25 July, 2016

#throwback Part 7 : Jamuan Raya Gadis Comel

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jamuan Raya Gadis Comel | Morning!ha..jangan gelak ya baca tajuk tu dan tak yah nak tengok kecomelan kami nie..hahaha..Hidup kena ceria lebih lagi bila hari. Tak ada lah nak throw sangat pun sebab kejadian nie berlaku last week hari jumaat yang mulia. Alhamdulillah, setiap tahun akan buat jamuan makan² bersama keluarga kecil di tempat kerja nie.. Rasa seronok bila semua sporting dan rajin² tau memasak pepagi hari. 

Sebelum tu ,sorri ya tempek gambar makanan besar²..saja nak buat orang terliur..( u looks so naughty nieyl ) . Alhamdulillah..kami berenam pakat buat jamuan raya kecil serta firewell salah seorang kakak nieyl yang comel tu nak pergi sambung study..so,last week dia last day.. (gonna miss u kak) 
kalau perhatikan gambar makanan di atas nie hanya lemak dan kuih sarapan pagi sahaja yang di beli yang selebihnya kakak² ni yang gigih memasak tau..Sedap pulak tu..patut la masing² mak mertua sayang lebih nie..eh..ada seorang lagi belum kahwin..( insyaÁllah..coming soon) pun pandai memasak..dah boleh jadi isteri dah tak lama lagi nie.. 
Port workstation kakak² nie memang strategik sangat, terletak di bahagian belakang dan terlindung dari orang lalu lalang kecuali kalau nak pergi ke bilik mesyuarat. So,ada almari panjang..tempat kitaorang susan makanan dan hiasan..
Nampak tak betapa gigihnya kakak comel sorang tu mendeko kan tempat makan tu,semangat kan.. kalau tengok IG dia post gambar semuanya cantik²..kiranya berseni jugak la jari jemari akk nie.. (hai asyik bertukar orang ke workstation nie) 
Suka gambar nie sebab sangat cantik bersiap dengan frame gambar lagi alahai...comel betul la kak fiza nie,yang ada dalam gambar tu la antara penganjur jamuan hari tu.. (sweet kan?..) eh..ada kotak laa..siap riben lagi..apa kah?? tu mix tart..nanti nieyl akan share entry lain ya...
kami berempat sahaja yang masih kekal bersama selama 5tahun..Yang lain asyik silih berganti sahaja.
Selamat Hari Raya dari kami berenam.. (menyorokkan badan itu adalah teknik melihatkan ku slim) hahaha..alamak,terserlah kerendangan ku..hahaha..Apa² pun syawal masih ada tinggal beberapa hari lagi..masih sempat lagi untuk buat puasa 6.. Alhamdulillah nieyl dah masuk hari ke-5..esok InsyaÁllah last day...

Ok babai...♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Serampang dua mata ni, sambil jamuan raya juga jamuan perpisahan
    Kawan baru dtg tetap membahagiakan semua.

    ReplyDelete
  2. akak suke teknik penyorokan ko tu nieyl heheheeh...

    wahh meriah menu.... betul tu, kemas jek w/station die... mesti jenis pengemas nieh..takpe nieyl, patah tumbuh hilang berganti....mane tau dpt ganti yg ok jugak.... ape2 pun keep in touch le ngan kakak tu...boleh mintak2 resepi heheeheh

    ReplyDelete
  3. sedapnya hidangan tu.terus lapo nih haha.. selmt hr raya..

    ReplyDelete
  4. nieyl cantik. tak pyh nyorok adik ku :)
    meriah nyer makanan. alhamdulillah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)