10 October, 2023

Penerima KEEMPAT Hadiah GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE by Syafiqa Hatta


Hadiah GIVEAWAY | Dah lama sebenarnya nieyl tak join GA ni sejak nieyl stop menulis blog hampir setahun. Dan baru beberapa bulan ni nieyl start menulis balik dan terjoin GA Syafiqa Hatta ni sebagai tanda support GA dia anjurkan. Dan specialnya GA ni pemenang tidak di umumkan di blog, tahu menang ni pun sebab buka emel. Pemenang dihubungi melalui emel yang kita tinggalkan di ruang komen entry beliau. Alhamdulillah, tuah ayam nampak di kaki, tuah nieyl siapa yang tahu kan. Rezeki dipilih menjadi penerima ke-4 . 


Sangat cantik kotak hadiah dia, hitam itu menawan bereben kan warna merah memang sangat cantik. Nieyl dapat hadiah tudung bawa warna maroon, bertambah sehelai lagi tudung warna maroon sesuai sangatlah sebabnya setiap hari rabu nieyl kena tudung warna korporat. Selain tu ada inai, yang ni memang nieyl suka sebab sejak inai di kuku ni dah habis, belum ada masa lagi nak pakai baru, ini dah alang-alang dapat inai ni kan, nanti free-free nanti bolehlah pakai. 

Ha..yang coklat-coklat tu dah ada orang aim dah tu, si Raisya tengok gambar dalam handphone nieyl dia nampak gambar ni, dia cakap nanti dia nak semua coklat-coklat tu. Hahaha..tak ada peluanglah nak kongsi nampak nya..Apa-apa pun terima kasih Syafiqa Hatta


2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)