05 August, 2016

Raya lagi dan lagi Part 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Raya lagi dan lagi | korang mesti dah muakkan tengok gambar raya nieyl..berapa banyak kali jamuan raya daaa..Ok² ini janji jamuan yg raya yang terakhir bagi tahun 2016. Ini kira #throwback dah nie sebab majlis 2hb Ogos hari tu, hari ini baru nak up story.. Peringkat bahagian dah selesai jamuan raya nya..skrg nie peringkat cawangan pula, cawangan² lain dah selesai buat dah jamuan raya dieorang,kteorang nie kira yang terakhir juga la..sbb kekakangan masa.

Dalam apa juga perkara kalau kita buat dengan semangat teamwork insyaÁllah benda yang berat pun akan menjadi ringan. Alhamdulillah,kakak² kat office nie bagus sangat sanggup teman bersama siapkan persiapan untuk jamuan sampai lewat malam..susah nak dapat orang macam dieorang nie tau, walaupun tiada sebarang arahan dari sesiapa pun..kami buat atas kerelaan diri..cehwaaahhh!

Idea untuk membina pelamin mini untuk jadikan backdrop ambil gambar dtg dari kak reen, gigih mewhatsapp nieyl nak bagitahu idea diaa..nieyl ni pantang kalau bab-bab deko nie..memang menjadi kegilaan..hahaha..tapi tak ada la sampai jadi gila..Cuma suka la buat deco² nie..so,lepas bagitahu idea tu gigih pula tu diri ini mencari idea utk hiasan deco nak letak atas backdrop tu..sbb kalau boleh tak nak gunakan kos yang banyak..sebab kita nak yang simple,sweet dan murah...


1hb ogos gigih diri ini membuat kipas kertas ini,yang paling mencabar adalah kipas yang besar² tu sebab makan masa yang lama sebab kena sambung kertas,lepas tu kena lipat lebih dari 5 kipas..so,makan masa berjam² juga..sbb sambil buat kerja hakiki...sambil buat benda nie...


Bila dah bentang atas karpet tu,dah susun ikut apa yang kita nak..nampak dah cantik sangat..ingatkan nak gantung esoknya la..sbb dah pukul 8 mlm,tapi masing² teruja sangat nak tengok hasilnya..Jadi kami pun gigih memasang la...Rupanya bila dah pasang sipa..Ya Allah diri ini pun ikut teruja weh...cantiknyaaa...hahahaha..(angkat bakul sendiri)


Backdrop yang cantik,kita kena try snap picture ..lepas tu baru kita tahu cantik atau tidak..warna dah cantik sgt dalam gambar cuma nieyl rasa,kena tambah beberapa kipas lagi...untuk nampak lebih menarik..tapi malam tu mata pun dah letih..badan pun dah penat..memang minta balik dah badan nie..


Sebelum balik malam tu,kami orang pertama yang merasmikan pelamin mini yang sangat sweet ini sebagai kenangan walaupun sebenarnya baru 80% siap...masih ada lagi 20% untuk disambungkan esok hari nya..


Sementara nieyl touch up deco pelamin tu,kakak² nie hias keliling tempat majlis esok dengan ketupat,kad raya..sampul raya,lampu kelip² pun ada untuk naikkan lagi suasana hari raya.. Siapa kata orang F tak kreatif..dieorang sangat kreatif tau...kecuali i bukan F ya..hihi...



Oklah korang,nanti kita sambung lagi story raya nieyl ni ya..mesti korang nak tengok final touch up mini pelamin nieyl kan..hahaha...stay tuned ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Lawaaa pelamin mini.. Puji kerajinan nieyl dan kawan DIY pelamin. Ambik masa yang lama tu nak siapkan tapi kalau dah ramai2, sekejap jela kan.. Hee

    ReplyDelete
  2. Memang cantiklah Nieyl:)
    Kalau kerjasama buat malam pun tak ada masalah Nieyl.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)