25 August, 2016

Resepi Onion Rings

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Resepi Onion Rings | Setiap kali pergi a&w onion ring adalah salah satu yang akan di beli oleh nieyl, tak tahu kenapa suka makan lepas tu dia rangup. Sebenarnya kita tak perlu pun nak pergi beli jauh². lagi puas kalau kita buat sendiri kan, berapa banyak kita nak buat pun tak apa,makan la sampai tak lalu nak makan..hihihi..

Bahan-bahan
  • 2 labu bawang besar
  • 1 cawan buttermilk
  • 3/4 cawan tepung
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • minyak
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • serbuk perasa

Cara-caranya

  1. Kupas bawang dan hiris bulat-bulat tidak terlalu tebal dalam setengah inci. Pisah-pisahkan setiap bulanan. Buang selaput nipis di antara setiap bulatan
  2. Panaskan minyak
  3. Campurkan tepung,serbuk cili,serbuk lada hitam,garam dan serbuk perasa.
  4. Tuang sedikit demi sedikit buttermilk dan adunkan dengan setiap sebatian tepung,sehingga likat. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat
  5. Salutkan bawang satu persatu dan goreng dengan api yang sederhana tinggi.
  6. Angkat apabila sudah garing dan di toskan. =)


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. Sedapnya...senang je nak buat nye...wahhhh....thanks for the recipe eh...

    ReplyDelete
  2. Salam singgah ..sebenarnya senang sangat kita jer yg malas hiii

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)