Kenangan terindah di Agong's Cup Tournament 2023 | Kalau ditampar muka nieyl sekarang ni pun rasanya masih rasa macam mimpi yang nieyl pergi tengok tournament polo weh..OMG!nieyl oh nieyl kerja gila apakah kau buat ni...dan sejak bila kau minat polo sis...hahaha.. Even masa tengah bersiap hari tu nak pergi, berkali-kali tanya diri sendiri, sebab selama 35 tahun hidup dimuka bumi ni, inilah kali pertama pergi tengok Polo ya kawan-kawan..yang lagi tak boleh tahan tu, sebelum pergi sempat study permainan polo ni macam mana, baru la enjoy tengokkan.
Nieyl pergi waktu Royal Pahang Polo Club (RPPC) vs La sarita, game start 4.30 petang. Nieyl sampai dekat equestrian park putrajaya dalam pukul3.00 terus cari seat untuk duduk.Masa tu jangan beranganlah nak dapat seat depan ya. Dah penuh dengan orang, tak pastilah pukul berapa dieorang ni sampai. Usually kalau Club lain yang main masih banyak lagi seat kosong yang boleh kita duduk cuma kalau Royal Pahang Polo Club main, kena extra effort untuk kau datang lebih awal. Hari tu nieyl ada tertaip pasal crush nieyl tu kan, ha..korang janganlah salah faham pula tau, ni crush yang suka-suka je macam kita minat artis tu..nothing much okay hehehe..clear ya..
Inilah dia pasukan RPPC. Masa tarikh nieyl pergi tu memang terkejut bila nampak ada permaisuri turut hadir beri sokongan pada hari tersebut. Kalau ikutkan pada hari nieyl pergi tu Second Match dieorang, yang 1st pada 1 Oktober lepas. Dah tahu ke yang mana satu crush nieyl tu hehehe..
Ala korang gambar zoom tak berapa nak clear la,sorry ya..almaklumlah nieyl belum mampu lagi nak tukar handphone yang bila zoom tu nampak clear. Nampak tak siapa yang nieyl zoom tu?tak nampak kan..tak apa teka lagi ya..
Bila game dah start tu mata ni menang tak berkelip mencari bola putih kecil tu. Kalau bola sepak tu besar, nak sepak pun senang. Ini bola kecil kalau kena pukul pulak dengan naik kuda.Wah!memang mencabar betul sebab kalau jatuh tu, ee..mesti teruk kecederaannya. Setiap kali RPPC Skor memang semua orang jerit tanda happy dan support termasuklah nieyl ketika itu. Game polo ni tak lama pun, setiap round kalau tak silap nieyl 7 minit dan dia ada 4 round yang perlu diharungi untuk memenangi game. Alhamdulillah masa 1st Match hari tu RPPC vs Ranhill (10:5) dan 2nd Match ni (10:6). Esok (8 Oktober) Match ke 3 RPPC vs SLAE Polo, nieyl tak dapat nak join esok jadi nieyl akan tengok live jela sokong dari rumah je.
Bila RPPC lmain, selepas game tamat family royal pahang dia akan menyapa rakyat yang hadir memberi sokongan kepada RPPC. Tapi hari tu sementara menunggu turn nieyl, kebetulan ternampak Intan Najwa, terus je ajak bergambar kenangan. Ya Allah comel sangat Intan ni, dah lah cantik, baik sangat bila orang ajak dia bergambar. Selepas dah ambil gambar dengan Intan. Nieyl beralih pula ke Tengku Panglima Perang, tahu tak siapa?Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustada Bullah Shah aka Tengku Ahmad.
Cakk!gambar selfie nieyl dengan Tengku Ahmad hari tu, actually dia yang pegang handphone nieyl tau hehe, lepas dia snap dia cakap " cantiknya gambar ", jangan jeles tauu..Personally kan bila dah berjumpa berdepan dengan Tengku Ahmad ni dia seorang yang sangat baik, cakap pun sopan dan dia seorang yang penyabar melayan kerenah peminat-peminat dia. Dan masa nak ambil gambar ni kan boleh dikatakan setiap orang dapat peluang untuk bergambar dengan dia sampai ke kereta ya..
Korang kenal kan siapa ni?Yang hat ni paling popular di mana-mana pun dia pergi. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustada Bullah Shah aka Tengku Hassanal. Kira mission complate la cuma sepatutnya handphone nieyl yang tengku pegang untuk selfie dengan nieyl je tapi ha..penuh frame aku weh..hahaha..tak apa la, bak kata Tengku Hassanal, share-share ya...#sayaakanrepeatlagi , serius la bila dah ada dekat tempat mata ni kan rasa macam nak gugur gak jantung ni ha..friendly , baik , penat pun masih layan rakyat yang menunggu, yang menyokong dia. Terbaik! Kalau ada peluang lagi kan, nieyl memang nak repeat sekali lagi sebab nak ambil gambar berdua je dalam frame tu OK!wish me luck okay!
Yang mana berkelapangan tu, cuti-cuti tak tahu nak bawa family pergi mana mungkin boleh bawa ke sini tengok polo sambil cuci mata hehehe.
Apa yang berlaku pada hari itu adalah kenangan manis yang akan sentiasa menjadi pemanis dalam hidup nieyl. Walaupun pada asalnya terasa macam kerja gila nieyl buat ni tapi secara warasnya ia bertukar menjadi kenangan manis. Apa yang nieyl harapkan RPPC akan ke final nanti dan menang besar. Aminn... Dan nieyl bersyukur sangat dapat suami yang sangat memahami dan selalu memberi kebenaran untuk nieyl pergi tengok polo.
Oklah korang, itu jela nieyl nak share dekat sini, simpan cerita sini untuk kenangan.Tapi korang dah boleh teka belum siapa crush nieyl tu?hahahaha..kalau rasa dah boleh teka, ce komen bawah tu...Ok bye!next time nieyl share lagii..
wah best nya... diaorang sefamily memang nampak humble & baik sgt..
ReplyDeletesangat2 kak..susah nak dapat royal family yang macam ni..♥
Delete