27 August, 2016

Kempiskan Perut & Kulit Cantik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kempiskan Perut & Kulit Cantik | Kalau lah dapat limau bali yang manis aduhai sedapnya, dah lama rasanya tak makan buah limau bali. Eh!tajuk lain isi dalam lain..apa cerita nie?ha..ada kaitannya ni nak sharing ngan korang hari cuti² nie.. Siapalah taknak kempiskan perut ( merujuk diri sendiri) , dan cantikan kulit walaupun orang kata kulit nie dah cantik.. ( ada ke orang cakap cmtu ) hahahaha..

Udah!ni nak sharing kalau korang nak tahu rupanya limau bali ni banyak khasiat dia untuk kesihatan dan kecantikan kulit..Ha..nieyl pun baru je tahu tapi itu la nak dapatkan limau bali yang manis nie payah..nasib² juga kan..

Ini antara khasiat nya untuk kita orang perempuan...:-



  1. Rawat masalah kolestrol 
    Buah limau bali amat bermanfaat bagi kesihatan, kerana kandungan pektin yang terdapat di dalamnya lebih banyak dibandingkan dengan limau jenis lain. Dikatakan pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol sekali gus mengurangi risiko sakit jantung.

  2.  Serat yang tinggi
    Sebiji buah limau bali mengandungi lebih kurang 25 peratus keperluan serat yang diperlukan tubuh setiap hari.
  3.  Legakan cirit birit
    Makan buah limau bali dikatakan mampu merangsang kesihatan pencernaan dan menghapuskan masalah seperti sembelit dan cirit-birit.
  4.  Turunkan berat
    Mengandungi enzim pembakar lemak yang mampu membantu mengurangkan berat badan. Enzim yang dikenali sebagai Carnitine pamitoyl-transferase ini, tidak ditemui dalam kebanyakan makanan. Ini mampu merangsang perjuangan anda menentang perut buncit. Tidak hairanlah mereka yang berdiet memilih buah limau bali sebagai tabiat pemakanan sihat.
  5.  Perangsang imun pantas
    Setiap biji buah limau bali mengandungi lebih kurang 600 peratus keperluan vitamin C yang diperlukan tubuh. Sumber besar asid askorbik ini telah lama digunakan di Asia Tenggara sebagai perangsang sistem imun yang pantas.
  6.  Hapuskan kulit berkedut
    Kandungan vitamin C yang tinggi juga bertindak sebagai antioksidan yang boleh mengelakkan radikal bebas berleluasa dalam tubuh. Apabila kurangnya radikal bebas, sudah pasti tanda-tanda penuaan kulit seperti kedutan, kulit mengendur dan jeragat berlaku.
  7.  Bagus untuk mulut
    Vitamin C juga menghasilkan kolagen yang mampu menguatkan tisu-tisu, organ-organ dan sel-sel dalam tubuh. Ini merangsang kekuatan gusi dan permukaan mulut sekali gus mencegahnya daripada menjadi lemah.
  8. Rangsang sistem peredaran darah
    Setiap sebiji buah limau bali mengandungi 37 peratus kalium yang diperlukan tubuh setiap hari. Ini mampu melepaskan tekanan pada pembuluh darah dan merangsang peningkatan peredaran darah dan pengoksigenan sistem organ.
  9. Elak kecederaan ligamen
    Jika anda mudah mengalami kekejangan dan kecederaan otot disyorkan, mengambil buah limau bali. Ini kerana kandungan kalium dalam memainkan peranan penting sebagai keseimbangan cecair dalam tubuh. Tanpa tahap kalium yang cukup, anda mungkin mudah mengalami kekejangan, kebas dan kecederaan ligamen.



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. SEDAPNYA LIMAU BALI BANYAK PULA KHASIATNYA

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Banyak manfaat limau bali ni.
    Kena makan selalu nampaknya.

    ReplyDelete
  3. seyes? dlu sllu la mkn sbb ad pokoknya..skrg pkknya dh x de..haha

    ReplyDelete
  4. Nak kurussss. Eh tetiba. Hihi...

    ReplyDelete
  5. Wahhhh tak sangka limau bali banyak khasiat gitu...Dah lama tak makanlah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)