18 July, 2016

#throwback Part 4 : Riang Raya ♥

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Riang Raya ♥ | Jom lah kita sambung story hari raya tahun nie, sama macam tahun² sebelum ini lepas tamat sesi bergambar dekat rumah, pakat² semua pergi raya 3 buah rumah yang wajib dikunjungi iaitu jiran yang dah berpuluh tahun duduk berjiran dengan family nieyl.

Kemudian baru pergi ke tanah perkuburan untuk ziarah pusara atok,nenek,anak buah dan kakak nieyl dan lepas tu terus pergi ke rumah nenek nieyl di bukit changgang banting untuk ziarah nenek kat sana pulak..Actually,itu kira mak tiri kepada mak nieyl so..nenek tiri kiteorang laa.. Wajib pergi di hari raya pertama selepas ziarah tanah perkuburan.

Dari bukit changgang terus bergerak pergi raya ke rumah abg mak (pakcik) dan adik mak (pakcik) .. boleh dikatakan setiap rumah nie makan..adoi...biasa lah kalau dah raya pertama kan tak sah kalau tak makan makanan hari raya. 

Dah selesai beraya family mak, terus pergi ke belah ayah pula..sebab target setiap tahun adalah raya pertama kita kan beraya abis sampai ke Malam..Belah ayah pula ada lebih kurang 9 buah rumah yang kteorang pergi konvoi adik beradik semua..

Sampai dekat rumah pun dalam pukul 10 malam..wow!hebatnya raya..Alhamdulillah...selesai tugas kami adik beradik pergi menziarahi rumah sedara mara. Kenapa pulun 1 raya? Sebab raya ke-2 adik beradik yang lain akan pulang ke kampung mertua masing².. Jadi,bila lagi nak berkumpul beramai² pergi ziarah rumah sedara mara kan..jadi,itu lah tradisi setiap tahun sampai bila²...
Ini adalah kakak nieyl..kami tinggal 3 beradik perempuan sahaja,Arwah kakak dah pergi dahulu 9 tahun yang lepas..Muka kami sememangnya tidak serupa..hihi..
jangan sesekali hala kan lens kat depan mataku..haha..ini lah jadinyaaaa...
Bila tengok semua gambar² raya nie,rasa macam baru semalam je hari raya...cepat nya masa berlalu..
Kami ni pantang kalau nampak laman yang luas...sebab laman dekat rumah dah tak ada..semuanya dah jadi tapak rumah...dah x de tempat nak main lari² macam 20 tahun yg lalu...
 Ini sebahagian je..sementara tunggu suami masing² ambil kereta..kita posing dulu yeaaa.. :)
Manalah orang tak kata diri ini baru berumur 23thn..sentiasa di kelilingi anak² buah yg meningkat remaja..Ini kalau hangout together nie mesti orang kata kami sebaya..hahaha.. :P

Banyak lagi ya yg nak di share kan..jgn jemu ya...mood raya kan... :P

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)