selepas solat Isyak. Nieyl memang bekerja pada hari tu,jadi bab kemas mengemas memang diserahkan pada en.husband la..Kita balik rumah je terkejut tengok dia susun meja dekat tengah² ruang tamu, dah macam buffet hotel pula rasanya siap bunga bagai. (orang katering macam tu la ) .


Rumah kita tak besar mana pun simple je,pintu masuk terus ruang tamu so,kalau nak buat makan² pun selesa senang...luas.. 



Menu malam tu simple je bihun goreng,yang ni mak yang tolong masakkan sebabnya anak dia bekerja..nasib baik mak tolong masakkan kalau tak,memang superwomen lah balik kerja terus bersilat..Dan bubur pulut hitam,yang ini pun mak yang tolong masakkan..hihi..sayang mak ketat²...


Untuk menu sampingan semuanya kita dengan kakak ipar kita buat..ala..x susah pun goreng mengoreng aje..hihi..itupun sampai ke maghrib baru siap semuanya..


Roti sardin gulung ekspress, yang ini kalau warna dia tak berapa nak cantik tu yang last² la sebab nak kejarkan maghrib..


Buah tembikai dan mangga lemak manis peh!yang nie mangga la abis dulu kalau tengok warna mangga tu pun..dah menarik selera kan..


Majlis baraan nie orang lelaki sahaja, jadinya kebetulan rumah MIL pun buat makan²  open house, so..lepas isyak tu terus pergi ke rumah MIL dengan mak..sementara en.husband uruskan majlis baraan dekat rumah kiteorang..

Kata en.husband seronok orang dapat rumah,makan dan mendoakan kesejahteraan rumah dan ahli keluarga. InsyaÁllah kalau ada rezeki,nak buat lagi tahun depan.. :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png