السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Astro Awani | Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata trend bayaran balik yang masih rendah di kalangan peminjam sedia ada, menyebabkan PTPTN terpaksa mengurangkan kadar pinjaman kepada penuntut baharu.
Sehingga Disember 2015, PTPTN hanya berjaya mengutip RM8 bilion berbanding sasaran RM15 bilion daripada RM26 bilion pinjaman yang diluluskan.
PTPTN hanya memuluskan 95 peratus daripada kos pengajian kepada penuntut institut pengajina tinggi awam (IPTA) dan 85 peratus kepada penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS)
Menurut beliau, sekiranya ia tidak dilakukan,PTPTN akan berdepan dengan masalah kekurangan dana untuk memberi pinjaman kepada bakal mahasiswa dan juga berdepan dengan masalah pembayaran balik pinjaman kepada institusi kewangan.
Shamsul Anuar memberitahu, pelbagai langkah telah dilakukan untuk mendapatkan semula bayaran balik pinjaman, termasuk menyenaraikan peminjam di dalam sistem maklumat rujukan kredit pusat ( CCRIS) mulai Jun tahun lalu.
Penyenaraian itu bukan untuk menganiaya mana-mana pihak katanya tetapi bertujuan menggalakkan peminjam lebih berdisiplin dan bertanggungjawab membayar balik pinjaman.
ptptn sy pun tak settle lagi..sakit kepala fikir huhu
ReplyDeletekena kurangkan ptptn.. semoga lebih pandai uruskan cash flow la lepas ni..
ReplyDeletemaybe ptptn boleh kerap kot buat promosi bayar sekali gus dapat diskaun sikit..
Lega lama dah settle...lega weii hutang dibayar...
ReplyDeleteKesannya baru terasa sekarang ni. Angkara mereka, mak ayah terpaksa berhempas pula cari duit. Dahlah sekarang susah betul nak dpt pinjaman Mara dgn JPA
ReplyDeleteFiza pulak... Hubby tolong bayarkan sementara fiza dapat kerja. Huhu...
ReplyDeletemalas nak komen pasal ptptn.
ReplyDeleteaida takkan kasik la anak2 pinjam ptptn.
akan cuba sedaya upaya carik dana lain utk diorang nanti.