السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Riang Ria Bersama Part 3 | Selamat pagi..moh ler kita sambung story ya..habiskan cerita² hari raya sebelum basi. sekarang nie kalau buat jamuan hari raya dekat mana² opis kebanyakkan nya mesti akan buat photobooth kan?kitaorang pun tak ketinggalan tapi yang uruskan semua kelab la..kami menepel berposing sahaja..
Selepas selesai mendeko gerai,sementara menanti kedatangan pengarah dan jemputan tu, ambil kesempatan bergambar sementara tak ramai orang lagi,sat lagi kang ramai orang..segan lak nak bergambar orang dok nengok kita posing..hahaha..
officemate yang sentiasa ada bersama walaupun cawangan kami lain,aras lain tapi gosip mosip artis..haha..kawan suka duka dekat opis nie... :)
amboi..suka duduk bergambar sebelah bakal mak mertua ka tuh..hihihi..lemang mak mertua super sedap nie..sebab tu siap bunting lagi..
Pemenang tempat kedua gerai kebabom 2016..gerai lemang mak mertua laa..kami dapat hamper sampai hari ni hamper x buka lagi..haha..
Rugi kalau dah singgah gerai kami tak ambik gamar kenangan..wah!gitu..cantik sgt ke dik non oooii..
Jamuan raya semestinya kami takkan lupa jemput mereka² pernah berkhidmat satu bahagian, walaupun masing² dah berhijrah ke jabatan lain..kenangan bersama 2016..
Dan akhir sekali, kenangan bersama bos di gerai ala kampung, ok ini adalah sebahagian saja ya..sebenarnya kami ramai lagi..lebih 80 org..seperti biasalah lepas bergambar ni..sesi mengemas bermula...sebabnya jam 2 kena clear...dan bekerja seperti biasa..:)
Oklah untuk part jamuan bahagian..Nanti kita share jamuan cawangan pulak..ha..korang jangan terkejut nya..dekat opis nieyl nie...memang akan buat banyak kali jamuan raya...seronok tau...kerja nya asyik makan je..hihi
meriahnya acara sambutan raya Syawal di pej nieyl...harini dh satu zulkaedah.
ReplyDeleteawakkk..hahahhaaa...bkak2 jer adfe lagu merdeka,...hhaahaha..esok jom dataran !! haahaha
ReplyDelete