14 July, 2016

#throwback Part 1 : Sesi Bermaaf Maafan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sesi Bermaaf Maafan | Selamat hari raya korang² semua..Alhamdulillah, hari ini hari kedua bekerja mood bekerja pun dah dijumpai..jadi,mood nak menulis kembali setelah seminggu berehat panjang makan kuih je.. Aktiviti pertama yang akan dilakukan selepas solat hari raya adalah sesi bermaaf maafan bersama mak dan ayah. 

Tahun nie pertama kali berkumpul di rumah kecil ku, Alhamdulillah..walaupun panas sebab terlalu ramai orang,haba pun bertambah..berpeluh sikit lah ya..insyaÁllah tahun depan ada rezeki pasang aircond ya..(melampung la bil hahaha)..

Kebiasaanya sesi bermaaf maafan akan dimulakan mengikut turutan adik beradik..kebiasaannya nieyl akan berada di second last,jadi lama jugak la menunggu giliran. Selain adik beradik,anak² buah,cucu² pun akan bersalaman dengan atok dan nenek dieorang..
Setiap tahun terasa kemeriahan bila berkumpul beramai², pejam celik pejam celik ini lah keluarga besar ku..seronoknya kalau dapat buat family days kan..InsyaÁllah..coming soon... 
Cucu² suka bila bersalaman ngan nenek atok sebab dapat duit raya terus..hihi...muka masing² teruja nak dapat duit raya dari nenek ngan atok..bukan senang nak dapat ya..time raya je..hihihi.. :)
Setiap tahun akan ada penambahan ahli keluarga yang baru..Alhamdulillah..tahun nie penambahan seorang kakak ipar dan cicit mak..
Gambar² di atas ini menggambarkan suasana sesi bermaaf maafan bersama mak ngan ayah..Semoga tahun depan dan tahun akan datang kita dapat bersama lagi meraikan aidilfitri InsyaÁllah...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)