السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Resepi Cornflakes Madu Nieyl | Kalau sebut cornflakes madu semua orang tahu, sebab ia antara kuih raya yang paling simple dan paling mudah nak buat. Jadi,bila dah mudah dan jimatkan masa ianya menjadi kuih raya yang wajib ada di rumah pada hari raya. Ada orang tanya, ikut resepi tapi kenapa keras..kenapa manis..kenapa melekat dekat papercup.. ala,nieyl pun masa dedulu buat benda nie, sama je ada yg jadi keras,melekat tapi bila dah belajar selalu buat...akhirnya dapat yang sedap dan tak meletak langsung.. :)
Resepi Cornflakes Madu Nieyl
Bahan² nya..
- Cornflakes besar (1 kotak)
- Gula kastor (1/2 cawan)
- Butter Cup (200gm)
- Madu 4-5 sudu besar
- Paper Cup secukupnya
- Manik untuk hiasan
Cara-caranya..
- Panaskan butter + gula + madu atas kuali..
- Bila dah cair dan sebati, tuang ke dalam cornflakes..Gaulkan..
- Ambil cornflakes tersebut letakkan dalam papercup dan hiaskan dengan manik
- Bakar pada suhu 120 darjah selama 5-10 minit..
- Kemudian sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara
* Ini apa yang nieyl buat, semasa membakar nieyl akan make sure cornflakes tidak akan kekuningan sangat,sebab kita just bakar untuk cairkan butter dan gula,kemudian keluarkan sejukkan.. kebiasaanya 7 minit nieyl dah keluarkan.. :)
selamat mencuba..
Wah tentu sedap tu.
ReplyDeletePakcik tau makan aje, buat tak tau.
Seronok tgk projek kuih raya nieyl..
ReplyDeleteSelamat hari raya
Maaf zahir batin
Wah tentu sedap nie
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieyl,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya diucapkan..
Nampak sedap cornflakes madu tu..
Sis buat first time failed.. Belum cuba kali ke-2..
Masih kecewa, hehehe :-)
Suka makan tapi tak suka buat. Hehehe
ReplyDelete