السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Finally,dapat berbuka bersama | Ramai kata seronoknya adik beradik ramai, sememangnya betul adik beradik ramai memang seronok. Tapi kalau nak sesuatu event atau perancangan tu memerlukan kesabaran yang sangat tinggi tau. Kalau tak ada semangat dan kesabaran yang tinggi memang susah nak berjaya.. Kalau dalam family nieyl, master mind semuanya di bahu nieyl..nak jaga 7 kepala bukan mudah tau..walaupun adik beradik..
Untuk tahun nie, Alhamdulillah..2 hari sebelum raya kitaorang 1 family dapat berbuka puasa beramai² bersama ayah dan mak. Ha..eh..ada syarat okey nak berbuka beramai² nie tau..setiap rumah nieyl wajibkan bawa 1 jenis lauk dan 1 jug air..hihihi.. So,semua dapat rasa masakan adik beradik yang lain. Meriah sangat tau..InsyaÁllah..nieyl akan teruskan aktiviti nie setahun² akan datang.. :)
Mood menulis dah kembali..stay tuned okey untuk story riang ria di hari raya :)
Bagus perancangan macam ini
ReplyDeleteLagi best kalau semua sepakat.
selamat hari raya nieyl..:)
ReplyDeleteSelamat hari raya Nieyl. I pun biasa uruskan program-program keluarga ni. Memang memerlukan kesabaran yg sangat tinggi dan banyak makan hati bila handle ahli keluarga ni. ;)
ReplyDeleteSeronoknya keluarga besar kan..
ReplyDeleteWkmsalam.
ReplyDeleteSelamat hari raya.
Tentu seronok dapat berkumpul ramai2 begitu.
meriahnye
ReplyDeleteMeriahnya! Keluarga besar. Kalau boleh, nak panjangkan lagi meja makan tu 😁
ReplyDelete