Showing posts with label Contest/Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Contest/Giveaway. Show all posts

26 November, 2025

Life is Beautiful Giveaway

by on November 26, 2025

Join Click Banner

1. buat 1 entry, tajuk....Life is Beautiful Giveaway
link kan ke blog Mummy Ayu ni

2. tinggalkan link entry tu
kat bahagian komen..entry ni

tu je...
simple kan?

tarikh tutup ....
27 nov 2025

05 August, 2025

Coffee Lover Giveaway

by on August 05, 2025

Jom Join Giveaway Mummy Ayu
Click Banner

Soalan Mummy Ayu..
kenapa you all kena dipilih sbg pemenang "Coffee Lover Giveaway"

Jawapan nieyl...
Sebagai coffee lover haruslah nieyl nak dipilih sebagai pemenang giveaway ni 
lepas tu dah lah crochet cup tu ada warna pinkk...i want!!!
kita kan geng coffee lover tak gitiewww...
hihihi..


Due Date 13 Ogos 2025

18 February, 2025

16 December, 2024

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

by on December 16, 2024

 

Click Banner Untuk Join

"Untuk Linda : Happy anniversary yang ke 13, nieyl doakan semoga istana yang dibina ini
sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt.  Dan nieyl doakan semoga kalian berdua 
sentiasa diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan sentiasa ceria selalu"

~ikhlas dari nieyl~




Giveaway by Ejulz 2024

by on December 16, 2024



 

Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz 2024

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by Ejulz 2024". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz;
4. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen post ini;
5. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 atau hadiah random untuk seorang pemenang.

Tarikh Tamat : 31 DISEMBER 2024

04 November, 2024

10 October, 2023

Penerima KEEMPAT Hadiah GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE by Syafiqa Hatta

by on October 10, 2023


Hadiah GIVEAWAY | Dah lama sebenarnya nieyl tak join GA ni sejak nieyl stop menulis blog hampir setahun. Dan baru beberapa bulan ni nieyl start menulis balik dan terjoin GA Syafiqa Hatta ni sebagai tanda support GA dia anjurkan. Dan specialnya GA ni pemenang tidak di umumkan di blog, tahu menang ni pun sebab buka emel. Pemenang dihubungi melalui emel yang kita tinggalkan di ruang komen entry beliau. Alhamdulillah, tuah ayam nampak di kaki, tuah nieyl siapa yang tahu kan. Rezeki dipilih menjadi penerima ke-4 . 


Sangat cantik kotak hadiah dia, hitam itu menawan bereben kan warna merah memang sangat cantik. Nieyl dapat hadiah tudung bawa warna maroon, bertambah sehelai lagi tudung warna maroon sesuai sangatlah sebabnya setiap hari rabu nieyl kena tudung warna korporat. Selain tu ada inai, yang ni memang nieyl suka sebab sejak inai di kuku ni dah habis, belum ada masa lagi nak pakai baru, ini dah alang-alang dapat inai ni kan, nanti free-free nanti bolehlah pakai. 

Ha..yang coklat-coklat tu dah ada orang aim dah tu, si Raisya tengok gambar dalam handphone nieyl dia nampak gambar ni, dia cakap nanti dia nak semua coklat-coklat tu. Hahaha..tak ada peluanglah nak kongsi nampak nya..Apa-apa pun terima kasih Syafiqa Hatta


29 September, 2023

GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway)

by on September 29, 2023

 

Klik gambar untuk join

Syarat Penyertaan:

1. Copy gambar gift box di atas yang ada tunjuk isi dalam gift box ni dan backlink kan ke entry ini

2. Copy paste tajuk entry ini dan buat 1 entry menandakan anda join giveaway ini. Ajak rakan-rakan blogger yang lain join sekali

3. Copy paste link entry korang ke ruangan komen di bawah BERSERTA alamat email masing-masing untuk saya contact sebagai pemenang nanti

4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada bila-bila masa mengikut citarasa saya 😂

03 December, 2020

09 November, 2020

Senarai Pemenang Giveaway Makcik Bawang by www.nieylanadia.com

by on November 09, 2020

 


Senarai Nama Pemenang Giveaway | Syukur Alhamdulillah, giveaway anjuran nieyl bulan lepas mendapat sambutan yang amat baik, terima kasih semua yang sudi support dan join walaupun hadiah biasa-biasa aje. Sebelum itu nieyl minta maaf sebab agak lewat juga untuk mengumumkan nama pemenang atas faktor masa dan kerja. 

Kalau nieyl semak ada 26 penyertaan dari korang, itupun dah cukup baik kalau dapat lebih dari itupun lagi Alhamdulillah, tapi kita tak boleh tamak, bersyukur apa yang ada betul tak? wah!mesti korang pun tak sabar nak tahu siapa pemenang yang akan dapat bawang goreng homemade by nieyl kan..sabar-sabar... nak umumkan lah ni..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tahniah!
(Bawang Goreng Crispy)

https://www.shikinrazali.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html

Tahniah kepada pemenang,jangan lupa nanti selfie, tag nieyl di media sosial dan makan jangan lupa share komen okay ♥

Kepada mereka yang tidak menang jangan sedih-sedih okay sebabnya nieyl ada berita baik nak share dengan korang. Disebabkan penyertaan yang mengalakkan, nieyl ada sediakan 3 lagi hadiah tambahan. Ha..suka tak?mestilah suka siapa yang tak suka dapat hadiah betul tak...

Dah² jom kita tengok siapa yang kena!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Hadiah Saguhati 1

https://adna2029.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html


Hadiah saguhati 2

https://akulahrabiatul.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html


Hadiah saguhati 3

http://www.mamapipie.com/2020/10/giveway-makcik-bawang-by.html

Alhamdulillah..ada yang kena tak tu?ha..senyum-senyum tu kena la tu.. Yang masih tak kena tu, tak apa tak ada rezeki kali ini, Insya'Allah next giveaway mana tahu nama korang pula yang tersenarai..Tq join okay...jangan serik untuk join giveaway ataupun contest k..

**Kepada pemenang utama, saguhati 1, saguhati 2 boleh emelkan detail :-
  • Nama
  • Url penyertaan
  • Alamat
  • No. hp
  • Pemenang apa
**Kepada pemenang saguhati 3 boleh emelkan no. hp untuk tebus top up 



Semua detail sila emel ke
nieyl.puteriimpian@gmail.com

sebelum 13 November 2020







24 October, 2020

Senarai Peserta Giveaway Makcik Bawang By www.nieylanadia.com

by on October 24, 2020

Senarai Peserta Giveaway Makcik Bawang By www.nieylanadia.com | Untuk makluman semua giveaway masih lagi berlangsung okay, kepada yang telah join terima kasih dan yang mana belum lagi join tu, cepat-cepat join okay. 


Giveaway masih lagi berlangsung sehingga 30 Oktober 2020

KLIK SINI untuk JOIN

SENARAI PESERTA

1. https://norminieza.blogspot.com/2020/10/giveway-makcik-bawang-by.html
2. https://sheilaarshad.blogspot.com/2020/10/giveway-makcik-bawang-by.html
3. https://ctcheery87.blogspot.com/2020/10/giveway-makcik-bawang-by.html?m=1
4. https://www.anajingga.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
5. https://www.tiarasaphire.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
6. https://www.mialiana.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
7. https://www.fizahabdulhalim.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
8. https://www.farhanajafri.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
9. https://www.shikinrazali.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
10. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
11. https://tetikusmerah.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
12. http://www.mamapipie.com/2020/10/giveway-makcik-bawang-by.html
13. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
14. https://www.ibudokter.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
15. https://belogsjm.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html?m=1
16. https://akulahrabiatul.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
17. https://www.rubiahkadir.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
18. https://adna2029.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
19. https://kasihkuamani.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
20. https://mummyayu.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
21. https://www.ciktie.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html?m=1
22. https://ingintahu31.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
23. https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
24. https://zieyaweasley.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
25. http://www.ombakbergigi.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
26. https://www.faizzahamir.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
27. Anda

06 October, 2020

Giveaway Makcik Bawang By www.nieylanadia.com

by on October 06, 2020

 




Syarat-syarat
  1. Like Page  www.nieylanadia.com 
  2. Follow Blog INI
  3. Add Friend Facebook  NIEYL , Follow Instagram NIEYL dan Makcik Bawang Crispy (komen mana-mana post )
  4. Buat satu entry bertajuk "Giveaway makcik bawang by www.nieylanadia.com "
  5. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  6. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.

Hadiah


Sebalang Bawang Goreng Crispy by nieyl


Tarikh Tutup Giveaway

30 Oktober 2020


11 September, 2020

10 September, 2020

05 August, 2020

29 April, 2020

SEGMEN : UCAPAN BUAT FONTLINERS COVID-19

by on April 29, 2020
Join Click Banner

Ucapan Buat Frontliners Covid 19

Terima kasih Frontliners!
Terlalu besar pengorbanan yang dikorbankan 
bagi memastikan rakyat malaysia bebas dr covid 19..
Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kesihatan mereka..

Kita duduk dirumah diam-diam





26 March, 2020

Pelan rumah banglo 1 tingkat 5 bedroom 4 bathroom (5221 kps) menjadi pilihan

by on March 26, 2020

Pelan rumah banglo 1 tingkat 5 bedroom 4 bathroom (5221 kps) menjadi pilihan | Setiap orang mempunyai angan-angan memiliki rumah impian kan, nieyl pun sama juga walaupun dah ada rumah sendiri sekarang pemberian ayah tapi bila kita dah berkahwin pastinya kita dan juga pasang impikan rumah idaman. Nieyl suka pelan rumah banglo ni sebab ianya sesuai dengan citarasa nieyl nak ruang rumah yang besar serta ada kawasan dalam rumah tanpa bumbung untuk dijadikan tempat bersandai suami isteri dan anak-anak.

Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.


  1. Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard. 
  2. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja. Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. 
  3. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping. 
  4. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini. 
  5. Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air. Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.









Fauzan Mahmod


Berkelulusan Sarjana Muda Senibina, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan staff di Nas Nuri Construction Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam skop rekabentuk arkitektur banglo. 


25 March, 2020

Pentingnya Wasiat harta pusaka dalam islam

by on March 25, 2020
Pentingnya Wasiat harta pusaka dalam islam | Bercerita tentang pengalaman sendiri, pada usia yang muda ketika itu nieyl memang tidak tahu tentang pentingnya wasiat harta pusaka ni sehinggalah ayah nieyl sendiri telah membuat keputusan untuk buat wasiat harta-harta dia untuk kami adik beradik yang ada 14 orang ini. Pada ayah, ketika dia hidup inilah dia nak uruskan pembahagiaan harta sebab dia tak nak anak-anak dia ketika dia telah meninggal, pertengkaran soal harta pusaka menjadi masalah dalam keluarga. Bab harta pusaka ini kalau tidak diuruskan dengan baik , boleh buat adik beradik bergaduh serta putus saudara tau, jadi pentingnya kita buat wasiat ketika masih hidup. 

Kepentingan hibah harta pusaka dalam islam. 

Sering kali kita dipaparkan dalam drama melayu yang memaparkan konflik keluarga melibatkan wasiat. Konflik terjadi akibat tidak merancang dan memikirkan apa yang berlaku pada masa akan datang termasuk membabitkan kematian sehingga mencetuskan konflik keluarga. 

Paling teruk, berlakunya perpecahan dan perbalahan dalam keluarga. Ada kes isteri ditinggalkan sehelai sepinggang kerana harta suami jatuh kepada keluarga mertua apabila pembahagian harta secara faraid digunakan.

Kebanyakan konflik harta pusaka ini berpunca daripada perebutan dan kelemahan mengenal pasti siapa pewaris berpotensi untuk melakukan tuntutan. 

Penulisan wasiat harta pusaka dapat mengurangkan konflik 

Amat penting masyarakat sekarang menguasai aspek pengurusan harta pusaka kerana ia sangat kompleks untuk difahami secara teori dan praktikal. Walau bagaimanapun, ilmu pewarisan harta pusaka dalam Islam wajib difahami supaya setiap yang masih hidup tidak termakan harta yang batil.



Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah merancang pembahagian aset kepada siapa yang ingin diberikan dan berapa banyak yang akan diagihkan. 

Masyarakat perlu tahu membezakan pelbagai instrumen membabitkan harta pusaka, antaranya memahami bahawa hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa had. 

Wasiat perlu digunakan untuk pembahagian harta pusaka kepada waris dan bukan waris serta terhad kepada satu pertiga daripada harta pusaka. Manakala faraid pula merupakan pembahagian harta pusaka khusus untuk waris sahaja.

Hibah sememangnya sangat penting lebih-lebih yang melibatkan mereka yang mempunyai pelbagai jenis harta pusaka seperti hartanah, rumah dan wang.

Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat merupakan satu proses yang sangat panjang dan memakan masa. Proses yang panjang ini boleh menjangkau sehingga 3 hingga 5 tahun dan sudah tentu ia menyebabkan kos yang tinggi.

Masih ramai orang Islam yang menganggap hibah adalah perkara yang tidak begitu penting. Masih ramai lagi orang Islam yang tidak membuat persiapan menulis hibah kerana beranggapan urusan harta diletakkan di bawah faraid sahaja. Sedangkan membuat wasiat adalah perkara yang amat digalakkan dalam Islam.

Orang ramai perlu ada kesedaran akan kepentingan pengurusan harta pusaka. Pemilik harta pula perlu memastikan harta yang ditinggalkan kelak tidak akan menyusahkan dan membebankan waris untuk menguruskannya.



Apakah itu wasiat? 

Wasiat bermaksud pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat yang digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Islam selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid. 

Waris yang ditetapkan dalam Islam adalah suami, isteri, ibubapa serta anak-anak yang sah dengan syarat beragama Islam berhak mewarisi harta si mati. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam pula adalah anak angkat, anak luah nikah, ibu bapa angkat dan lain-lain lagi. 

Pesanan Imam Ghazali, 

Setiap orang Islam hendaklah menulis wasiat setiap kali sebelum ingin tidur malam. 

Manakala hadis daripada Abdullah Bin Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : 

Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya. 

Riwayat al-Bukhari 


Menurut Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid yang merupakan Pengurus Harta Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor, walaupun hukum berwasiat merupakan satu perbuatan sunat yang digalakkan, namun hukum berwasiat juga boleh berubah mengikut situasi berikut 

  • Wajib berwasiat. Wasiat menjadi wajib apabila seseorang mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan yang berbentuk 'hak Allah' seperti zakat, kafarah dan haji yang dibimbangi tidak dapat ditunaikan sekiranya tidak diwasiatkan kepada seseorang untuk melaksanakannya.
  • Begitu juga tanggungjawab berkaitan hak manusia seperti mempunyai harta yang diamanahkan kepadanya dan hutang yang belum diselesaikan.
Haram berwasiat. 

  • Wasiat menjadi haram apabila seseorang mewasiatkan sesuatu perkara yang diharamkan oleh syarak atau bertujuan untuk memudaratkan waris. Harus berwasiat. Wasiat menjadi harus jika dibuat kepada orang kaya sama ada daripada kaum kerabat atau mana-mana pihak dengan tidak mempunyai tujuan tertentu. 
  • Jika wasiat itu bertujuan untuk melakukan kebajikan dan menghubungkan tali silaturahim, maka ia menjadi sunat. 
Makruh berwasiat. 

  • Wasiat menjadi makruh jika pewasiat mempunyai harta yang sedikit namun pada masa yang sama mempunyai waris yang miskin yang sangat memerlukan harta. 
  • Demikian juga adalah tidak wajar memberikan wasiat kepada orang fasik atau orang yang sering melakukan maksiat kerana dibimbangi pemberian wasiat itu akan meningkatkan lagi kecenderungannya untuk melakukan maksiat. 
Penulisan wasiat adalah amat digalakkan kerana ia merupakan suatu tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan pewasiat terhadap pembahagian harta yang telah dikumpul semasa hidup. Pewarisan harta yang dirancang melalui wasiat ini dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga tersayang selepas kematian.

Apakah perkara penting dalam menyediakan wasiat? 

Terdapat dua perkara penting dalam menyediakan wasiat dimana orang yang menyediakan wasiat sebelum mati biasanya akan melakukan perkara berikut: 

  1. Mengumpul semua dokumen yang diperlukan (berkaitan harta dan waris) 
  2. Melantik pentadbir (wasi). Pentadbir yang dilantik ini boleh terdiri daripada waris, bukan waris, peguam atau institusi pengurusan harta pusaka seperti Amanah Raya Berhad dan Perbadanan Wakaf Negeri untuk Majlis Agama Islam Negeri. 
Sekiranya ada wasi yang dilantik, pembahagian harta pusaka dapat dijalankan secara telus. Bagi kes harta kepada anak di bawah umur 18 tahun, pengurusan harta pusaka akan diserahkan kepada pemegang amanah sebelum dipindahkan kepada pewarisa apabila cukup umur dan berupaya mentadbir hartanya sendiri.

Dengan adanya dua perkara ini, pengurusan tuntutan harta pusaka akan menjadi lebih mudah. Apabila kita melakukan wasiat dan melantik wasi, urusan peninggalan harta dapat diuruskan secara profesional oleh wasi yang dilantik. 

Jadi, disini diingatkan betapa pentingnya wasiat disediakan semasa hidup supaya proses tuntutan harta pusaka yang panjang dan melibatkan kos yang tinggi ini dapat dielak. Malah, jelas sekali wasiat boleh membantu menjadikan proses tuntutan harta pusaka menjadi lebih mudah dan cepat. 

Marilah kita berusaha untuk menguruskan pewarisan harta dengan baik selagi masih hidup ini dengan mempelajari cara atau proses menyediakan wasiat ini untuk kemudahan waris kita kelak. 

Tapi perlulah diingat bahawa syaratnya ialah ia mestilah bukan kepada waris kita, dan juga tidak lebih 1/3 harta pusaka. 

Sekiranya hendak dibuat buat wasiat kepada isteri dan anak, sah atau tidak ? jawapanya adalah tidak sah, kerana anak ialah waris kita 

Jika buat wasiat kepada anak angkat. Boleh ke? Jawapannya boleh. Cuma terhad kepada 1/3 sahaja. Kalau nak bagi semua harta kepada ahli waris atau anak angkat, maka instrumen hibah adalah yang paling sesuai.


23 March, 2020

Hillside Cottage Hotel di Cameron Highland tanah rata

by on March 23, 2020
Hillside Cottage  di Cameron Highland tanah rata | Termenung sekejap alangkah bestnya kalau musim panas ni dapat lepak di Cameron Highland sambil menghirup udara yang segar serta pemandangan menghijau. Kalau korang ada plan nak bercuti di cameron highland meh nak share satu penginapan yang best dekat korang. Nieyl teringin nak menginap di Hillside Cottage ni sebab keadaan sekeliling dia yang hijau, nyaman serta macam berada di kampung-kampung gituu..

Selalu kalau pergi Cameron Highland kita biasa cari hotel-hotel untuk menginap kan, apa kata kali ni korang cuba menginap di Hillside Cottage. Hillside Cottage Cameron Highland merupakan hotel di Tanah Rata milik muslim. Lokasinya sangat strategik. Nak ke mana-mana boleh hanya dengan berjalan kaki.


Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan iaitu bilik Rafflesia, bilik Tulip (bilik keluarga) dan bilik studio pada harga yang sangat berpatutan. Kemudahan wifi turut telah di naik taraf untuk kepuasan para tetamu.


Apa yang menarik tentang Hillside Cottage ni ialah reka bentuk biliknya yang berasaskan kayu seperti rumah di kampung-kampung. Memang sangat instagrammable!!

Nak nak lagi kawasan cottage dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi yang mendamaikan. Memang sengat sesuai bagi korang yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kerja di bandar.


Nak sambut anniversary ke birthday ke atapun suprise arrangement pun pihak cottage boleh buatkan. Malam tu kalau korang nak BBQ pun boleh cuma ada caj yang dikenakan tapi murah-murah sahaja. 


Hillside Cottage Resort
Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Harga : RM110- RM200 semalam