09 October, 2023

Tak boleh ke tepati masa bila dah berjanji tu

Tak boleh ke tepati masa bila dah berjanji tu | Masa tengah scroll facebook tadi , rest sekejap dari kerja ternampak satu post ni tentang masa. Jadi, ia sangat menarik untuk nieyl sharekan dalam blog ni sebab apa?sebab nieyl adalah orang yang selalu kena scam dengan orang yang tidak menepati masa. I dont like!benci..

Kalau kita janji pukul2 bermakna pukul2 kita dah berada ditempat yang dijanjikan bukannya pukul2 baru nak gerak dari rumah. Memang lebamlah orang yang jenis menepati masa ni macam nieyl contohnya dan nieyl pernah kena ya kawan-kawan dekat 1 jam..OMG!tak tahulah macam mana nieyl boleh ada kesabaran menunggu masa tu. 

Pernah juga kena bila berjanji nak gerak sama-sama, kita ni dah siap duduk dalam kereta , dia masih belum bersiap lagi..kau rasa??aduhai..memang menunggu adalah perkara yang membosan, dan tak terfikir ke eh perasaan orang-orang yang jenis tepati masa ni. Nieyl ni dah berkali-kali kena pun still nak datang on time sebab apa?sebab nieyl akan rasa bersalah kalau buat orang tunggu kita. Kadang-kadang ada perkara yang mungkin tak boleh nak di elakkan tu, kita faham tapi yang jenis memang tak menepati masa tu bermasalah betul.

Korang pernah tak kena scam dengan orang yang tak menepati masa ni?ke korang salah seorangnya hehe..meh la share dengan nieyl, komen dekat bawah ni okay...♥

2 comments:

  1. Hehehe..betul2..dulu dengan ex akak macam tu gak..selalu x tepat masa..pernah akak kena sidai dari kul 10am sampai 3pm..baru dia sampai..pas tu buat muka toya..harey sungguh..

    ReplyDelete
  2. betul ... kak ayu pun kalau berjanji selagi boleh mesti nak sampai awal.. unless la betul2 x dpt elak kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)