01 August, 2016

Selesai majlis Baraan Di Rumah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selesai majlis Baraan Di Rumah | Syukur Alhamdulillah, dah lama sebenarnya en.husband berniat nak buat majlis baraan di rumah kami yang sederhana ini. Dari tahun ke tahun mungkin belum tiba rezekinya kan..Tapi Allah dah tertulis tahun 2016 adalah rezeki dia dapat buat majlis baraan di rumah.. Nampak keseronokan di wajah dia bila rumah kami tersenarai antara yang akan di kunjungi rombongan baraan kampung.

Majlis berlangsung pada 29 Julai 2016 (Jumaat ) selepas solat Isyak. Nieyl memang bekerja pada hari tu,jadi bab kemas mengemas memang diserahkan pada en.husband la..Kita balik rumah je terkejut tengok dia susun meja dekat tengah² ruang tamu, dah macam buffet hotel pula rasanya siap bunga bagai. (orang katering macam tu la ) .


Rumah kita tak besar mana pun simple je,pintu masuk terus ruang tamu so,kalau nak buat makan² pun selesa senang...luas.. 



Menu malam tu simple je bihun goreng,yang ni mak yang tolong masakkan sebabnya anak dia bekerja..nasib baik mak tolong masakkan kalau tak,memang superwomen lah balik kerja terus bersilat..Dan bubur pulut hitam,yang ini pun mak yang tolong masakkan..hihi..sayang mak ketat²...


Untuk menu sampingan semuanya kita dengan kakak ipar kita buat..ala..x susah pun goreng mengoreng aje..hihi..itupun sampai ke maghrib baru siap semuanya..


Roti sardin gulung ekspress, yang ini kalau warna dia tak berapa nak cantik tu yang last² la sebab nak kejarkan maghrib..


Buah tembikai dan mangga lemak manis peh!yang nie mangga la abis dulu kalau tengok warna mangga tu pun..dah menarik selera kan..


Majlis baraan nie orang lelaki sahaja, jadinya kebetulan rumah MIL pun buat makan²  open house, so..lepas isyak tu terus pergi ke rumah MIL dengan mak..sementara en.husband uruskan majlis baraan dekat rumah kiteorang..

Kata en.husband seronok orang dapat rumah,makan dan mendoakan kesejahteraan rumah dan ahli keluarga. InsyaÁllah kalau ada rezeki,nak buat lagi tahun depan.. :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. Majlis baraan tuu majlis apa ? First time dengar .. hehe ..

    Mangga tuu nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah hajat dah tertunai. Nilai murni kemasyarakatan sudah ditunaikan
    Lega moga dpt diteruskan tahun depan.

    ReplyDelete
  3. Betul tu.
    Orang datang bawa rezeki.
    Mendoakan tuan rumah sekeluarga lagi.

    ReplyDelete
  4. terasa sayu..xlama lagi Syawal akan pergi :)

    ReplyDelete
  5. wahhhh seronok nyer kan org datang makan-makan kat rumah ;)

    ReplyDelete
  6. Kalau dah katanya org katering mmg tak boleh kata apalah.... mmg championlah bab bab mengemas dan makan ni.... Banyak jugak makanananya tu Nieyl....
    Kalau suami rajin menolong nak buat makan makan ni jadi mudahkan...

    ReplyDelete
  7. Kalau dah katanya org katering mmg tak boleh kata apalah.... mmg championlah bab bab mengemas dan makan ni.... Banyak jugak makanananya tu Nieyl....
    Kalau suami rajin menolong nak buat makan makan ni jadi mudahkan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)