السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Koci Bersantan | Nak buat pengakuan ikhlas dari hati nie, nieyl suka masak, suka try masak benda yang nieyl tak pernah masak, selain berpandukan buku resepi yang tingkat² dekat rumah tu,nieyl selalu juga menggunakan khidmat pakcik google..Btw nieyl akan ambil panduan asas sahaja contohnya tepung,gula,santan dari segi sukatan dia,biasanya nieyl tak ikut sebabnya citarasa kita tak sama. Sebab itu setiap masakan dan resepi nieyl,jarang² nieyl nak letak sukatan sebabnya nieyl sukat ikut apa yang nieyl rasa time masak. :) Ok itu je pengakuannya..hahaha...
Sabtu lepas, terlebih tenaga dan di habiskan di dapur..lepas masak ikan bawal stim tu terus start buat kuih koci, kalau korang nak tahu..kuih koci ni susah nak jumpa yang betul² sedap dan sempurna. Nasib² lah kalau terjumpa tu..Kuih koci nie memang fav nieyl, kalau jumpa yang betul² sedap memang susah nak berhenti makan. Jadinya,nak sangat makan..kena la buat sendiri..tengok sedap ke idak..hahaha..
Bahan-Bahan
- Gula Melaka
- Gula Pasir
- Daun Pandan
- Air
- Tepung Pulut
- Tepung Pulut Hitam
- Kepala Parut
- Sedikit Garam
- Daun Pisang
Cara Membuatnya
1. Masukkan air, gula melaka,gula pasir dan daun pandan,didihkan sehingga gula melaka cair.
2. Selepas mendidih,boleh masukkan kelapa parut..kacau rata,kacau sehingga kering untuk di buat inti koci.
3. Sementara menunggu inti kelapa kering, kita boleh siapkan daun pisang,layangkan dekat api sekejap,supaya daun pisang tu tak keras dan pecah masa kita nak lipat kuih koci tu..
4. Kemudiam, bancuh tepung pulut campur tepung pulut hitam dalam satu bekas,bersama air secukupnya dan jangan lupa letak sedikit garam supaya nanti adalah rasa tepung tu..
5. Tadaaa,dah siap di uli..lepas dah siap uli..dah boleh dah la korang bulat² kan ikut kesesuaian saiznya ya,ada orang suka kecil..buat la kecil..ada suka buat besar..buat la besar..dan jangan lupa letak inti kepala yang kita dah masak tadi tu yaaaa... :)
6. Lepas dah siap bulatkan dan dah masukkan inti tu, nieyl rebus dulu dalam periuk..sampai dia timbul,baru nieyl angkat letak dalam santan..lepas tu baru balut dengan daun pisang.. Dan masa nak balut tu,mak nieyl kata jangan lupa letak minyak sikit supaya tak melekat.. :)
7. Last step jangan lupa kukus dalam 10 minit atau 15 minit :)
Yeayyyy...dah boleh makan,Alhamdulillah..lepas hajat nak buat kuih koci nie, nasib baiklah anak buat nieyl pandai balut kuih koci nie..siap tgk youtube lagi...hahaha...dapatlah diagihkan dekat semua rumah adik beradik sepinggan.. :) padahal,nak makan 3 4 biji je.. :)
Oklah..nanti kalau terajin lagi..kita masak benda lain pula ya...
Oklah..nanti kalau terajin lagi..kita masak benda lain pula ya...
menarik. tp penuh kesabaran buat yak
ReplyDeletesedapnye, rajin betul nieyl buat ye.
ReplyDeleteSedapnya Niely. Tapi betul kata Niely jarang dpt jumpa yang betul2 sedap. Lagi puas hati bila sendiri yang buatkan :)
ReplyDeletesedapnye.. favorite nie..
ReplyDeleteWah, teror betul buat koci. Pulut hitam lagi. Boleh lah try juga buat ikut resepi nieyl nih.
ReplyDeleteada belen lg x? ;-)
ReplyDeleteadehhh..nmpk sedap la pulakk dik..
ReplyDeleteWahhhh ~ Favourite sangat ni. Kalau pergi kedai ada, pasti beli.. sedap!
ReplyDeleteWkmsalam.
ReplyDeleteTentu sedap tu.