السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jadi moh la kita tengok apa kebaikan dia bersama²,semoga kita boleh berkongsi dengan orang lain juga...:)
- Mempercepatkan pencernaan - menurut perubatan Ayuverda dan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.
- Mengeluarkan racun dari tubuh - minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit. Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suami dan minum setiap pagi.
- Melancarkan pernafasan - air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.
- Mengurangkan rasa sakit - sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekali gus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi. Oleh itu jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu mengurangkannya.
Saya suka minum air suam.. kalau bancuh air apa2 pun suka suam..
ReplyDeletebest minum air panas ni..perut pun x buncit...
ReplyDeletePerkongsian yang amat baik sekali..
ReplyDeleteAM jadikan amalan segelas air suam di waktu pagi sebelum makan atau minum yang lain-lain..
Minum air suam di waktu pagi membantu mencuci buah pinggan. Lain2 kena google la..
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Terima kasih share, sebelum ni waktu pagi minum air masak tapi bukan suam, yang dah tak suam (bukan dari peti sejuk)
ReplyDeleteJarang minum air suam.. Kena amalkan ini..
ReplyDelete